in

Cara Mudah Renew Cukai Jalan Secara Online

Baru-baru ni saya berhasrat untuk renew cukai jalan kereta saya yang sudah hampir setahun mati. Saya biarkan mati kerana kereta mengalami kerosakan yang agak mahal untuk dibaiki.

Walau bagaimanapun, setelah kereta dibaiki cukai jalan wajib kena renew. Lagipun tak berapa lama lagi cukup setahun. Nanti tak pasal-pasal kena masuk Puspakom. Masalahnya ialah tiada salinan geran dan cover note insuran yang tertinggal di tempat lain dan tidak ditemui.

Saya mencari kaedah untuk membayar cukai jalan tanpa salinan geran dan cover note insuran. Tujuan utama saya hanya untuk mengetahui sebut harganya. Beberapa portal online insuran saya cuba masuk tetapi kebanyakannya tidak dapat mengesan NCD insuran saya.

Akhirnya saya terjumpa satu platform yang dapat membantu saya dan amat mudah berurusan secara online. Urusan adalah 100% dengan komputer iaitu Auto Roadtax. Mungkin anda pernah mendengarnya. Anda boleh meayari autoroadtax.com.my untuk renew cukai jalan dan insurankereta anda dengan mudah.

Berikut adalah cara-cara untuk memperbaharui cukai jalan dan insuran kereta melalui AUTO ROADTAX. Anda tidak perlu menelefon untuk bercakap dengan sesiapa. Hanya 10 minit, selesai.

Mula-mula sekali anda hendaklah layari laman web Auto Roadtax. Seterusnya klik pada RENEW ONLINE NOW.

auto roadtax
Renew Online Now

Selepas itu paparan untuk LANGKAH 1 akan keluar seperti di bawah:

 Cara Mudah baharui Insurans,
Langkah 1 Auto Roadtax

1. Pilih Bahasa (BM /ENG)
2. Isikan No Plate Kereta Anda. Contoh ABC1234 (tiada jarak).
3. Isikan No Kad Pengenalan, Passport, No.Tentera atau Polis.

Nota: Jika anda menggunakan No Tentera atau Polis, Anda dikehendaki memasukkan maklumat tambahan dari No.4* hingga 6*.

4. Masukkan Umur*.
5. Masukkan Jantina (Hanya pilih dan klik)*.
6. Masukkan Tarikh Lahir anda*.
7. Masukkan poskod anda.
8. Tekan TERUSKAN (Butang Biru di bawah sebelah kanan).

LANGKAH 2 akan keluar seperti di bawah.

Cara Mudah Renew Cukai Jalan,
Langkah 2 Auro Roadtax

1. Pilih syarikat insuran yang diingini untuk melihat sebut harga terperinci dengan menekan klik pada nama syarikat insuran yang anda pilih.
2. Sebut harga akan dipaparkan secara automatik termasuk NCD anda. Di sini anda diberi peluang untuk memilih syarikat insuran yang anda mahu sekali lagi. (Gambarajah di bawah).

semak harga insurans kereta,
Bersambung dengan gambarajah di bawah.

3. Anda masih diberi pilihan untuk memilih harga yang sesuai dengan kemampuan anda.
4. Anda juga boleh menambah Premium Asas. Contohnya adalah Windscreen.
5. Lihat Jumlah yang perlu dibayar.

renew roadtax malaysia
Bersambung dengan gambar di bawah
Bersambung dengan gambar di bawah

6. Sila masukkan nama pemegang polisi dan save.
7. Nama pemegang polisi akan dipaparkan (Lihat gambarajah di bawah).

Nota:
# Sila semak sebut harga sebaiknya sebelum membuat pembayaran.
# Jumlah sebenar yang perlu dibayar mungkin berbeza setelah semakan dibuat oleh syarikat insuran.
# Mereka akan hubungi anda sekiranya terdapat perubahan kepada jumlah tersebut.
# Syarikat insuran berhak untuk meminda butiran & nilai pada sebut harga setelah semakan dibuat.

harga insurans kereta,
Klik pembayaran di sini

8. Jika ada berpuashati, sila klik butang hijau Pembayaran.

MOD PENGHANTARAN DAN INFO

Sila masukkan nama dan telefon kontek.

cukai jalan dan insurans kereta,
Info Penghantaran

1. Pilih samada ambil sendiri atau penghantaran.
2. Masukkan nama, No Telefon dan Alamat Penuh
3. Nota tambahan jika perlu.
4. Save.
5. Menu sebelum itu akan keluar dan anda boleh lah membuat Pembayaran melalui Secure Online Payment.
6. Setelah selesai, download Insuran Covernote di sini.
7. Selesai. Tunggu cukai jalan dan insuran sampai ke alamat yang anda berikan.

Perbaharui Insurans online,
Cukai jalan siap diperbaharui dan sampai ke destinasi.

Semoga ianya bermanfaat.

Sumber: Auto Road Tax

Cara Periksa Minyak Injin Kenderaan

Cara Memeriksa Paras Minyak Hitam (Minyak Injin) Kereta – Mudah Sahaja Tanpa Perlu Mengupah Sesiapa

Bukan Setakat Rotan, Dengan Kaki Dia Hentam Pada Kanak Kanak – Apa Punya Manusia