in , ,

Suami Anda Perokok Tegar? Ramuan Ini Mampu Membersih Paru-Parunya

Cara Bersihkan Paru-Paru Perkokok

Jika suami anda seorang perokok, ketahuilah bahawa beliau terdedah kepada beberapa jenis penyakit seperti asma, batuk yang berterusan, bronkitis dan berkemungkinan strok dan serangan jantung. Paling utama adalah pernafasan mereka memang tidak sihat.

Anda harus perhatikan bahawa perokok samda pasif atau aktif perlu menjaga sistem pernafasan mereka bagi mengelakkan penyakit-penyakit yang disebutkan di atas.

Paru-paru suami anda sudah tentu tidak sihat atau bersih sepertimana orang yang tidak merokok. Jadi seeloknya anda tahu, bagaimana untuk anda membersihkan paru-paru suami anda.

paru-paru
Paru-paru orang yang menghisap rokok

Anda beruntung kerapa ada satu ramuan sebagai alternatif untuk membersihkan paru-paru mereka yang merokok. Bahan dalam ramuan ini bukan sahaja mampu membersihkan paru-paru bahkan dipercayai mampu mencegah kanser.

CARA MEMBUAT JUS UNTUK CUCI PARU-PARU

Jangan tangguh lagi kerana bahan yang digunakan memang ada di dapur anda. Bermulalah sekarang untuk membersihkan paru-paru suami anda.

BAHAN-BAHAN

  • 1 liter air
  • Sepotong kecil halia – diparut / tumbuk
  • 2 sudu teh serbuk kunyit
  • 400 gram bawang putih – dipotong
  • 400 gram gula
mencuci paru-paru perokok
Bahan-bahan untuk dimasak sebagai ramuan

CARA PENYEDIAAN

1. Tuangkan air ke dalam periuk dan masukkan gua. Panaskan di atas api.

2. Setelah air mulai mendidih, masukkan bawang putih, halia dan serbuk kunyit.

2. Tunggu sehingga mendidih dan air yang bercampur ramuan itu tinggal separuh.

3. Angkat, tapis dan sejukkan sehingga mancapai suhu bilik. Jangan dimasukkan ke dalam peti ais.

4. Setelah ianya sejuk, anda boleh simpannya di dalam peti sejuk.

cuci paru-paru
Jus untuk mencuci paru-paru perokok

CARA MINUM

  • Hendaklah diminum pada sukatan 2 sudu makan pada waktu pagi ketika perut kosong dan di sebelah malam pada ukuran yang sama selepas makan.

Semoga ikhtiar anda ini membantu membersihkan paru-paru suami anda.Semoga paru-paru perokok bebas dari bahan-bahan adiktif. Semalamt mencuba dan semoga bermanfaat.

Sumber: Bunda Cergas

Rakyat Terengganu Dikecualikan Membayar Cukai Pintu Tahun 2019

Cara Rawatan Mata Ikan