in ,

8 Cara Merawat Kulit Kaki Kering, Kasar, Bersisik & Berkarat

Ada orang mengalami masalah kaki kering, kasar dan bersisik. Bahkan ada yang berkarat. Samada dia tidak menjaga kebersihan ataupun ada masalah seperti kerengsaan, gatal-gatal atau masalah kulit yang lain. Sebenarnya ada cara untuk merawat kulit kaki yang bermasalah seperti itu.

Ada yang mengatakan masalah kulit kaki kering berpunca daripada lapisan sel-sel kulit m4ti yang terkumpul pada permukaan luar kulit. Ianya akan wujud dalam jangka waktu yang panjang. Kulit kering akan menyebabkan menggelupas dan ada yang kelihatan bersisik, berkarat, kasar dan sebagainya.

merawat kulit kaki bersisik
Semua orang mahukan kaki yang cantik, bersih dan sihat

8 Cara Merawat Kulit Kaki

Berikut beberapa cara rawatan mudah dari rumah untuk mengatasi kulit kering, kasar dan bersisik pada kulit kaki. Anda boleh mencuba salah satu daripada  bahan-bahan dan cara-cara yang disenaraikan di bawah.

MINYAK ZAITUN

merawat kulit kaki kering kusam
Minyak zaitun

Minyak zaitun adalah antara yang terbaik bagi mengatasi masalah kulit kering dan bersisik pada kaki. Jumlah antioksidan yang tinggi dan vitamin yang terdapat dalam minyak zaitun membantu dalam penjagaan kaki anda agat sentiasa segar untuk jangka waktu yang panjang.

Cara Mengguna:

Ambil sedikit minyak zaitun dan sapukan pada kaki sebelum anda mandi. Biarkan selama 30 minit dan kemudiannya baru dibilas. Seeloknya juga sapukan sedikit sedikit minyak zaitun pada kaki anda sebelum menyapu pelembab atau krim yang biasa anda guna.

MASKER YOGURT DAN MADU

merawat kulit kaki kasar
Campuran Yogurt dan madu

Menggunakan masker yogurt dan madu adalah antara kaedah rawatan yang efektif bagi mengatasi kulit kering dan bersisik pada kaki. Masker atau topeng ini mengandungi asid laktik yang membantu menghapuskan semua bakteria yang menyebabkan masalah kulit kering.

Cara penggunaan:

Ambil setengah cawan yogurt dan tambahkan dengan madu . Campurkan kedua-dua bahan tersebut dan sapukan pada kaki anda. Biarkan untuk beberapak ketika sebelum menbersihkannya dengan air.

SUSU BERKRIM

merawat kulit kaki kering
Susu berkrim

Susu berkrim mengandungi asid laktik yang sangat diperlukan dalam merawat kulit kering dan bersisik. Ia membantu melembabkan kulit anda untuk jangka waktu yang panjang.

Cara penggunaan:

Dapatkan dua sudu susu berkrim dan sedikit tepung. Campurkan kedua bahan tersebut dan dijadikan masker. Sapukan pada kaki anda dan biarkan beberapa minit sebelum dibilas dengan dengan air sejuk.

MASKER BEESWAX DAN MADU

merawat kulit kaki berkarat
Beeswax

Masker beeswax dan madu dapat membantu melembabkan kulit Anda sepanjang masa. Kedua-dua ramuan ini mengandungi sifat antimikrobial, antioksidan, dan humektan yang membantu menjaga kaki anda lembap dan terhidrasi untuk masa yang lama.

Cara penggunaan:

Ambil beberapa ketul beeswax, madu dan minyak zaitun. Cairkan beeswax, campurkan dengan madu dan minyak zaitun. Sapukan campuran pada kaki anda, biarkan sebentar dan bersihkan dengan air.

MINYAK KELAPA

merawat kulit kaki pecah
Minyak kelapa

Minyak kelapa juga mempunya banyak kandungan asid laktik yang telah anda ketahui ianya sangat berkesan membantu menjaga kulit anda agar sentiasa segar dan terhidrasi bagi jangka waktu yang panjang.

Cara penggunaan:

Sapukan minyak kelapa dengan lapisan yang sedikit tebal pada kaki anda. Biarkan sekurang-kurangnya 1 jam dan cuci dengan air sejuk. Cara lain penggunaan minyak kelapa untuk merawat kulit yang kering adalah dengan memanaskannya bersama minyak zaitun, lalu diurut pada kaki anda. Selepas urutan cuci dengan air bersih.

AVOCADO

merawat kulit kaki merekah
Avocado atau Alpukat

Salah satu cara untuk merawat kulit kering dan bersisik adalah dengan menggunakan avocado. Avocado juga mengandungi asid laktik yang tinggi, asid lemak dan vitamin yang membantu dalam merawat kekeringan secara efektif.

Cara penggunaan:

Tumbuk atau lecek (mash) avocado. Campurkan dengan sedikit susu dan madu dan dijadikan masker. Sapukan masker ini pada kaki anda. Biarkan selama satu jam dan cuci dengan air sejuk.

CUKA EPAL

Cuka epal

Cuka epal adalah bahan hydrating lain yang membantu untuk menyingkirkan kulit kering dan kesan luka pada kaki kerana kandungan asid malit yang terkandung di dalamnya membantu untuk mengatasi kulit anda secara mendalam, dengan itu mencegah kekeringan pada kulit.

Cara penggunaan:

Dapatkan setengah cawan cuka epal dan campurkan ke dalam bekas yang berisi air. Rendam kaki anda selama sekurang-kurangnya 15 minit. Keluarkan kaki dari bekas dan biarkan beberapa waktu sebelum mencucinya dengan air sejuk.

SCRUB GULA KELAPA

Gula Kelapa

Gula kelapa mudah didapati dan kebanyakan ada di rumah anda. Ia dapat membantu untuk merawat kulit kaki kering dan bersisik. Gula membantu untuk pengelupasan kulit anda secara mendalam, sementara minyak kelapa membantu untuk menjaga kaki Anda segar dan terhidrasi sepanjang waktu.

Cara penggunaan:

Dapatkan suku cawan (1/4) gula kelapa, campurkan sedikit minyak kelapa dan jus lemon. Sapukan campuran scrub tadi pada kaki anda, gosok perlahan-lahan dan akhir sekali cuci dengan air bersih.

Baca Juga – Petua Merawat Tumit Merekah

RUMUSAN

Tidak ramai yang menggosok atau membersihkan kaki dengan teliti ketika mereka mandi. Biasanya ketika mandi, bahagian yang akan digosok dan disabun dengan teliti adakah dari bahagian peha ke atas. Jagalah kebersihan seluruh badan kita.

Semoga perkongsian cara merawat kulit kaki ini membantu anda yang mempunyai masalah kulit kaki kering dan berkerak. Begitu juga dengan tapak kaki anda. Semoga bermanfaat. Selamat Mencuba.

Sila LIKE dan SHARE jika bermanfaat.

Sumber: Liputan 6

Written by Admin

Saya lelaki biasa yang ada perlindungan takaful dan insurans. Suka travel seperti orang lain. Pernah naik flight untuk travel seperti Air Asia, Malindo, Malaysia Airlines, Fire Fly, Scoot, Singapore Airlines, Qantas, Thai Airways, British dan sebagainya. Makan juga nasi, KFC, Mc Donalds, Burger Kings. Minat forex tapi tak pandai. Sikit duit dalam simpanan akaun di Maybank, CIMB Bank, Hong Leong Bank dan AmBank. Membeli belah dengan kemudahan AEON Cards.

Kerajaan Beri Subsidi Jika Harga Minyak Naik – Tun M

Kediaman penuh sampah

Kesian Sikit Pada Jiran Kalau Nak Cari Rezeki Sekalipun