in

Cara Tukar Tiket Flight Air Asia. Jangan Biarkan Tiket Anda Hangus Dengan Syarat….

Cara Tukar Tiket Penerbangan Air Asia

Ramai dikalangan anda selalu melancung bukan? Biasanya pesawat Air Asia menjadi pilihan utama. Tahukah anda bahawa anda boleh menukar tarikh penerbangan hanya melalui dalam talian (online) sahaja? Ramai di kalangan kita membiarkan tiket luput begitu sahaja jika tarikh yang dijadualkan untuk bertolak terpaksa ditunda. Kemudian membeli pula tiket baru. Kita sudah kerugian beratus ringgit. Ini baru kita seorang belum orang lain lagi yang juga seperti kita.

tukar tiker air asia online
Jangan biarkan tiket anda lupus begitu sahaja

Mulai saat ini anda tidak perlu membuang tiket begitu sahaja. Anda hanya perlu tukar tarikh penerbangan anda secara dalam talian. Asalkan anda mempunyai akaun Airasia dan anda boleh uruskan tempahan tiket penerbangan anda itu. Jika anda tiada akaun, anda boleh saja tukar tiket di kaunter lapangan terbang atau boleh berurusan dengan ejen tiket. Pastikan nak tukar flight anda, jangan dalam masa 48 jam dan belum CHECK IN.

Bagaimanakah caranya? Mudah sahaja. Jika anda mempunyai akaun Air Asia anda tentu tidak kekok untuk berurusan dalam talian. Daftar Masuk Akaun Air Asia, klik MANAGE BOOKING. Langkah seterusnya seperti yang disediakan di bawah:

LANGKAH 1

Klik EDIT ITINERARY dan pilih CHANGE/UPGRADE FLIGHT atau SPLIT BOOKING.

Seperti contoh situasi ini iaitu anda ingin menukar tarikh penerbangan. Jadi anda hanya perlu klik pada CHANGE/UPGRADE FLIGHT sahaja.

 EDIT ITINERARY
Gambar 1

LANGKAH 2

Jika anda mahu menaiki penerbangan dalam masa 48 jam dan mahu tukar tarikh, akan keluar tulisan berwarna merah seperti yang ditunjukkan.

Gambar 2

Jika tulisan yang berwarna merah keluar bermaksud anda tidak boleh menukar secara dalam talian. Anda perlu pergi ke kaunter untuk mengetahui lebih lanjut mengenai bayaran. Dalam situasi ini, jika anda mahu menukar tarikh penerbangan mungkin masih tidak ada masalah. Anda hanya perlu tanda pada CHANGE TRAVEL DATE dan tukar tarikh seperti yang anda mahu seperti di dalam gambar. Kemudian tekan NEXT.

LANGKAH 3

Selepas anda menekan NEXT, paparan seperti di bawah akan keluar.

Gambar 3

Oleh kerana tarikh yang hendak ditukar itu hanya mempunyai satu pilihan sahaja, sebagai contoh Singapore > Miri, jadi anda perlu klik penerbangan tersebut dan terus klik CONTINUE.

LANGKAH 4

Terdapat papapran ruangan membeli makanan, tempat duduk, insurans, hotel atau sebarang penambahan lain.

Gambar 4

Jika anda mahu membuat sebarang penambahan, boleh klik ADD. Jika tiada tekan sahaja NEXT sehinggalah paparan seterusnya iaitu bayaran.

LANGKAH 5

Gambar 5

Bayaran tempahan anda sebelum ini adalah RM318.90. Selepas anda membuat penukaran, anda perlu membayar RM139.62 sahaja.

LANGKAH 6

Seterusnya anda hendaklah membuat PEGESAHAN penerbangan anda.

Gambar 6

Sila semak dengan teliti semua butiran dan jika anda berpuas hati di terma & syarat, pilih method untuk membuat pembayaran.

LANGKAH 7

Urusan selesai. Transaksi anda telah berjaya.

Gambar 7

Jika kita tidak tahu bahawa kita boleh menukar tiket secara online, kita memang rugi kerana membiarkan tiket luput begitu sahaja. Contoh yang diberikan menunjukkan tiket bertarikh 23 haribulan berharga RM260.06. Apabila dibuat pertukaran tarikh, anda hanya perlu membuat penambah sebanyak RM139.62 sahaja. Ini bermakna tiket sebelum ini yang berharga RM189.00 luput begitu sahaja dan kita bagi percuma pada Air Asia.

Gambar 8

Bukan senang nak dapatkan duit jadi jangan buang begitu sahaja dengan membeli tiket baru. Jika harga yang perlu dibayar semasa membuat pertukaran lebih murah dari beli baru, elok ditukar, jika mahal, pilihan di tangan anda samada nak tukar atau beli baru.

Sumber: Nak Like

Petua Tradisional Merawat Kurap dan Kayap

Petua Rawatan Penyakit Kurap & Kayap Secara Tradisional

7 Perkara Isteri Rahsiakan Daripada Suami

7 Rahsia Isteri Yang Tidak Akan Diberitahu Kepada Suami