in

Cara Masak Mi Goreng Basah Yang Sedap

mi goreng basah

Mungkin masih ada yang tidak begitu mahir untuk membuat mi goreng basah yang sedap. Jika anda sedang mencari resipi Mi Goreng Basah yang sedap, inilah resepinya. Ini adalah resipi dari perkongsian saudari Ieda Roslida.

Ini adalah antara yang terbaik untuk anda cuba. Bahan-bahan yang digunakan juga tidak terlalu sukar untuk diperolehi. Sebenarnya anda boleh menentukan sendiri apakah lauk dan sayur yang akan dimasukkan bersama mi.

mee goreng basah simple sedap
Mee goreng basah yang sedap dan sangat mudah dimasak

Menurut Ieda Roslida, para peminat mi goreng basah pasti menyukai rasa resepinya ini kerana ia seakan rasa berkuah tapi tidak terlalu cair. Kita tengok gambar sahaja sudah nampak sangat sedap. Jangan buang masa mari kita cuba.

CARA MASAK MI GORENG BASAH

BAHAN-BAHAN:

1 bungkus mi kuning – dibilas dan tos
10 ekor sotong – dibersihkan, potong dan tos
1 paket Fish ball – dibersihkan potong dan tos
1 ikat sayur sawi jepun – dibersihkan, potong dan tos
1 biji tomato – dibersihkan dan dibelah 6
4 sudu besar cili kisar
5 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos ikan
1 sudu besar kicap pekat
5 sudu besar kicap manis
2 sudu besar kicap mi
1 cawan kecil air
2 sudu besar minyak masak untuk menumis

BAHAN TUMBUK:

Tumbuk hingga lumat atau pecah iaitu

  • 10 biji cili api
  • 3 ulas bawang putih

CARA MEMASAK:

1. Panaskan kuali, masukkan 2 sudu besar minyak masak.

2. Tumiskan cili kisar dengan bahan-bahan tumbuk tadi sampai garing sedikit.

3. Masukkan sos cili, sos tiram, sos ikan, kicap pekat, kicap manis, kicap mi, dan masukkan sotong dan fish ball.

resepi mee goreng basah berkuah Azie Kitchen
Bahan-bahan utama sedang di masak

4. Masukkan 1 cawan kecil air .

5. Kacau sehingga sebati. Masukkan sayur dan kacau lagi.

resepi mee goreng basah ala thai
Masukkan sayur sebelum memasukkan mee

6. Selepas itu masukkan mi kuning dan tomato. Kacau sehingga sebati dan siap.

7. Siap untuk dihidangkan dan selamat menjamu selera.

Jadi apa lagi. Kongsi-kongsilah resepi ini dan cubalah sendiri di rumah.

INFO:

Masak mi goreng basah tidak perlu menggunakan garam, gula dan serbuk perasa kerana rasa kicap-kicap itu semua sudah mencukupi.

Anda boleh tambah lain-lain bahan  seperti udang, hirisan daging, kerang dan sebagainya.

Resepi Lain  – Bihun Sup Utara

Sumber Resepi dan Foto – Ieda Roslieda via Rasa

Written by Admin

Saya lelaki biasa yang ada perlindungan takaful dan insurans. Suka travel seperti orang lain. Pernah naik flight untuk travel seperti Air Asia, Malindo, Malaysia Airlines, Fire Fly, Scoot, Singapore Airlines, Qantas, Thai Airways, British dan sebagainya. Makan juga nasi, KFC, Mc Donalds, Burger Kings. Minat forex tapi tak pandai. Sikit duit dalam simpanan akaun di Maybank, CIMB Bank, Hong Leong Bank dan AmBank. Membeli belah dengan kemudahan AEON Cards.

rakyat Malaysia tiba dari Wuhan

Rakyat Malaysia Tiba Dari Wuhan di KLIA Dengan Pesawat Khas Air Asia

kanak-kanak tercampak

Kanak-Kanak Tercampak Keluar Kereta Di Lebuh Raya, Pemandu Myvi Ditahan