in

Cara Mengenali Ular Samada Berbisa Atau Tidak

Cara Kenali Ular Berbisa Atau Tidak

Kebanyakan daripada kita sangat takutkan ular. Bagi kita ular merupakan reptilia yang sangat bahaya. Jika dipatuk ular, alamatnya kita akan mengalami kecederaan serius atau boleh menyebabkan kematian. Namun sebenarnya ular wujud dalam dua kategori iaitu berbisa atau tidak berbisa.

Adalah penting untuk kita mengenali samada ular itu berbisa atau tidak. Semua orang tahu bahawa ular tedung adalah berbisa. Tujuan kita perlu tahu adalah supaya kita mengetahui tindakan yang perlu dilakukan sekiranya dipatuk ular.

CARA MENGENALI ULAR BERBISA ATAU TIDAK

1. Mata

ular berbisa
Photo: Brightside.me

ular yang berbisa mempunyai anak mata berbentuk menegak manakala ular yang tidak berbisa mempunyai anak mata berbentuk bulat. Walau bagaimanapun, terdapat ular yang bermata bulat tetapi berbisa seperti ular mamba hitam (Afrika), kobra (Afrika, Timur Tengah, Asia) dan ular taipan (Australia).

Ada juga ular yang tidak berbisa boleh menukar bentuk anak mata mereka apabila berada dalam keadaan terancam supaya musuh nampak ular itu seolah-olah berbisa. Contohnya adalah ular mock.

ular mock
Ular Mock. Photo: Ularindonesian

2. Hidung

Kebiasaannya ular berbisa mempunyai lubang sensitif panas antara mata dan lubang hidungnya. Ianya adalah untuk mencari mangsa yang berdarah panas.

ular tidak berbisa
Photo: Brightside.me

3. Kepala

Ular yang berbisa kebanyakkannya mempunyai kepala yang berbentuk segi tiga yang lebih lebar daripada leher. Manakala kepala ular yang tidak berbisa pula, biasanya berbentuk bujur dan tidak berapa lebar.

ular
Photo: Brightside.me

4. Sisik Pada Ekor

Ular yang berbisa mempunyai satu baris sisik pada hujung ekor. Bagi ular yang tidak berbisa pula garis sisiknya berselang seli atau kelihatan terpisah dengan 2 baris skala dihujung ekor.

ekor ular
Photo: Brightside.me

6. Corak

Ular berbisa dan ular rumput kelihatan seperti sama. Namun keduanya boleh dibezakan dengan tanda-tanda seperti berikut:

  • Ular rumput mempunyai kolar kuning di leher.
  • Ular berbisa mempunyai corak berliku (zigzag) yang gelap pada kulitnya.

Jika corak ular itu berbentuk seperti berlian pada kulitnya atau mempunyai 3 warna, lazimnya ia berbisa.

bahaya ular
Photo: Brightside.me

7. Cara Berenang

Ular air yang berbisa berenang dengan seluruh tubuhnya kelihatan di permukaan air. Bagi ular air yang tidak berbisa pula sebahagian badannya berada di bawah air ketika berenang.

ular air
Photo: Brightside.me

SENTIASA BERHATI-HATI

Semasa berada di kawasan sekitar rumah anda, anda hendaklah mengambil langkah berjaga-jaga dan harus ingat bahawa ular boleh berada di mana-mana sahaja.

Antara langkah-langkah penting untuk mengelakkan daripada rumah anda atau kawasan sekitar dikunjungi ular adalah:

  • Pastikan rumput di sekitar rummah anda dipotong pendek. Buang ranting kayu di kawasan sekitar untuk mengelakkan ular bersembunyi di situ.
  • Cuba jauhi tikus dari rumah anda dan kawasan sekitar. Kehadiran tikus akan menarik perhatian ular.
  • Sembur larutan ammonia atau tabur belerang kuning di sekitar halaman rumah anda. Ular tidak suka dengan bau bahan tersebut.
  • Jika berjalan di dalam hutan, pakai kasut yang tertutup.
ular mengawan, potong umput, pakai kasut bertutup
Awas dan berhati-hati
  • Jika anda mendaki gunung anda harus berhati-hati kerana ular suka bersembunyi di celah batu dan risiko dipatuk ular sangat tinggi. Cuba elakkan melalui permukaan sedemikian dan sentiasa menjaga pergerakan tangan anda.
  • Ular sangat jarang menyerang terlebih dahulu. Mereka hanya melakukannya jika berasa terancam. Harus diingatkan bahawa ular cenderung untuk menjadi lebih agresif semasa tempoh mengawan antara bulan Jun dan Julai. Hati-hati kerana ular dalam keadaan terancam akan menyuntik lebih banyak racun.
  • Jika melalui kawasan yang basah dan lembab, cuba elakkan daripada kawasan yang mempunyai rumput yang lebat dan tinggi. Seeloknya anda membuat bunyi bising terlebih dahulu atau mencantas rumput dengan menggunakan ranting atau kayu.
  • Jika anda berkhemah dan bermalam, tutup sebarang sumber cahaya kerana cahaya menarik kedatangan ular. Jangan lupa untuk mengibas pakaian anda pada waktu pagi kerana bau manusia juga menarik perhatian ular.
  • Jangan ikut pergerakan ular disebabkan anda ingin tahu. Perbuatan sedemikian menyebabkan ular itu rasa terancam dan mungkin menyerang anda.
berkhemah
Jangan buka lampu semasa berkhemah

TINDAKAN JIKA DIPATUK ULAR

Sekiranya anda dipatuk ular, sila patuhi peraturan ini. Ianya untuk kebaikan anda sendiri.

Berikut adalah gejala yang mungkin berlaku selepas dipatuk ular berbisa:

  • Sila Periksa corak gigitan. Bentuk 2 baris tusukan yang mempunyai jarak yang berdekatan menunjukkan bahawa ular tersebut mempunyai taring dan berbisa.
  • Ianya menyakitkan anda dimana kulit di sekitar gigitan menjadi bengkak dan pucat.
  • Anda akan mengalami kesukaran bernafas, loya, tekanan darah tinggi, lemah otot dan mungkin demam.
ilustrasi Kesan gigitan ular

Bisa ular memberikan kesan berbeza kepada manusia. Namun, jika anda dipatuk ular biasa, biasanya tidak akan membawa maut jika anda adalah orang dewasa. Walau bagaimanapun anda tetap perlu mendapatkan rawatan perubatan dengan serta-merta.
Kesan akibat daripada patukan ular biasanya dikaitkan dengan reaksi alergi terhadap racun. Oleh itu ubat antihistamin sangat penting untuk berada dalam peti kecemasan anda.

Sebelum ambulans tiba atau anda tiba di hospital, lakukan prosedur berikut:

  • Periksa kulit anda. Jika anda dapati ada racun di bahagian luar luka, buang racun itu dengan teliti supaya tidak masuk ke dalam kulit yang terluka.
  • Banyakkan minum air putih, teh atau sup untuk mengeluarkan toksin dari badan.
  • Bertenang dan jangan bergerak supaya racun tidak merebak ke dalam badan kerana semakin laju degupan jantung anda, semakin cepat racun akan merebak di dalam tubuh anda.
  • Pastikan bahagian yang dipatuk ular tidak bergerak.
  • Ambil antihistamin. Anda juga boleh mengambil sedatif dan ubat jantung.
antihistamine
Pil Antihistamin

JIKA DIPATUK ULAR JANGAN…

Jangan lakukan perkara-perkara yang berikut jika anda dipatuk ular:

  • Potong bahagian luka untuk mengeluarkan racun.
  • Menyapu tourniquet.
  • Menyapu krim pada bahagian yang dipatuk ular.
  • Minum alkohol atau kopi.
minum banyak air
Photo: Brightside.me

Banyak perbezaan pendapat berkaitan dengan tindakan menyedut keluar racun atau tidak. Menyedut racun hanya boleh dilakukan dalam masa 15 minit pertama selepas anda dipatuk ular tetapi oleh orang yang mahir sahaja kerana orang yang tidak mahir tidak mampu lakukan dengan betul.

Walau bagaimanapun, sesetengah pakar percaya bahawa tindakan sedemikian boleh membuang sehingga 50% racun dalam tubuh mangsa. Sedutan racun tidak berbahaya bagi seseorang yang memberi bantuan walaupun mereka mempunyai luka kecil di dalam mulut.

AMARAN: Jangan lakukan jika anda tidak mahir atau terlatih.

Semoga artikel ini memberi manfaat kepada anda. Sekurang-kurangnya anda tahu mana yang berbisa dan tidak.

Sumber: Brightside.me

Written by Admin

SAP IBUBAPA

SAPS Semakan Ibubapa 2019 – Keputusan Peperiksaan Online

Wanita Cina Tidak Mahu Bayar Di Kaunter Yang Dijaga Wanita Muslim

Aunty Cina Tidak Mahu Bayar Di Kaunter Kosong Yang Dijaga Oleh Wanita Bertudung