in , ,

Cara Membasmi Pepijat Dengan Berkesan

Cara Membasmi Pepijat

Pepijat merupakan serangga parasit yang bersaiz agak kecil tetapi dianggap bah4ya. Ia hidup dengan menghisap d4rah setiap lima ke 10 hari. Ia juga boleh hidup selama setahun tanpa makanan. Yang betina boleh bertelur sebanyak 500 biji sekali. Huh Banyaknya!! Jadi bagaimana cara membasmi pepijat?

Kalau nak membasmi pun jangan sampai merosakkan harta kita yakni selimut, tilam, bantal dan sebagainya. Anda hanya perlu mencuba tips yang dikongsikan di bawah untuk bagaimana cara membasmi pepijat dan menghalang mereka kembali.

CARA MEMBASMI PEPIJAT

cara untuk membasmi pepijat
Kesan gigitan pepijat

Cara membasmi pepijat yang perlu anda lakukan adalah seperti di bawah.

LANGKAH 1

Kenal Pasti Ruang Yang Terjejas

Pepijat selalunya berada di kawasan tempat tidur anda. D4rah kita adalah sumber makanan parasit ini. Mulakan dari tempat tidur anda. Periksa bantal, tilam dan birai katil anda. Biasanya celah-celah lipatan atau kedutan parasit ini akan sembunyi.

Periksa perabot berdekatan seperti meja sisi atau di celah-celah kusyen dan sofa. Oleh kerana serangga parasit ini aktif pada waktu malam, gunakan lampu suluh atau kanta pembesar ketika membuat pemeriksaan.

membasmi pepijat
Tempat seperti ini adalah sumber makanan pepijat

Perhatikan Semasa Aktiviti Membasmi Pepijat

1. Kesan kecil seperti karat di atas kain cadar atau tilam yang disebabkan oleh pepijat yang telah hancur.
2. Titik-titik gelap bermungkinan dari najis serangga tersebut.
3. Telur atau kulit telur berwarna kekuningan bersaiz kecil seperti kepala jarum peniti.
4. Pepijat yang masih hidup.

Selepas anda mengenalpasti ruangan yang bermasalah, segera membuat perancangan pelan kawalan pepijat.

LANGKAH 2

Mulakan Kerja Membasmi

Terdapat pelbagai rawatan kimia yang keras dan bagi kes serius, ini mungkin terpaksa dilakukan untuk rawatan yang berkesan. Namun sebagai alternatif, anda juga boleh menggunakan pilihan-pilihan DIY di bawah.

Nota – Pastikan barang-barang yang dijangkiti dipindahkan dengan beg plastik sampah yang diikat dengan ketat supaya masalah ini tidak tersebar ke ruang lain di rumah anda.

Haba:

1. Kosongkan mesin basuh dan cuci fabrik seperti kain cadar, selimut dan sarung bantal pada suhu 60 darjah Celcius sekurang-kurangnya 45 minit untuk menghapuskan pepijat.
2. Setelah selesai, letakkan di dalam mesin pengering selama 30 minit pada suhu kepanasan tinggi bagi menghapuskan telur pepijat.

Sejuk beku:

Ikat kemas barang yang dijangkiti di dalam beg plastik dan letakkan di dalam ruang sejuk beku peti sejuk selama sekurang-kurangnya 10 jam. Pastikan barang-barang tersebut sesuai untuk dibekukan.

Soda bikarbonat:

1. Tuang soda bikarbonat ke dalam mangkuk. Dengan menggunakan berus cat, sapukan ke atas permukaan keras seperti meja sisi katil dan ke dalam retakan atau ruangan yang ada.
2. Sapukan juga ke atas tilam, di antara spring tilam dan juga pada birai katil.
3. Tinggalkan selama seminggu untuk membvnuh pepijat serta telurnya.

cara basmi pijat
Soda Bikarbonat juga boleh digunakan bagi membasmi pepijat

LANGKAH 3

Vakum Dengan Teliti Untuk Membasmi Pepijat

Selepas pembasmian di atas, pisahkan tilam dari katil dan vakum kedua-duanya dengan teliti untuk menyingkirkan segala kulit telur, telur serta najis pepijat.

Barang-barang lain di sekeliling seperti perabot, laci, papan skirting dan kemasan dinding juga perlu divakum. Bawa beg pembersih hampagas dan kosongkannya ke dalam tong sampah di luar rumah serta-merta.

Jika anda mempunyai pengewap pakaian, gunakannya pada semua permukaan untuk menghapuskan kesemua pepijat dan telur yang mungkin masih ada.

basmi serangga pepijat
Vakum khas boleh digunakan untuk menghapuskan pepijat

LANGKAH 4

Langkah Pencegahan

Setelah anda selesai membuat kerja-kerja pembasmian pepijat dari katil dan perabot, anda perlu memutuskan sumber makanannya supaya ia tidak boleh memanjat ke atas katil anda lagi. Lakukan langkah-langkah berikut:

1. Masukkan hujung cadar ke bawah tilam. Jangan gunakan tilam yang menyentuh lantai.
2. Jarakkan katil anda dari dinding dan buat ruang antara katil dan meja sisi.
3. Letakkan perangkap pepijat (boleh didapati di kebanyakan kedai hardware) di kaki katil. Ia akan memerangkap parasit tersebut dan membolehkan anda memantau kitaran pembiakannya dengan matlamat mengurangkan pepijat untuk minggu-minggu seterusnya.

Cara anda mengemas tempat tidur juga faktor kepada datang atau terhapusnya pepijat

Mudah saja bukan cara membasmi pepijat? Jika rumah anda ada pepijat, lakukan tips-tips ini atau apa saja tips yang anda ada. Jika terasa berat untuk melakukan sendiri, hubungi mana-mana Syarikat Pest Control. SELESAI

Apa komen anda? Sila LIKE dan SHARE jika memberi faedah kepada anda, keluarga anda dan kawan-kawan.

Baca Juga – Rawatan Ulat Air Di Kaki Menggunakan Ubi Kayu

Sumber: iproperty

Written by Admin

Saya lelaki biasa yang ada perlindungan takaful dan insurans. Suka travel seperti orang lain. Pernah naik flight untuk travel seperti Air Asia, Malindo, Malaysia Airlines, Fire Fly, Scoot, Singapore Airlines, Qantas, Thai Airways, British dan sebagainya. Makan juga nasi, KFC, Mc Donalds, Burger Kings. Minat forex tapi tak pandai. Sikit duit dalam simpanan akaun di Maybank, CIMB Bank, Hong Leong Bank dan AmBank. Membeli belah dengan kemudahan AEON Cards.

Kediaman penuh sampah

Kesian Sikit Pada Jiran Kalau Nak Cari Rezeki Sekalipun

Gelagat Lelaki Membeli Tiket Bas

Gelagat Lelaki Terpaksa Membeli Tiket Bas Secara Melutut Kerana Ketinggiannya