in ,

Cara Menguruskan Kereta Kemalangan Tanpa Alami Kerugian

Menguruskan Kemalangan Kereta

Ramai lagi yang belum tahu bagaimana cara yang betul untuk menguruskan kereta kemalangan agar tidak mengalami kerugian. Tanpa sedikit pengetahuan ini, akhirnya pihak insurans dan penarik kereta yang akan mendapat keuntungan atas angin sahaja.

menguruskan kereta kemalangan
Sedikit pengetahuan diperlukan agar anda tidak tertipu.

Bagaimana Cara Menguruskan Kereta Kemalangan Tanpa Mengalami Kerugian?

Pertama sekali jika berlaku kemalangan, sila pasti anada mengetahui cara menguruskan kereta kemalangan. Seterusnya anda akan memanggil loader, kren atau penarik kereta (Longkai). Kerap terjadi, apabila mereka sampai, biasanya mereka akan menyuruh anda menandatangani satu dokumen. Perlukah anda menandatanganinya?

Jangan tandatangan! Jika anda menurunkan tandatangan anda, Longkai akan mendapat komisen sebanyak 10% dari insurans anda.

Diulangi! Jangan sesekali menurunkan tandatangan pada dokumen itu walaupun Longkai membuat berbagai cerita dan andaian. Jika dia berkeras juga, panggil saja yang lain kerana kebiasaannya jika berlaku kemalangan banyak loader atau Longkai akan datang ingin menghulurkan bantuan.

Jadi apa tindakan anda? Beritahu padanya bahawa anda hanya ingin menggunakan khidmat towingnya sahaja. Biasanya caj yang akan dikenakan dalam lingkungan RM200 hingga RM300 berpandukan jarak. Bawa kereta anda ke Balai Polis terlebih dahulu untuk membuat laporan kemalangan serta urusan-urusan yang sepatutnya.

Selepas selesai membuat laporan polis, arahkan Longkai menghantar kereta anda ke bengkel panel insuran kereta anda untuk kerja-kerja membaiki. Jika anda tidak mengetahui di mana bengkel panel, hubungi sahaja pihak insuran dan minta alamat bengkel yang membaiki pembaikan akibat daripada kemalangan. Anda hendaklah menyimpan nombor telefon syarikat insuran bagi memudahkan urusan jika berlaku kemalangan.

urus kemalangan kereta
Jangan tandatangan sembarangan dokumen dengan kereta towing

Tuntutan 10% Daripada Bengkel

Selepas itu, tibalah masanya untuk anda membuat tuntutan 10% daripada bengkel yang membaiki kenderaan anda. Bagaimanakah caranya?

Pastikan anda berada di bengkel semasa ‘Adjuster Insurance’ datang untuk menilai kos kerosakan kereta anda.

Contoh:

Sekiranya kereta anda jenis yang mahal seperti Audi, BMW atau Mercedes, jumlah keseluruhan untuk dibaiki adalah dalam anggaran RM100,000. Jadi, sebagai pemilik kenderaan anda boleh membuat tuntutan sebanyak RM10,000 daripada pihak bengkel. Lagipun anda sudah memberikan KERJA (JOB) pada bengkel berkenaan.

Inilah antara punca mengapa Longkai berebut-rebut untuk menarik kereta yang mengalami kemalangan dan kerana ada duit dari bengkel kereta kereta menunggu.

Anda juga boleh membuat tuntutan ‘lost of use’ daripada pihak insurans. Sebagai contoh kos ‘lost of use’ insurans anda (ikut jenis insurans) bernilai RM30.00 sehari.

Selepas bengkel memberi anggaran bahawa kereta anda akan siap dibaiki dalam masa sebulan, bermakna anda boleh memperolehi tuntutan ‘lost of use’ sebanyak RM30 setiap hari selama sebulan.

“RM30 x 30 hari (sebulan) = RM900”

Wah! Anda layak memperolehi RM900 daripada pihak insurans atas tuntutan ‘lost of use’.

Pastikan kereta anda dihantar ke bengkel panel insurans

Namun jika pihak bengkel tidak berjaya membaiki kereta anda dalam masa sebulan seperti yang dijanjikan, anda tidak boleh membuat tuntutan lagi dengan pihak insurans. Tempoh tuntutan ‘lost of use’ adalah maksima selama 3 bulan.

Sila Ambil Perhatian

Dua perkara di bawah harus anda beri perhatian:

PERTAMA – Pastikan bengkel menukar alat ganti atau bahagian kereta anda yang mengalami kerosakkan. Jika anda tidak berhati-hati, berkemungkinan pihak bengkel tidak menukat tetapi hanya membaiki (bukan semua bengkel begitu).

Selepas pembaikan selesai, seharusnya anda meminta pihak insurans memberikan senarai peralatan yang ditukar oleh pihak bengkel. Jika anda mendapati ada benda yang tidak ditukar, seeloknya anda jangan biarkan sahaja. Tuntut balik duit dari bengkel tersebut. Jika pihak bengkel tidak mahu memenuhi tuntutan anda, lapor kepada pihak Polis atau Tribunal Pengguna.

KEDUA – Berhati-hati dengan Longkai. Kadang-kadang mereka menyuruh menghantar ke bengkel mereka sahaja. Anda pastikah mereka ada bengkel. Sebaiknya cari bengkel panel insurans. Jangan hantar sembarangan. Longkai pun nak untung juga apatah lagi atas angin.

Adakah anda mengetahui langkah-langkah di atas sebelum membaca artikel ini? Jika belum bermakna anda telah memperolehi sedikit ilmu walaupun tidak sempurna 100%. Anda sendiri baru sedar betapa pentingnya untuk kita tahu cara menguruskan kereta kemalangan. Jadi Apa komen anda?

Sila Like dan Share sekiranya jika anda merasakan artikel cara menguruskan kereta kemalangan ini berguna bukan sahaja untuk anda, bahkan keluarga dan sahabat handai anda. Jangan lupa layari page kami di sukaviral dan laman web kami juga sukaviral.

Baca Juga – Cara Untuk Tahu Kedudukan Injap Tangki Minyak 

Sumber: Koleksi Viral

Written by Admin

Saya lelaki biasa yang ada perlindungan takaful dan insurans. Suka travel seperti orang lain. Pernah naik flight untuk travel seperti Air Asia, Malindo, Malaysia Airlines, Fire Fly, Scoot, Singapore Airlines, Qantas, Thai Airways, British dan sebagainya. Makan juga nasi, KFC, Mc Donalds, Burger Kings. Minat forex tapi tak pandai. Sikit duit dalam simpanan akaun di Maybank, CIMB Bank, Hong Leong Bank dan AmBank. Membeli belah dengan kemudahan AEON Cards.

nombor kecemasan polis

112 Adalah Nombor Kecemasan Polis. Sila Ingat Nombor Ini!

Kisah Imam Abu Hanifah Malukan Ulama Sesat

Kisah Budak Kecil (Imam Abu Hanifah) Malukan Ulama Sombong & Sesat