in ,

Cara Menyemak Peniaga Online Samada Berdaftar Dengan SSM Atau Tidak.

Adakah anda tahu bahawa berniaga secara online juga perlu mendaftarkan perniagaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Arahan tersebut telah dikeluarkan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan pada tahun 2014 lagi.

Tujuan artikel ini dikeluarkan bukan untuk menjatuhkan mana-mana peniaga untuk berniaga, tetapi sebagai langkah untuk mengelak pembeli daripada ditipu. Ramai orang mempunyai pengalaman ditipu semasa membeli secara dalam talian tetapi mungkin tidak dilaporkan.

Alah! RM 20 je buat apa nak lapor? Buang minyak motosikal sahaja untuk ke Balai Polis. Bayangkan jika mereka menipu 100 orang? Tanpa penelitian pembeli, penipuan akan berleluasa.

Cara Menyemak Peiaga Online Berdaftar
Portal SSM

Adalah menjadi kesalahan jika Tidak mendaftarkan perniagaan anda. Anda boleh didakwa di bawah Seksyen 12 (1)(a) Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (Pindaan 2001) yang membawa hukuman denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih dua tahun.

Sebagai pembeli, kita mungkin pernah melihat peniaga online memaparkan nama perniagaan, nombor pendaftaran perniagaan atau syarikat, alamat e-mel dan nombor telefon di laman web, Facebook, Instagram, wechat dan lain-lain laman web mereka. Bagaimanakah cara untuk kita mengetahui apa yang dipaparkan itu adalah betul?

Berikut adalah cara menyemak peniaga online samada mereka berdaftar atau tidak dengan SSM:

1. Pergi ke masuk ke portal Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), [http://www.ssm-einfo.my].

2. Jika anda belum pernah mendaftar dengan portal tersebut sila daftar terlebih dahulu. Setelah selesai anda boleh daftar masuk.

3. Login seperti anda login web-web lain. Selepas login, tekan ikon [Search]’

4. Sila masukkan nama syarikat yang anda cari (Nama Syarikat) atau no pendaftaran syarikat. Butiran maklumat akan keluar jika ianya berdaftar dengan SSM. Jika tiada maklumat bermakna tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Pastikan anda tidak membuat bayaran kepada akaun bank yang mempunyai nama yang berbeza sepertimana yang di iklankan oleh penjual
Jangan buat bayaran jika nama akaun tidak sama dengan nama daftar perniagaan

Pastikan anda tidak membuat bayaran kepada akaun bank yang mempunyai nama yang berbeza sepertimana yang di iklankan oleh penjual. Jika nama syarikat yang dipaparkan sebagai “123 Enterprise”, maka nama akaun bank juga perlulah sebagai “123 Enterprise“.

Sekiranya anda ditipu oleh peniaga yang berdaftar dengan SSM, login ke akaun SSM anda, beli “Business Profile” SSM yang mengandungi maklumat perniagaan, alamat perniagaan dan juga pemilik perniagaan tersebut dengan harga RM13.00 untuk tindakan susulan anda.

Jika sudah mendapat maklumat tersebut, buat laporan polis.

Sumber: SSM

Cara Semak Peniaga Online Scammer / Penipu

Mi Segera, Sardin, Minuman 3 In 1 dan Panadol Bahaya?