in ,

Cara Mohon Bantuan RM600 Bagi Pekerja Yang Terpaksa Ambil Cuti Tanpa Gaji. Permohonan Di Buka Hari Ini

cara mohon bantuan rm600

Sebelum ini kita ada mendengar bahawa Kerajaan akan memberikan bantuan kewangan sebanyak RM600 sebulan. Jadi, bagaimana cara mohon bantuan RM600 sebulan bagi mereka yang terpaksa mengambil cuti tanpa gaji seperti yang telah diumumkan itu dan pihak mana yang bertanggungjawab atau mengendalikan masalah ini?

Jawapan – Bantuan ini diberi tanggungjawab untuk dikendalikan oleh PERKESO. Bantuan kewangan RM600 ini akan disalurkan kepada majikan. Pihak majikan akan membuat pembayaran terus kepada pekerja yang terlibat.

Cara Mohon Bantuan RM600

Cara mohon bantuan kewangan
Majikan hendaklah membayar selewat-lewatnya 7 hari wang diterima dari PERKESO

Berikut adalah panduan dan tatacara untuk membuat permohonan bantuan kewangan bagi pekerja yang terpaksa mengambil cuti tanpa gaji (CTG) mengikut Program Pengekalan Pekerjaan (Employment Retention Programme) (ERP) di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 (PRE2020).

SYARAT MOHON BANTUAN KEWANGAN PROGRAM PENGEKALAN PEKERJAAN (ERP)

Bantuan kewangan sementara sebanyak RM600 sebulan pada kadar rata untuk tempoh maksimum 6 bulan kepada mana-mana pekerja dan majikan yang memenuhi syarat kelayakan seperti berikut:

1. Semua majikan di sektor swasta yang menggaji pekerja termasuk pekerja sambilan dan telah berdaftar serta sedang mencarum dengan SIP yang bergaji bulanan RM4,000 dan ke bawah sahaja layak diliputi dalam Program ERP.

2. Bagi pekerja yang telah diberhentikan kerja, pekerja di sektor awam, mereka yang bekerja sendiri (tidak mempunyai majikan) termasuk freelancers, pekerja asing dan pegawai dagang tidak diliputi di bawah program ERP.

3. Tempoh permulaan liputan Program ERP kepada majikan adalah ke atas mereka yang telah mengeluarkan notis CTG kepada pekerja mulai 1 Mac 2020 sehingga satu tarikh yang akan ditetapkan oleh PERKESO.

KADAR BANTUAN DAN TEMPOH LAYAK

1. Kadar bayaran bantuan kewangan bergantung kepada tempoh notis mula CTG. Sekiranya tarikh notis mula CTG adalah sebulan mengikut tarikh tamat CTG tersebut, bayaran mengikut kadar rata sebanyak RM600 sebulan akan dibayar kepada setiap pekerja yang terlibat.

2. Sekiranya tempoh notis mula CTG adalah dua (2) bulan mengikut tarikh tamat CTG tersebut, bayaran mengikut kadar rata sebanyak RM600 bagi setiap bulan akan dibayar kepada setiap pekerja yang terlibat membabitkan perbelanjaan sebanyak RM1,200.

3. Jumlah kelayakan bagi setiap satu permohonan tempoh notis mula CTG adalah antara 1 bulan hingga maksimum jumlah 6 bulan bergantung kepada notis mula CTG yang dikeluarkan oleh majikan sama ada secara sekali gus atau berturutan.

4. Majikan yang telah menerima peruntukan bayaran ERR daripada PERKESO secara bulanan, adalah bertanggungjawab untuk mengkreditkan bayaran bulanan sebanyak RM600 ke dalam akaun bank pekerja yang terlibat dalam masa 7 hari dari tarikh bayaran yang diterima daripada PERKESO.

5. Majikan yang mengemukakan maklumat palsu atau mengelirukan kepada PERKESO atau gagal untuk menyalurkan bayaran bulanan tersebut kepada pekerja, boleh menyebabkan permohonan berikutnya digantung dan tindakan undang-undang akan dikenakan ke atas mereka.

CARA MEMOHON

Setiap permohonan hendaklah dikemukakan secara online atau melalui borang permohonan yang dikemukakan kepada mana-mana pejabat PERKESO oleh majikan. Majikan juga bertanggungjawab untuk menyalurkan bayaran bulanan RM600 kepada pekerja yang terlibat.

Permohonan yang lengkap hendaklah dikemukakan olwh majikan melalui Borang Permohonan ERR C-19 (Lampiran 1) dan dilampirkan bersama dokumen mandatori surat Notis CTG yang mengandungi senarai pekerja terlibat. Permohonan yang lengkap boleh dihantar melalui emel erpc19 (perkeso.qov.my atau melalui online sekiranya sistem online telah dibangunkan.

Senarai Pekerja hendaklah mengandungi butiran-butiran berikut:

> Nama Penuh Pekerja
> Nombor Kad Pengenalan Warganegara Malaysia (No KPPPN)
> Nama Jawatan (job title)
> Maklumat Gaji Bulanan Terakhir Pekerja (RM)
> Alamat emel dan no telefon untuk dihubungi

Borang Permohonan ERR C-19 Program Pengekalan Pekerjaan (Employment Retention Programme) boleh dihantar menerusi email atau online (sekiranya sistem telah tersedia). Permohonan boleh dihantar mulai 20 Mac 2020.

MAKLUMAT PENTING BERKAITAN PERMOHONAN BANTUAN KEWANGAN

Berikut adalah pautan utama untuk rujuakn majikan dan pekerja mengenai tatacara permohonan Bantuan Kewangan Program Pengekalan Pekerjaan (ERP) Untuk Pekerja Yang Terpaksa Mengambil Cuti Tanpa Gaji ini. Sila dapatkan Maklumat lengkap di laman PERKESO.

KENYATAAN MEDIA PROGRAM PENGEKALAN PEKERJAAN (ERP) UNTUK PEKERJA TERIMA NOTIS CUTI TANPA GAJI

PEKELILING MAJIKAN BIL.2 TAHUN 2020

BORANG – PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI 2020 – PROGRAM PENGEKALAN PEKERJAAN (ERP) (Excel_ERPC19)

BORANG – ERPC-19

SOALAN LAZIM PROGRAM PENGEKALAN PEKERJAAN – EMPLOYMENT RETENTION PROGRAM (ERP)

Jika anda ada sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Talian Khidmat Pelanggan, 1-300-22-8000 atau kemukakan pertanyaan anda menerusi email ke perkeso@perkeso.gov.my ATAU salurkan aduan/pertanyaan melalui facebook.com/perkeso.official

Maklumat lanjut mengenai Program Pengekalan Pekerjaan (ERP) untuk pekerja yang diberi notis cuti tanpa gaji akibat penularan Covid-19 akan dikemaskini dari semasa ke semasa oleh pihak PERKESO.

Anda dinasihatkan bertanya kepada pihak berkenaan mengenai cara mohon bantuan RM600 jika anda difikirkan terlibat. Pihak kami hanya menyampaikan maklumat untuk pengetahuan awal anda sepertimana yang disiarkan di blog Mingguan Kerja.

Sila komen dan share jika artikel cara mohon bantuan RM600 ini mampu memberi mamfaat kepada sesetengah pihak yang tidak mengetahui tentang wujudnya bantuan ini. Terima kasih.

Written by Admin

Saya lelaki biasa yang ada perlindungan takaful dan insurans. Suka travel seperti orang lain. Pernah naik flight untuk travel seperti Air Asia, Malindo, Malaysia Airlines, Fire Fly, Scoot, Singapore Airlines, Qantas, Thai Airways, British dan sebagainya. Makan juga nasi, KFC, Mc Donalds, Burger Kings. Minat forex tapi tak pandai. Sikit duit dalam simpanan akaun di Maybank, CIMB Bank, Hong Leong Bank dan AmBank. Membeli belah dengan kemudahan AEON Cards.

Covid 19 Di malaysia

Rilek Laa Kawan! Covid 19 Di Malaysia Baru 400 Kes Lebih Jer! Bukan Ada Yang Mat1 Pun!

Tempoh Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Berkemungkinan Dilanjutkan 2 Bulan?