in , ,

Cara Merawat Kencing Kotor Yang Sangat Mudah Dan Berkesan

Rawatan Kencing Kotor

Siapa yang pernah kena kencing kotor ini tahu le sakit ke tak sakit, kerana senak dari pundi kencing sampai ke belakang, rasa macam nak muntah tapi angin yang keluar dari urat belikat sampai ke pinggang bagaikan hendak putus rasanya, seolah-olah macam ada hantu sedang menari-nari dalam buah telur sampai ke belakang.

Merawat kencing kotor
Kencing kotor sangat menyakitkan

PENYEBAB UTAMA

Penyebab utama dikenali sebagai Urinary Tract Infection (UTI) iaitu jangkitan kuman pada tempat pengeluaran air kecil. Penyakit ini biasanya dihadapi oleh kaum wanita. Tak semestinya lelaki tak kena kan. Apa yang diceritakan ini termasuk kaum lelaki.

Kencing kotor juga boleh berjangkit melalui hubungan seks. Perkara ini lebih memberi kesan kepada golongan wanita daripada lelaki.

Terdapat juga beberapa masalah lain yang menjadi penyebab UTI ini seperti pesakit yang ada masalah batu karang atau masalah pundi kencing.

Wanita mengandung juga mudah mendapat kencing kotor kerana semasa mengandung mereka menghasilkan hormon yang mengakibatkan saluran buang air mereka menjadi besar.

Sebab utama juga kerana suka menahan kencing dan kurang minum air sepertimana yang dianjurkan.

GEJALA

  • Pedih semasa membuang air kecil dan sewaktu habis buang air kecil.
  • Sakit pada bahagian bawah perut
  • Kerap buang air kecil walaupun kuantitinya sedikit.
  • Air kencing berbau busuk.
  • Air kencing mengandungi darah.
  • Sakit ketika melakukan hubungan intim suami isteri.
sediakan 5 cawan air
Baha. Untuk Merawat Kencing Kotor

BACA JUGA: Merawat Buasir Berdarah Secara Tradisional

CARA RAWATAN

Cara rawatan ini adalah hasil perkongsian Ustaz Md Rosdi Hasan. Katanya ini adalah cara paling cepat nak rawat penyakit kencing kotor iaitu:

1. Dapatkan dua atau tiga biji nenas cina. Potong halus halus tampa membuang kulit.

2. Dapatkan satu sudu teh tawas. Tawas ni kegunaan utama orang-orang terdahulu adalah untuk menjernihkan air telaga.

3. Sediakan 5 cawan air putih, seeloknya air mineral.

semua bahan di atas hendaklah di masak sehingga air mendidih. Apa yang harus anda lakukan adalah hanya meminum air itu sehingga habis sebanyak 5 cawan dalam masa sehari.

In Sha Allah bagi mereka yang benar-benar terkena kencing kotor akan pulih dengan cepat sekali.

Live Streaming FIFA World Cup 2018

Live Streaming Tanpa Buffering

^6 Lagi Sardin Mempunyai Cacing

Kementerian Kesihatan Sahkan 6 Lagi Produk Sardin Dalam Tin Mempunyai Cacing