in ,

Tilam Anda Banyak Peta? Ini Cara Ampuh Untuk Menghilangkannya Dengan Semburan DIY Yang Sangat Berkesan

Siapa di antara anda yang tilamnya mempunyai banyak peta? Samada tilam tu kepunyaan anak-anak atau anda sendiri, peta tersebut memang sukar untuk dihilangkan. Peta dan tilam memang tidak dapat dipisahkan. Memang stress bila kita tengok terlalu banyak peta dunia pada tilam kita atau tilam anak-anak.

Kewujudan peta atas tilam banyak puncanya. Mungkin disebabkan makanan dan minuman telah tertumpah di atas tilam atau anak-anak yang terkencing di situ. Bagi mereka yang tiada anak, mungkin makanan dan minuman sendiri kerana kadang-kadang atas tilam pun kita makan.

Mungkin masa tiada anak, kitapun nak enjoy juga. Mungkin juga air liur basi yang meleleh telah menghasilkan peta di situ. Nak mencuci bukan senang lagipun nak masukkan ke dalam mesin basuh memang tak boleh. Kalau basuhpun sekadar jirus-jirus air pastu biarkan tilam tu kering di situ juga.

Bagaimana cara nak hilangkan peta dunia tu? Cuba ikut petua di bawah.

BAHAN-BAHAN UNTUK MENGHAPUSKAN PETA DUNIA

Bahan DIY
Bahan-bahan yang diperlukan

1.  Botol yang lengkap dengan penyembur

2.  1 cawan hydrogen peroxide

3.  3 sudu besar baking soda

4.  1 hingga 2 kali pam cecair pencuci pinggan

5.  5 titis pewangi / essential oil (yang ni tak wajib)

** Hydrogen Peroxide boleh dibeli di farmasi, Watson, Guardian dan lain-lain lagi.

CARA MENYEDIAKAN

1.  Masukkan baking soda ke dalam botol penyembur.

2.  Kemudian masukkan hydrogen peroxide.

3.  Selepas itu masukkan cecair pencuci dan titisan pewangi.

4.  Putarkan (jangan goncang) supaya semua bahan tadi sebati.

CARA MENGGUNA

1.  Semburkan ke tempat yang ada peta pada tilam anda. Biarkan 5 ke 10 minit. Pada masa ini anda akan terkejut kerana anda dapat saksikan kehilangan peta-peta dunia itu di depan mata.

Semburan DIY pada tilam
Sembur di tempat yang mempunyai tompokan degil atau peta.

2.  Jika ada peta yang masih degil, semburkan sekali lagi. Selepas itu biarkannya kering sedikit.

3.  Gunakan penyedut hampagas untuk hilangkan sisa baking soda di atas tilam sekiranya ada.

Buang baking soda
Menghilangkan baking soda dengan menggunakan penyebut hampagas.

4.  Jemur di bawah cahaya matahari agar bahagian dalam tilam betul-betul kering.

Sebelum dan selepas semburan
Keadan tlam sebelum dan selepas

Anda boleh mencuba menggunakan bahan-bahan di atas dengan jenama lain. Belum cuba belum tahu. SELAMAT MENCUBA.

Sumber: Petuatube

Tanda Awal Mati Pucuk & Lemah Tenaga Batin – Lelaki Sila Ambil Perhatian

Cara Mudah Merawat Kaki Cagu

12 Cara Mudah Merawat Kaki Cagu