in , ,

Cara Mudah Simpan Duit ASB Melalui Maybank2U

Mungkin masih ada yang belum tahu tentang simpanan ASB boleh dibuat secara online tanpa perlu lagi untuk beratur mengambil nombor giliran dan bersesak-sesak semata-mata untuk membuat simpanan. Sekurang-kurangnya masa tidak terbuang.

Zaman sekarang dipanggil zaman cyber. Segalanya di hujung jari begitu juga untuk menyimpan duit sudah tak perlu pergi ke bank induk lagi untuk keluar duit lepas tu beratur untuk menyimpan dalam ASB.  Hanya  perlu dilakukan atas talian sahaja, semuanya mudah dan senang.

TOPIK INI UNTUK PELANGGAN MAYBANK

Bagi pelanggan Maybank, pemindahan duit ke akaun ASB kini boleh dibuat melalui Maybank2U dan dengan cara ini ramai yang telah menjimatkan masa serta kemudahan untuk simpanan dalam jangka masa panjang lebih mudah dilakukan secara konsisten pada setiap bulan.

Perkongsian ini sangat bermanfaat kepada semua. Semoga ianya menjadi panduan dan rujukan anda kerana ianya sangat mudah, tambahan langkah-langkah yang ditunjukkan berserta  gambar menjadikan ia lebih mudah untuk difahami.

Nak simpan ASB kena pergi ke bank? Tidak perlu sebenarnya. Segalanya di hujung jari sahaja. CARA DAFTAR (add favourite) dan SIMPANAN ASB melalui Maybank2u.

Di bawah ini terdapat dua langkah yang lengkap. Sila rujuk pada setiap gambar yang disertakan. Apa yang anda perlu lakukan hanyalah mengikut langkah-langkah tersebut. Untuk mendaftar dan cara simpanan, pastikan anda sudah buka akaun AASB dan mempunyai nombor akaun dan buku ASB.

NOTA: Terbaru Buku ASB tidak diperlukan lagi. 

Jadi pastikan anda menyimpan nombor akaun dengan selamat.

LANGKAH UNTUK MENDAFTAR (add favourite) ASB MELALUI MAYBANK2U:

Anda hendaklah Daftar Masuk (Log In) terlebih dahulu.

Log In di sini

  1. Daftar masuk ke www.maybank2u.com.my
  2. Pilih ruangan “investment”
  3. Pilih ‘ASNB Unit Trust’ di menu
  4. Pilih ‘Add’ untuk daftar akaun ASNB
  5. Pilih product nama “Amanah Saham Bumiputera”
  6. Baca dan fahamkan akaun pengesahan (declaration). Klik kotak kecil di bawah dan klik “next”
  7. Isikan Nombor Ahli ASB, Jenis ID, Nombor ID, dan Nama Ahli. Klik ‘continue’
  8. Semak butiran maklumat dan isikan nombor TAC. Klik ‘confirm’ untuk sahkan langganan
  9. Jangan lupa simpan pengesahan untuk simpanan (screenshot)

NOTA:

Jika ‘accepted’ bermakna korang dah boleh transfer simpanan ASB melalui M2U. Okay jom pergi next step untuk buat simpanan pula.

CARA MENAMBAH SIMPANAN ASB melalui M2U :

1. Pilih ruangan ‘investment’

2. Pilih ‘ASNB Unit Trust’

3. Pilih ‘ASNB Payment’. Pastikan Akaun ASB yang didaftarkan berstatus ‘active’..

4. Pilih akaun pemegang unit ASB (ada nama anda sekali) dan klik ‘continue’.

5. Baca dan fahami akaun pengesahan. Klik kotak akaun pada ‘declaration’ dan klik ‘continue’.

6. Isi jumlah pelaburan (minima RM10) dan klik ‘continue’.

7. Transaksi berjaya.

Pastikan setiap kali simpanan, ‘screenshot’ untuk transaksi sebagai bukti.

Sumber: Media Maklumat

Bagaimana Adam Corrie Boleh Memeluk Islam? Baca Kisahnya Di Sini.

7 Penyakit Yang Menyebabkan Wanita Sukar Untuk Hamil