in ,

Cara Mengerjakan Solat Tahajjud dan Kelebihannya

Cara Solat Tahajjud

Semua orang pernah mendengar tentang pentingnya Solat Tahajjud. Namun tidak semua yang pernah melaksanakannya. Samada tidak tahu untuk melaksanakannya atau bersikap nanti dulu.

Solat Tahajjud merupakan solat malam yang dilakukan setelah terjaga dari tidur. Afdalnya dibuat secara bersendirian waktu selepas tengah malam. Solat sunat ini amat dituntut dan sangat baik dilakukan sebagai ibadah tambahan. Rasulullah SAW dan para sahabat tidak pernah meninggalkan solat ini sepanjang hayat mereka.

Dalam Surah Al-Isra’ Ayat 79, Allah berfirman:

Al-Isra' : 79
Gambar 1

Rasulullah SAW bersabda:

“Hai sekalian manusia, sebar-luaskanlah salam dan berikanlah makanan serta solat malamlah di waktu manusia sedang tidur, supaya kamu masuk syurga dengan selamat.” – HR Tirmidzi

solat tahajjud
Gambar 2

Fadhilat Solat Sunat Tahajjud

  • Mendapat pengawasan dari Allah SWT dan menampakkan kesan-kesan ketaatan di wajahnya.
  • Memperolehi ketenangan jiwa serta merasai diri hampir kepada Allah SWT.
  • Dikasihi oleh para ahli ibadat dan orang-orang mukmin.
  • Percakapannya mempunyai hikmah, benar dan bijaksana.
  • Wajahnya bersih bersinar dan bercahaya semasa dibangkitkan di padang mahsyar.
  • Dipermudahkan hisab ke atasnya.
  • Senang melalui Titian Sirotul Mustaqim umpama kilat yang menyambar.
  • Menerima anugerah catatan amalan dengan tangan kanan.
  • Jauh daripada kebinasaan.
  • Diberi keistimewaan yang orang lain tidak perolehi.
  • Allah SWT memberikan kemudahan dan rezeki yang berpanjangan.
  • Menewaskan gangguan dan godaan syaitan.

CARA MENGERJAKAN SOLAT TAHAJJUD

Cara melakukan solat sunat tahajjud adalah sama seperti melakukan solat sunat yang lain. Bacaan untuk solat adalah seperti di bawah:

Lafaz niat:

Niat solat tahajud
Gambar 3

Bacaan:

1. Pada raka’at yang pertama hendaklah dibaca Surah al-Fatihah dan Surah al-Kafirun

2. Pada raka’at yang kedua hendaklah dibaca Surah al-Fatihah dan Surah al-Ikhlas

3. Selepas salam hendaklah membaca doa seperti di bawah:

DOA SOLAT TAHAJJUD

do a sholat tahajjud
Gambar 4

Doa Ringkas

Doa Ringkas Tahajud
Gambar 5

Doa Panjang

Doa Tahajud
Gambar 6

Rumi:

“Allahumma Antaqoyyimus Samaawaati Wal-Ardhi Waman Fiihinna, Walakalhamdu Lakamulkus Samaawaati Wal-Ardhi Waman Fiihinna, Walakalhamdu Anta Nuurussamaawaati Wal-Ardhi Waman Fiihinna Walakalhamdu Antal Haqq, Wawa’dukal Haqqu Waliqaa Uka Haqq, Waqauluka Haqq, Waljannatu Haqq, Wannaaru Haqq, Wannabiyyuuna Haqq, Wa muhammadun Sollollaahu A’laihi Wasallama Haqq, Wassaa A’tu Haqq, Allahummalaka Aslamtu Wabika Aamantu Wa-a’laika Tawakkaltu Wa-ilaika Aanabtu, Wabika khoosomtu Wa-ilaika Haakamtu, Faghfirlii Maa Qoddamtu Wamaa Akh-Khortu Wamaa Asrortu Wamaa A’klantu Wamaa Anta A’klamubihi Minnii, Antal Muqoddimu Wa-Antalmu Akh-khiru Laa Ilaa Haillaa Anta Walaa Haulawalaa Quwwata Illaa Billah”.

Maksud Doa Solat Sunat Tahajjud

“Ya Allah! Bagi-Mu segala puji-pujian. Dikaulah pendiri langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya. Bagi-Mulah segala pujian, Dikau Penguasa langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya. Dan bagi-Mulah segala puji, Pemancar cahaya langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya.

Bagi-Mulah segala pujian, Dikaulah yang benar (Al-haq), janji-Mu adalah benar, firman-Mu adalah benar, perjumpaan dengan-Mu adalah benar, syurga itu benar dan neraka adalah benar. Nabi-nabi itu benar, Nabi Muhammad SAW adalah benar dan adanya hari Kiamat itu benar.

Ya Allah! Pada-Mulah daku menyerahkan diri, dengan-Mu daku beriman, kepada-Mu daku bertawakal, kepada-Mu daku kembali, dengan-Mu daku menghadapi musuh dan kepada-Mu daku berhukum. Ampunilah dosa kesalahanku yang telah lalu dan yang terkemudian, baik yang daku sembunyikan mahupun yang daku nyatakan, di mana Dikau lebih mengetahuinya. Dikau yang Maha Mendahului dan Maha Mengakhiri. Tiada Tuhan melainkan Dikau! Tiada padaku daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah.”

SUKAR UNTUK BANGUN MALAM?

bangun solat tahajud
Jika kita berniat untuk bangun, ia akan memudahkan kita bangun.

Berikut beberapa saranan untuk memudahkan bangun di tengah malam bagi menunaikan Solat Tahajjud:

1. Pasang niat dalam hati malam ini mahu melakukan Solat Tahajjud sebelum masuk tidur.
2. Jauhkan perkara-perkara yang berkaitan dengan maksiat.
3. Makan dan minum hendaklah bersederhana.
4. Membaca doa dan ayat-ayat Al-Quran sebelum tidur seperti 3 Qul, Ayatul Qursi dan sebagainya.
5. Kunci Jam loceng, buatkan notifikasi pada telefon mudahalih anda.

DOA SOLAT TAHAJJUD (VIDEO)

Apa jua ibadah adalah bergantung kepada kehendak dan keinginan diri kita sendiri. Jika niat kita ikhlas, Insyaallah, Allah SWT akan permudahkan keinginan kita itu. Wallahua’lam – Suka Viral

Written by Admin

Saya lelaki biasa yang ada perlindungan takaful dan insurans. Suka travel seperti orang lain. Pernah naik flight untuk travel seperti Air Asia, Malindo, Malaysia Airlines, Fire Fly, Scoot, Singapore Airlines, Qantas, Thai Airways, British dan sebagainya. Makan juga nasi, KFC, Mc Donalds, Burger Kings. Minat forex tapi tak pandai. Sikit duit dalam simpanan akaun di Maybank, CIMB Bank, Hong Leong Bank dan AmBank. Membeli belah dengan kemudahan AEON Cards.

10 Doa Mustajab Sebelum Salam

10 Doa Mustajab Sebelum Memberi Salam Pada Tahiyyat Akhir

Berhati-hati di usia 35 tahun - 40 tahun

Berhati-Hati Di Usia 35 ke 40 Tahun Kerana Banyak Ujian Yang Mula Mendampingi Anda