Cara Semak Peniaga Online Scammer / Penipu

Peniaga online tumbuh seperti cendawan sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Dengan adanya teknologi maklumat seperti yang kita semua lihat sekarang, sangat mudah untuk seseorang itu mencari rezeki tanpa perlu membuk kedai. Hanya berpusat dirumah sahaja.

Dalam pada itu, muncul individu-individu atau kumpulan tertentu yang beroperasi seperti peniaga online tetapi sebenarnya mereka menipu. Mereka bertindak seolah-olah berniaga barangan online. Tetapi mereka hanya mahu menipu wang pelanggan. Kepada pelanggan pula, anda harus berhati-hati sebelum membuat sebarang bayaran.

‘Scammer online’ atau peniaga online yang menipu kini menjadi igauan buruk ketika pengguna begitu ghairah membuat pembelian secara online samada di Facebook, instagram atau pun laman web jualan online yang lain seperti mudah.my atau lazada atau berbagai lagi laman web niaga yang muncul. Bagaimanakah cara untuk menyemak sama ada penjual online yang anda sedang berurusan itu bukanlah online scammer?

Cara Semak Peniaga Online Scammer atau Penipu
Portal untuk semakan peniaga online scammer

Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Polis DiRaja Malaysia (PDRM) telah melancarkan satu portal bagi membolehkan orang ramai menyemak akaun bank atau nombor telefon peniaga online terbabit samada mereka scammer (penipu) atau tidak. Anda boleh menyemak status perniagaan mereka.

PDRM menyediakan portal khas berkenaan bertujuan untuk membantu orang ramai daripada menjadi mangsa penipuan pihak tertentu yaang tidak bertanggungjawab. Menerusi portal tersebut, orang ramai boleh membuat semakan sama ada akaun bank atau nombor telefon itu pernah dilaporkan terbabit dalam penipuan atau sebaliknya.

Anda hanya perlu memasukkan nombor akaun untuk semakan. Sekiranya ada penipuan (yang pernak dilapor) ia akan dipaparkan di ruang carian. Portal ini masih diperingkat percubaan akan ada penambahbaikan dari masa ke semasa sebelum dilancarkan secara rasmi. Anda boleh mengakses pautan yang di bawah.

Anda dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang bayaran kepada akaun bank yang mempunyai nama yang berbeza sepertimana yang di iklankan oleh penjual. Jika nama syarikat yang dipaparkan sebagai “Aduka Enterprise”, nama akaun bank juga perlulah sebagai “Aduka Enterprise”.

Oleh itu sekali lagi anda dinasihatkan agar berhati-hatilah ketika membuat belian secara online.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *