in ,

Cara Simpan Kelapa Parut Agar Tahan Lebih Lama Sehingga 3 Bulan

cara simpan kelapa parut

Kelapa parut banyak manfaatnya terutama untuk diletakkan di dalam masakan. Namun kepala parut jika terlalu banyak dan tidak digunakan akan cepat masam jika kita biarkan lama pada suhu bilik. Tentu ada cara simpan kelapa parut agar tahan lebih lama kan!

Apabila anda membelinya, kadang-kadang terlebih dan ada baki yang tidak digunakan. Bagi mereka yang mempunyia mesin kepala sendiri, mungkin tidak perlu mesin banyak. Namun jika dibiarkan pada tempurung, kadang-kadang akan rosak juga.

kelapa parut
Penggunaan santan atau kelapa parut memang tidak dapat dinafikan lagi sangatlah penting

Ini Adalah Cara Simpan Kelapa Parut

Caranya anda terpaksa mesin kesemuanya. Namun bimbang ianya tetap masam. Jadi dalam jangkamasa bertahun, tanpa kita sedar kita telah banyak mengalami kerugian.

Anda jangan risau kerana melalui satu perkongsian Puan Ani Zam di laman Facebook Masak Apa Hari Ni, beliau memberikan tips dan cara untuk menyimpan kelapa parut supaya tahan lebih lama. Katanya boleh tahan sehingga 2 atau 3 bulan. Lama bukan?

Cara Simpan Kelapa Parut Agar Tahan Lama

Berikut adalah cara-cara untuk memyimpan kelapa parut agar tahan lebih lama:

simpan kelapa parut

1. Letakkan kelapa parut di dalam bekas atau loyang.

CARA SIMPAN KELAPA MESIN
2. Taburkan garam dan gaul pada kelapa parut hingga rata. Kalau anda nak tahu, garam berfungsi sebagai agen anti pereputan.


3. Masukkan loyang ke dalam periuk kukus yang telah di panaskan.
4. Kukus selama 15 minit.
5. Selepas 15 minit, tutup api dan biarkan sehingga sejuk.


6. Kemudian masukkn kelapa parut tadi ke dalam plastik.

TIPS SIMPAN KELAPA PARUT SUPAYA TAHAN LAMA
7. Simpan di dalam peti ais bahagian sejuk beku.
8. Apabila hendak digunakan, jangan pening, anda cuma perlu kukus semula. Kemudian buat seperti biasa, atau;

Jika ingin santan yang lebi pekat, blend kelapa parut dengan sedikit air kemudian tapis. Anda boleh blend sehingga 3 kali kelapa parut tersebut utk mendapatkan santan yang pekat.

Baca – Wanita Ini Berkongsi Bagaimana Cara Menyimpan Lauk Untuk Sebulan

Selepas ini anda tidak perlu risau lagi mengalami kerugian kerana kelapa parut berlebihan. Ikut saja cara yang dikongsikan oleh Ani Azam di atas. Rugi kalau tak ikut tips yag diberikan kerana bukan sehari dua boleh tahan tetapi 3 hingga 3 bulan.

Written by Admin

Saya orang biasa yang ada perlindungan takaful dan insurans. Suka travel seperti orang lain. Pernah naik flight untuk travel seperti Air Asia, Malindo, Malaysia Airlines dan Fire Fly. Nak cuba juga naik Scoot, Singapore Airlines, Qantas, Thai Airways, British dan sebagainya namun belum ada rezeki. Selain nasi sebagai makanan utama suka juga makan KFC, Mc Donalds dan sesekali Burger Kings. Minat bermain forex tapi tak pandai. Mempunyai akaun simpanan seperti Maybank, CIMB Bank, Hong Leong Bank dan AmBank tetapi duit belum tentu ada. Membeli belah dengan kemudahan kad debit. Tak pernah cuba kad kredit atau lain-lain kad.

PKP

Tidak Mustahil PKP Akan Dilaksanakan Semula – Datuk Ismail Sabri

Terima Hadiah Dari Perdana Menteri

Terharu Sugu Pavithra dan Suami Terima Hadiah Dari Perdana Menteri