in ,

Cara Membuat Pendaftaran Lewat Kad Pengenalan (Mykad & MyPR)

Masih ada lagi ibu bapa yang tidak mengetahui bagaimana dan bilakah perlu membawa anak mereka untuk membuat kad pengenalan. Sehinggakan ada yang tidak memohon sehingga melebihi had umur. Biasanya ia berlaku kepada ibu bapa yang belum pernah untuk berbuat demikian kerana pemohon adalah anak pertama mereka. Sila baca entri di bawah dengan teliti.

Mana-mana remaja yang telah mencapai umur 16 tahun atau lebih dan tidak pernah memiliki kad pengenalan serta mereka berada di Malaysia sepanjang tempoh berkenaan, hendaklah mereka memohon Daftar Lewat Kad Pengenalan.

SYARAT UNTUK PERMOHONAN

Berikut adalah syarat-syarat yang wajib dipatuhi bagi membolehkan seseorang itu membuat kad pengenalan:

1. Pemohon mestilah telah genap berumur 16 tahun atau lebih.
2. Pemohon hendaklah hadir ke Pejabat JPN bersama dengan Penganjur atau Penjaga.
3. Pemohon belum pernah membuat permohonan atau belum pernah memiliki Kad Pengenalan dan berada di dalam Negara ini sepanjang tempoh usianya 12 hingga 16 tahun.
4. Hendaklah mengisi dengan lengkap borang-borang berkaitan yang boleh diperolehi di kaunter JPN).

NOTA:

  • Penganjur adalah Ibu atau bapa.
  • Penjaga adalah datuk atau nenek, ibu saudara atau bapa saudara, kakak atau abang yang berusia melebihi 21 tahun.

BACA: Panduan Membuat Kad Pengenalan Ketika Usia Mencapai 12 Tahun

PROSEDUR UNTUK PERMOHONAN

Penganjur dikehendaki membawa pemohon datang ke Kaunter JPN dengan membawa dokumen asal yang perlu dikemukakan.

kaunter jpn
Jangan lupa membawa dokumen yang diperlukan semasa datang ke kaunter JPN.

DOKUMEN

1. Dokumen Pemohon Yang Perlu Dibawa (Dokumen Asal / Original) semasa membuat permohonan adalah:

  • Sijil Kelahiran atau Sijil Anak Angkat atau Sijil Warganegara atau Pengesahan Taraf Warganegara atau Borang Warganegara atau Permit Masuk.
  • Gambar penuh pemohon (berukuran poskad)
  • Pasport (wajib bagi pemegang Permit Masuk)

2. Dokumen Penganjur Yang Perlu Dibawa (Dokumen Asal / Original) semasa membawa pemohon untuk membuat permohonan adalah:

  • Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran atau Permit Masuk atau Pasport atau Sijil Kewarganegaraan Penganjur.
  • Sijil Nikah atau Sijil Perkahwinan atau Sijil Perceraian Ibu Bapa (bagi ibu bapa yang berkahwin pada atau selepas 1 Mac 1982 dan bagi Ibu yang bertaraf Bukan Warganegara)
  • Surat Akuan Sumpah (bagi Penjaga yang tidak mempunyai hubungan kekeluargaan iaitu selain dari ibu atau bapa atau datuk atau nenek atau ibu saudara atau bapa saudara atau kakak atau abang yang berusia melebihi 21 tahun).

3. Dokumen Keluarga (Dokumen Asal dan Salinan) seperti berikut:

  • Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran atau Permit Masuk atau Pasport Adik-Beradik (jika berkenaan)
  • Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran atau Permit Masuk atau Pasport Suami atau Isteri dan Anak-anak (jika berkenaan)
  • Gambar pemohon bersama ibu atau bapa dan adik-beradik;
  • Sijil Kematian Ibu atau Bapa atau Adik-Beradik atau Suami atau Isteri (jika berkenaan)
  • Gambar berukuran pasport pemohon, ibu atau bapa dan semua adik-beradik yang telah disusun dan dilekatkan ke dalam senarai gambar-gambar dalam borang BMK-81A.

BAYARAN

JADUAL PEMBAYARAN 6A
Bayaran Daftar Lewat Kad Pengenalan
(WARGANEGARA MALAYSIA)
RM10.00

JADUAL PEMBAYARAN 6B
Bayaran Daftar Lewat Kad Pengenalan
(BUKAN WARGANEGARA MALAYSIA)
RM40.00

BORANG PERMOHONAN DAFTAR LEWAT

Makluman: Borang dalam portal ini hanya untuk panduan. Tidak digalakkan untuk mencetak dan menggunakan borang tersebut untuk berurusan . Bagi urusan , sila gunakan borang asal yang boleh didapati di kaunter.

Semoga entri ini memberi manfaat dan memudahkan anda.

Sumber: JPN

Panduan Mohon Mykad Kali Pertama Ketika Usia 12 Tahun

Permohonan Kad Pengenalan / Mykad Ketika Usia 12 Tahun

Tidak Semua Penyakit Itu Berpunca Daripada Tabiat Pemakanan Tetapi Berkait Rapat Dengan MENTAL, FIZIKAL Dan PEMIKIRAN.