in

Resepi Sos Char Kuey Teow Simple dan Sedap

resepi sos char koay teow

Semua orang boleh memasak char kuey teow memandangkan resepinya boleh didapati di laman-laman web atau media sosial yang lain. Namun boleh dikatakan semuanya merahsiakan bagaimana cara untuk menyediakan sosnya yang sedap. Setakat tuang kicap semua orang boleh buat dan jadi juga.

Kita difahamkan atau dimomokkan bahawa untuk menyediakan sos char kuey teow memerlukan berbelas atau berpuluh bahan yang kebanyakkannya pula dirahsiakan. Kalau kita mahu belajar untuk membuat sos char kuey teow memerlukan modal yang agak tinggi sehingga mencecah ribuan ringgit.

SOS CHAR KUEY TEOW

sos char kuey teow penang
Char Kuey Teow

Faktor inilah membuatkan sahabat saya telah cuba membuat sos char kuey teow dengan cara beliau sendiri. Beliau telah membuat kajian sendiri bagaimana untuk membuatnya tanpa perlu menggunakan bahan yang banyak. Setelah dicuba beberapa kali, akhirnya beliau berjaya dan terus memulakan perniagaan. Kemudian membuat penambahbaikan mengikut nasihat daripada pelanggan sehinggalah pelanggan memberitahu sedap.

sos char koaytiaw
Sos CKT

Alhamdulillah perniagaannya maju dan dicemburui. Beliau berniaga menggunakan resepi ini hampir sepuluh tahun. Namun kini beliau telah meninggalkan bidang tersebut atas beberapa faktor. Oleh kerana tidak mahu resepinya hilang begitu saja, beliau bersetuju agar kami menyiarkannya di sini untuk dikongsi bersama-sama dengan anda (jika berminat). Resepinya nampak simple tetapi jika olahan bahan-bahan yang bersesuaian, tentu sedap dan diingati.

RESEPI SOS CHAR KUEY TEOW

Resepi ini adalah untuk 10 ke 15 hidangan

sos char koetiaw
Bahan membuat sos

BAHAN-BAHAN

1 Liter Air
290 ml Kicap Cair (Kami guna Jalen)
320 ml Kicap Manis (Kami guna Jalen)
2 Sudu Sup Sos Tiram
1 Sudu Makan Serbuk Perasa
Sedikit belacan (lebih kurang 1 inci persegi dan diambil airnya)

ATRIKEL BERKAITAN: CARA MEMASAK CHAR KUEY TEOW

CARA PENYEDIAAN SOS

cara buat sos char koetiaw
Jangan biarkan sos mendidih terlalu lama

Hanya masukkan semua bahan di atas dan biarkan sehingga mendidih dengan api perlahan. Jangan biarkan mendidih terlalu lama untuk mengelakkan kuah berkurangan dan rasanya akan lari. Kemudian tutup api. Air belacan hendaklah ditapis sebelum dimasukkan ke dalam periuk.

Jika anda mahu meletakkan daun pandan, otak udang atau sebagainya terpulang kepada anda. Resepi ini adalah resepi sendiri namun boleh diolah mengikut selera masing-masing.

Simpan sos ini di dalam peti sejuk jika tidak digunakan.

Selamat mencuba. Suka Viral

Written by Admin

Saya orang biasa yang ada perlindungan takaful dan insurans. Suka travel seperti orang lain. Pernah naik flight untuk travel seperti Air Asia, Malindo, Malaysia Airlines dan Fire Fly. Nak cuba juga naik Scoot, Singapore Airlines, Qantas, Thai Airways, British dan sebagainya namun belum ada rezeki. Selain nasi sebagai makanan utama suka juga makan KFC, Mc Donalds dan sesekali Burger Kings. Minat bermain forex tapi tak pandai. Mempunyai akaun simpanan seperti Maybank, CIMB Bank, Hong Leong Bank dan AmBank tetapi duit belum tentu ada. Membeli belah dengan kemudahan kad debit. Tak pernah cuba kad kredit atau lain-lain kad.

Resipi Char Koay Teow

Resepi Char Kuey Teow Sedap, Power dan Berapi!

barang sihir

Cara Menemukan Barang Sihir Di Sekitar Rumah Anda