in ,

Cara Membaca Ruqyah Untuk Diri Sendiri

Apa itu RUQYAH? Ruqyah atau Rukyah adalah kaedah penyembuhan cara Islam dengan membacakan sesuatu pada diri sendiri atau orang yang sakit akibat daripada penyakit ‘ain (mata hasad), sengatan haiwan berbisa, sihir, rasa sakit yang lain, gil4, kerasukan dan gangguan jin.

Ruqyah yang syar’i memiliki beberapa kriteria. Jika tidak memenuhi kriteria tersebut maka ianya tidak syar’i. Jadi tarafnya sama dengan jampi serapah yang dilakukan oleh para bomoh dan dukun.

Ruqyah diri
Meruqyah memiliki ciri-ciri tertentu. Foto – rawasie.com

KRITERIA RUQYAH

Kriteria ruqyah yang syar’i yang bersesuaian dengan syariat Islam adalah berikut ini:

1. Bacaan ruqyah dengan menggunakan ayat Al Quran, doa yang syar’i atau yang tidak bertentangan dengan doa yang dituntunkan.
2. Menggunakan bahasa Arab kecuali jika tidak mampu menggunakannya.
3. Tidak bergantung pada ruqyah kerana ruqyah hanyalah sebab yang dapat berpengaruh atau tidak.
4. Isi ruqyah jelas maknanya.
5. Tidak mengandung doa atau permintaan kepada selain Allah (seperti kepada malaikat, jin, atau makhluk lainnya).
6. Tidak mengandungi ungkapan yang diharamkan, seperti celaan.
7. Tidak mensyaratkan orang yang diruqyah mesti berada dalam keadaan yang aneh seperti mesti dalam keadaan junub, harus berada di tanah perkuburan atau mesti dalam keadaan bernajis.

RUQYAH UNTUK DIRI SENDIRI

meruqyah diri sendiri
Sebelum meruqyah diri sendiri seeloknya bertaubat ke atas semua kesalahan lampau

Berikut adalah cara meruqyah diri sendiri:

1) Istigfar 70 kali *Astagfirullah Halazim Waatubu ilaih). Mohon ampun dan menyesal sepenuhnya atas dos4-dos4 yang lepas dan Bertaubat Nasuha. Mohon Allah hilangkan segala penyakit, s4ntau, sihir, saka dan lain-lain.
2) Selawat ke atas Nabi SAW 3 kali dengan mengangkat tangan seperti berdoa.
3) Membaca Surah Al-Fatihah
4) Membaca Ayatul Qursi
5) Membaca Surah Al-Ikhlas
6) Membaca Surah Al-Falaq
7) Membaca Surah AnNas

Nota: No.3 hingga No.7, Setiap kali selepas membaca surah hembus di tapak tangan. Sapu dari muka, kepala, hingga hujung kaki. Semasa sapu baca BISMILLAH dan ALLAHU AKBAR.

Cara Sapu badan seperti sabun ketika mandi. Sapu perlahan-lahan.

PERINGATAN

Sila sediakan bag plastik berdekatan dengan anda. Dikhuatiri anda akan muntah jika ada gangguan.

Baca Juga – Jika Anda Rasa Terkena Sihir, Minum Air Kelapa

TANDA-TANDA ADA GANGGUAN

rukyah diri sendiri
Antara tanda-tanda ada gangguan adalah kerap sakit kepala atau sendawa

Tanda-tanda bagi orang yang ada gangguan adalah seperti berikut:

Kerap bersendawa, pening kepala, rasa gundah gulana, rasa panas pada bahagian tertentu anggota badan, terasa ada pergerakan di bawah kulit dan jantung berdebar tiba-tiba.

Teruskan kerana itu menandakan anda ada gangguan.

Jika ada tanda-tanda di atas, terus amalkan 2 kali sehari selepas solat Fardhu Subuh dan Maghrib selama seminggu berturut-turut.

Semoga Bermanfaat dan SELAMAT MERUQYAH. Jika anda tidak mampu buat sendiri sila hubungi perawat yang berkaitan.

Sumber: Muhammad Awal (Pengamal Ruqyah Syaria’ah) via facebook dan wiki.

NOTA – Sebaiknya sebelum diamalkan, dapatkan tauliah terlebih dahulu.

Written by Admin Suka Viral

Saya lelaki biasa yang ada perlindungan takaful dan insurans. Suka travel seperti orang lain. Pernah naik flight untuk travel seperti Air Asia, Malindo, Malaysia Airlines, Fire Fly, Scoot, Singapore Airlines, Qantas, Thai Airways, British dan sebagainya. Makan juga nasi, KFC, Mc Donalds, Burger Kings. Minat forex tapi tak pandai. Sikit duit dalam simpanan akaun di Maybank, CIMB Bank, Hong Leong Bank dan AmBank. Membeli belah dengan kemudahan AEON Cards.

Suami Tidak Solat Bertaubatlah

Taubatlah Suami Yang Tak Solat Sebab Kalian Akan Bawa Anak Isteri Ke Syurga – Prof Muhaya

Cara Masak Ikan Siakap

Resepi Siakap Masak Kengsom Yang Mudah dan Sedap