in , ,

Cara Mohon Pembayaran One Off Bantuan Prihatin Nasional (BPN)

Pada Jumaat yang lalu, kerajaan telah mengumumkan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) menerusi Pakej Ransangan Ekonomi Perihatin Rakyat atau PRIHATIN. Ia merupakan bantuan secara one-off kepada beberapa kategori penerima yang layak.

Berlanjutan dengan itu, Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) telah mengumumkan beberapa informasi berkaitan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) ini berkaitan siapakah yang layak, cara memohon dan sebagainya.

Cara Mohon Pembayaran One Off

Pembayaran BPN akan dibuat dalam dua (2) fasa iaitu pada akhir bulan April dan Mei 2020, mengikut kelayakan berikut:

cara memohon pembayaran one off

Kepada mereka yang BELUM mendaftar, anda boleh membuat PERMOHONAN BAHARU mulai 1 April 2020 menerusi laman web rasmi LHDNM. Anda boleh klik pautannya DI SINI. Untuk makluman, semuanya boleh dibuat secara online.

KAEDAH PEMBAYARAN

bayaran one off

Kaedah bayaran bagi Bantuan Prihatin Nasional B40

Pembayaran sekiranya:

1. Ada maklumat akaun – bayaran adalah secara kredit ke akaun; atau
2. Jika status bayaran adalah gagal kredit – bayaran adalah secara tunai di Bank Simpanan Nasional
3. Tiada akaun – bayaran adalah secara tunai di Bank Simpanan Nasional (BSN)

Kaedah bayaran Bantuan Prihatin Nasional M40

1. Bayaran akan dibuat melalui akaun bank yang dinyatakan di dalam Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) terkini yang telah dikemukakan.
2. Bayaran akan dikreditkan ke akaun bank ketua isi rumah.
3. Jika taksiran bersama telah dipilih semasa mengemukakan BNCP, bayaran akan dikreditkan ke akaun bank atas nama pembayar cukai yang ditaksir.

Penerima yang layak menerima Bantuan Prihatin Nasional B40 & M40 boleh mula membuat semakan status mulai 1 April 2020. Pangkalan data BPN adalah berdasarkan:

1. Untuk B40, senarai penerima BSH yang diluluskan, dan
2. Untuk M40, senarai pembayar cukai pendapatan yang memenuhi kriteria pendapatan BPN yang ditetapkan

Semakan status boleh dibuat di Portal Rasmi berikut:

1. Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia, http://www.hasil.gov.my
2. Bantuan Sara Hidup (BSH), https://bsh.hasil.gov.my
3. Kementerian Kewangan Malaysia, https://www.treasury.gov.my

Berikut Adalah Kenyataan Rasmi Pihak MOF

cara memohon pembayaran secara one off

Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan, jangan tanya admin. Admin hanya menyiarkan. Sila hubungi kementerian berkenaan atau Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia di talian-talian seperti di bawah:

03-8882 9089 / 03-8882 9087 / 1-800 882 747 / 03-8911 1000

Baca – Cara Daftar i-Akaun KWSP

Semoga artikel cara mohon pembayaran one off ini sedikit sebanyak membantu anda. Kerana maklumat ini sangat penting untuk kita semua.

Written by Admin

Saya orang biasa yang ada perlindungan takaful dan insurans. Suka travel seperti orang lain. Pernah naik flight untuk travel seperti Air Asia, Malindo, Malaysia Airlines dan Fire Fly. Nak cuba juga naik Scoot, Singapore Airlines, Qantas, Thai Airways, British dan sebagainya namun belum ada rezeki. Selain nasi sebagai makanan utama suka juga makan KFC, Mc Donalds dan sesekali Burger Kings. Minat bermain forex tapi tak pandai. Mempunyai akaun simpanan seperti Maybank, CIMB Bank, Hong Leong Bank dan AmBank tetapi duit belum tentu ada. Membeli belah dengan kemudahan kad debit. Tak pernah cuba kad kredit atau lain-lain kad.

cara buat roti

Cara Buat Roti Gebu, Modal RM5 Untuk Sekeluarga Makan Tak Habis

bantuan prihatin nasional

Bantuan Prihatin Nasional – Siapa Perlu Buat Semakan & Permohonan?