in ,

Cara Membayar Fidyah dan Kiraannya

Cara dan Kadar Membayar Fidyah

Salah satu daripada 5 Rukun Islam yang diwajibkan ke atas setiap individu muslim ialah berpuasa di bulan ramadhan. Bagaimanakah jika anda meninggalkan puasa sama ada sengaja ataupun disebabkan keuzuran. Allah sentiasa membuka ruang taubat kepada hambanya.

Puasa yang ditinggalkan wajib diganti sama ada dengan berpuasa atau membayar fidyah. Bagi mereka yang menggantikan puasa dengan bayaran fidyah, hendaklah mengetahui cara untuk membayar fidyah. Kiraannya adalah mengikut jumlah hari dan tahun puasa ditinggalkan.

cara kiraan fidyah
Pastikan anda mengerahui cara pengiraan untuk membayar fidyah

DALIL WAJIB GANTI PUASA

Kewajipan Menggantikan Puasa Firman Allah SWT:

“(Puasa yang diwajibkan itu ialah) beberapa hari yang tertentu, maka sesiapa di antara kamu yang sakit atau dalam musafir (bolehlah ia berbuka) kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain, dan wajib ke atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tuanya dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin (secupak bagi tiap-tiap satu hari yang tidak dikerjakan puasa).” [Al-Baqarah: 184]

ORANG YANG WAJIB MEMBAYAR FIDYAH

Orang Yang Lambat Qadha Puasa

Mereka yang melambatkan untuk menggantikan puasanya sehingga melangkau bulan ramadhan tahun yang berikutnya dikenakan membayar fidyah dan wajib qadha puasa yang telah ditinggalkan. Bayaran fidyah menjadi berganda mengikut jumlah tahun-tahun yang telah ditinggalkan.

Orang Yang Uzur Untuk Melakukan Ibadah Puasa.

Mereka terdiri daripada golongan yang sakit kuat dan tidak mempunyai harapan untuk sembuh atau golongan tua yang tidak mampu berpuasa atau keduanya. Fidyah dikenakan pada tahun Ramadhan yang sama.

kalkulator kiraan fidyah
Golongan tua yang tidak mampu berpuasa adalah antara yang wajib membayar fidyah

Wanita Hamil Yang Bimbang Keselamatan dan Kesihatan Bayi Dalam Kandungan.

Wanita ini tidak berpuasa kerana bimbang keselamatan kandungannya. Wanita seperti ini dikenakan mfidyah sebaik habis Ramadhan pada tahun yang sama dan juga menggantikan puasa yang ditinggalkan. Akan dikenakan fidyah jika lewat menggantikan puasa sekiranya tiba Ramadhan tahun berikutnya.

Wanita Hamil Yang Bimbang Kesihatan Dirinya.

Beliau hendaklah menggantikan puasanya. Jika tidak diganti puasa sehingga tiba Ramadhan berikutnya barulah fidyah dikenakan terhadapnya.

Ibu Yang Menyusukan Anak.

Tidak berpuasa kerana bimbang akan memudharatkan bayi yang disusunya seperti kurang air susu atau boleh menjejaskan kesihatan bayinya. Golongan seperti ini dikenakan fidyah sebaik habis Ramadan pada tahun yang sama dan juga menggantikan puasa yang ditinggalkan. Jika telah tiba Ramadan tahun berikutnya, wanita ini dikenakan fidyah kerana lewat menggantikan puasa.

Orang Yang Telah Meningg4l Dunia.

Orang yang telah meningg4l dunia fidyahnya boleh dibayar oleh waris jika bilangan hari tidak berpuasa diketahui sebelum pembahagian pusaka dibuat.

fidyah
Waris dikehendaki membayar fidyah sim4ati sebelum pembahagian harta pusaka

CARA BAYAR FIDYAH DAN KIRAANNYA

Di negara ini, bayaran fidyah dilaksanakan melalui agensi yang sudah dilantik iaitu Pusat Zakat di negeri masing-masing seperti:

Majlis Agama Negeri Masing-masing atau Pusat Zakat Negeri Masing-masing atau e-zakat : Contoh https://fpx.zakatselangor.com.my/

KIRAAN FIDYAH

Formula untuk kiraan fidyah di Malaysia adalah seperti di bawah:

Kadar Fidyah X Bilangan Hari Tidak Puasa X Bilangan Tahun (Tahun Gandaan)

Kadar Fidyah = Mengikut ketetapan yang dibuat oleh negeri masing-masing.

Kadar bayaran fidyah berubah mengikut harga yang ditetapkan oleh pemerintah setempat. Pengiraan kadar fidyah berdasarkan kadar harga beras (makanan asasi penduduk). Nilai fidyah bagi satu hari tidak berpuasa boleh dikira berdasarkan nilai Zakat Fitrah yang telah ditetapkan.

cara kiraan fidyah
Kadar bayaran fidyah adalah tertakluk kepada negeri masing-masing

Zakat Fitrah bagi seorang ialah bersamaan 1 gantang Baghdad iaitu 2.7 kilogram.

Fidyah bagi satu hari ialah 1 cupak beras iaitu 675 gram.

Bermakna, kadar fidyah ialah ¼ daripada kadar fitrah pada tahun tersebut (mengikut negeri masing-masing).

Jika kadar Zakat Fitrah ialah RM7.00, secara langsung kadar Fidyah ialah RM1.75 atau RM1.80 (1/4 X RM7.00).

Tahun Gandaan = bilangan tahun puasa itu telah ditinggalkan tolak satu tahun kerana tahun pertama adalah tahun dibenarkan mengganti puasa. Hanya setelah tiba Ramadan berikut jika masih tidak berganti, barulah fidyah dikenakan.

CONTOH KIRAAN

Puan Saza tidak mampu berpuasa selama 10 hari pada bulan Ramadhan kerana mengalami alahan teruk semasa mengandungkan bayinya. Keadaan bayi adalah sihat, cuma kesihatan beliau yang terganggu. Hanya setelah 3 tahun barulah Puan Saza dapat menggantikan puasa tersebut.

niat bayar fidyah
Wanita mengandung yang berisiko

Bilangan hari tidak berpuasa X (Tahun gandaan) X Kadar fidyah (cupak)

10 hari X (3 Tahun – 1 Tahun) X RM1.80 = RM36.00 (FIDYAH)

PERINGATAN PENTING:

Bagi mereka yang tidak uzur untuk menggantikan puasa sebelum tiba pada ramadhan seterusnya hendaklah membayar fidyah dan menggantikan puasa sekaligus mengikut bilangan hari yang ditinggalkan. Fidyah + Puasa Ganti.

Artikel Berkaitan: Niat Ganti Puasa, Syarat Sah Serta Amalan Sunnah

Sumber: Myeidos

Written by Admin Suka Viral

Saya lelaki biasa yang ada perlindungan takaful dan insurans. Suka travel seperti orang lain. Pernah naik flight untuk travel seperti Air Asia, Malindo, Malaysia Airlines, Fire Fly, Scoot, Singapore Airlines, Qantas, Thai Airways, British dan sebagainya. Makan juga nasi, KFC, Mc Donalds, Burger Kings. Minat forex tapi tak pandai. Sikit duit dalam simpanan akaun di Maybank, CIMB Bank, Hong Leong Bank dan AmBank. Membeli belah dengan kemudahan AEON Cards.

Niat Ganti Puasa, Syarat Sah Serta Amalan Sunnah

Cara padam mesej whatsapp yang melebihi tempoh masa

Teknik Padam Mesej WhatsApp Yang Melebihi Tempoh Masa