in

Cara Mudah Menyedut Keluar Asid Urik

Cara Menyedut Asid Urik

Siapa sangka makanan yang kita suka makan sebenarnya sangat merbahaya kepada kita. Kenapa ia merbahaya. Antaranya adalah kerana ia mempunyai Asid Urik.

Asid urik ini adalah salah satu dari komponen karbon, nitrogen, hidrogen dan oksigen .

Dalam tubuh badan manusia, purin disingkirkan sebagai asid urik. Purin dijumpai tinggi akan nilainya dalam kebanyakan makanan harian kita.

Antaran makanan harian kita yang mengandungi asid urik

Nilai sederhana purin juga terkandung dalam daging lembu, daging babi, daging ayam dan itik, ikan dan makanan laut.

Selain itu purin juga terkandung dalam tumbuhan makanan seperti asparagus, kubis bunga, bayam, cendawan, kacang hijau, lentil, kacang kering, kekacang, oatmeal, bran gandum dan bijian gandum.

Contoh makanan yang mempunyai tinggi nilai purin dan sumber Ferum termasuklah: roti manis, ikan bilis, ikan sardin, hati, ginjal lembu, otak, ekstrak daging seperti Oxo dan Bovril dan ikan kembung.

Pengambilan secara sederhana bagi makanan yang mempunyai nilai purin tidak berkaitan dengan peningkatan risiko penyakit gout. Jika lebih pengambilannya, ianya sangat berisiko.

Gout menyerang sendi-sendi dan ianya sangatlah sakit.

Bila asid urik berkumpul di bahagian sendi, kita akan merasa teramat sakit. Bagi mereka yang pernah terkena penyakit gaut sahaja tahu untuk menceritakan bertapa sakitnya jika di serang gaut.

BACA JUGA: Kelebihan Biji Selasih Merawat Penyakit Gastrik

CARA MUDAH MERAWAT PENYAKIT GOUT

Tidak disangka bahawa buah nona boleh menyedut keluar Asid Urik dari sendi sendi yang ada masalah penyakit gaut.

Buah nona sangat mujarab untuk membuang atau menyedut asid urik.

Ustaz Md Rosdi menerangkan serba sedikit cara mudah untuk mengeluarkan asid urik menggunakan buah nona.

Dapatkan sebiji buah nona yang masak, hancurkan isinya dan tampal pada tempat yang sakit. Seeloknya balut tempat bahagian yang di tampal dengan isi buah nona itu supaya buah yang hancur itu tidak jatuh apabila kita tidur.

Lakukan pada waktu malam semasa hendak masuk tidur. Anda jangan terkejut apabila bangun dari tidur keesokannya anda mendapati isi buah nona telah menjadi hitam kemerahan manakala tempat yang sakit tidak lagi merasa sakit seperti sebelumnya.

Selamat mencuba.

Kelebihan Biji Selasih Untuk Merawat Penyakit Gastrik

Waktu Berbuka Puasa Perlis 2018

Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Tahun 2018 / 1439H – Perlis