in ,

Cara Mengetahui dan Memeriksa Kondisi Telur Sebelum Dimasak

Cara Mengetahui Kondisi Telur

Telur adalah makanan yang murah dan senang di masak. Samada direbus, digoreng atau dicampur ke dalam masakan lain seperti mi goreng, nasi goreng dan sebagainya. Namun anda harus berhati-hati kerana jika terkena telur busuk, semua makanan akan turut busuk dan terpaksa dibuang. oleh itu anda mesti tertanya-tanya bagaimana cara memeriksa kondisi telur sebelum di masak.

telur ayam
Jika anda membeli telur yang mahal, biasanya ia masih baru. Namun kita tidak nampak isi di dalam cengkerangnya.

Caranya mudah sahaja. Anda perlu menyediakan bekas yang berisi air biasa. Kemudian masukkan telur ke dalam bekas tersebut. Dari situ anda sudah boleh mengetahui kondisi telur yang anda akan masak. Lihat gambarajah di bawah:

TELUR YANG MASIH BAIK DAN BARU

Telur fresh

Telur yang masih baik keadaan dan masih baru akan berkedudukan baring. Telur ini anda boleh pecahkan terus ke dalam kuali jika anda mahu terus memasak bersama mi, nasi goreng, sayur dan sebagainya. Anda tidak perlu khuatir ianya akan busuk dan merosakkan makanan anda yang lain.

BERUSIA DALAM SEMINGGU

telur

Telur yang berkedudukan begini biasanya berusia seminggu hingga tidak mencapai dua minggu. Telur ini juga masih boleh dipecahkan terus ke dalam bekas memasak tanpa was-was. Ianya masih  baik dan tidak busuk.

BERUSIA 2 KE 3 MINGGU

kondisi telur

Telur yang berdiri begini juga biasanya masih baik dan tidak busuk. Namun kualitinya kian berkurangan. Ianya berusia lingkungan dua ke tiga minggu. Jika dibuat telur mata kerbau kadang-kadang ianya agak cair tetapi masih baik. Boleh dipecah terus ke dalam makanan lain yang sedang dimasak jika anda merasa yakin.

TELUR ROSAK ATAU BUSUK

telur busuk

Telur yang terapung begini jangan dipecahkan terus ke dalam masakan atau kuali. Ianya dikira telah lama dan telah rosak atau mungkin telah busuk. Seeloknya anda pecahkan telur seperti ini ke dalam bekas lain dahulu sebelum di masak. Jika anda mendapati belum busuk ia mungkin masih boleh digunakan. jika sudah terlalu cairnya putihnya dan kuningnya juga telah pecah, elok dibuang sahaja.

Begitulah serba ringkas perkongsian berkaitan dengan kondisi telur samada baik atau sebaliknya. Sila kongsikan dengan  kawan-kawan atau keluarga anda supaya tidak termasak telur busuk.

Suka Viral

Written by Admin

Berhati-hati di usia 35 tahun - 40 tahun

Berhati-Hati Di Usia 35 ke 40 Tahun Kerana Banyak Ujian Yang Mula Mendampingi Anda

4 Teknik Penipuan Macau Scam

Ketahui 4 Taktik Utama Yang Digunakan Oleh Sindikit Macau Scam. Tolong Ambik Tahu – Sampai Bila Nak Kena Tipu!!