in , ,

Cara Memeriksa Paras Minyak Hitam (Minyak Injin) Kereta – Mudah Sahaja Tanpa Perlu Mengupah Sesiapa

Cara Periksa Minyak Injin Kenderaan

Memastikan minyak enjin sentiasa mencukupi sangatlah penting. Ia bertujuan untuk menjaga enjin kereta itu sendiri. Kebanyakan orang hanya tahu memandu sahaja terutamanya kaum hawa. Kaum adam jangan perasan pula kerana ada juga yang hanya tahu Vroooom!!!.

Kebanyakkan mereka hanya mengharapkan pusat servis semata-mata tanpa mahu mengambil tahu tentang perkara ini. Bagi kereta yang sudah berusia, anda dinasihatkan sentiasa memeriksa paras minyak hitam atau minyak injin.

enjin rosak, injin rosak
Pemeriksaan minyak injin sangat penting sebagai langkah untuk mengelakdari kejadian yang tidak diingini.

Tujuan pertama pemeriksaan minyak hitam adalah untuk menentukan kereta kita tiada kebocoran. Jika berlaku kebocoran, minyak akan semakin berkurangan. Lama-kelamaan jika dibiarkan boleh menyebabkan enjin kereta anda rosak. Lebih teruk jika menyebabkan kerosakan pada piston atau enjin retak.

Tujuan kedua adalah untuk menentukan minyak injin terutama yang baru ditukar mencukupi atau tidak berlebihan. Jika berlebihan prestasi kereta anda terjejas dan menyebabkan lebihan minyak akan memasuki saluran lain. Kereta akan semput dan boleh menyebabkan kerosakan lain.

CARA MEMERIKSA MINYAK HITAM

1. Buka bonet kereta.Nak buka bonet kena tahu di mana letaknya tuas kuncinya. Jangan sampai anda tidak tahu. Nanti kalau enjin berasap tak dapat nak buka bonet dengan segera. Kebiasaannya terletak di bahagian bawah sebelah kanan kereta berhampiran kawasan kotak fius.

cara buka bonet
Kedudukan tuas untuk membuka bonet biasanya di sebelah kanan pemandu berhampiran kawasan kotak fius.

NOTA: Seeloknya pemeriksaan minyak injin dibuat diwaktu pagi atau bila-bila masa sebelum enjin dihidupkan.

2. Kenalpasti kedudukan dipstick (pelaras) minyak injin kereta anda. Biasanya berada di sebelah dengan enjin dan kepalanya berwarna kuning.

injin kereta, enjin kereta
Kod warna bagi dipstick minyak injin adalah KUNING

3. Tarik keluar perlahan-lahan. Biasanya akan dapat rasa ianya seperti berpusing. Tarik dipstick ikut putaran dengan lembut. Setelah dicabut, seeloknya bersihkan pelaras itu dengan tisu atau kain terlebih dahulu.

bersihkan dipstick
Bersihkan dahulu dipstick bagi memastikan anda dapat melihat paras minyak injin dengan lebih tepat.

4. Masukkan semula dipstick ke dalam salurannya dan tarik kembali. Lihat kedudukan minyak injin kereta anda. Biasanya terdapat dua bacaan pada dipstick iaitu aras maksimum (Max atau H) dan aras minimum (Min atau L) yang mana di bahagian hujungnya berpusing / berpilin (twist).

bacaan paras minyak
Paras minyak injin menunjukkan MIN (Minima atau L)

5. Sila perhatikan di mana kedudukan paras minyak injin kereta anda. Jika pada kedudukan (minimum), anda dinasihatkan supaya tambah (topup) sehingga mencapai paras yang (maksimum atau menghampiri maksimum).

tambah minyak, cara isi minyak, cara topup
Minyak injin hendaklah sentiasa mencukupi bagi mengelakkan kerosakan pada injin dan juga kebarangkalian kemalangan.

Nota: Jika melebihi paras maksimum (biasanya berlaku selepas kenderaan dihantar servis), anda dinasihatkan agar membuang minyak enjin (drain) hingga diparas yang sesuai.

6. Setelah selesai melakukan pemeriksaan, masukkan semula ke tempat asalnya dan pastikan ianya rapat.

kereta rosak. buka bonet
Apabila berlaku kerosakan, kita memerlukan kos yang tinggi untuk pembaikan.

NOTA: Jika, paras minyak hitam kurang dari aras minimum atau semakin kurang, sila dapatkan nasihat dari bengkel mungkin ada masalah yang dihadapi.

Anda boleh lakukan pemeriksaan begini setiap hari atau seminggu sekali. Jangan dibiarkan terlalu lama. Semoga ianya membantu anda.

Tutup Pusat Tahfiz

“Tutup Semua Pusat Tahfiz Di Seluruh Negara” – Zainuddin Maidin

Cara Mudah Renew Cukai Jalan Secara Online