in ,

Cara Tukar Tiket Flight Air Asia Jika Kita Mahu Ubah Jadual Perjalanan. Terma dan Syarat Serta Caj Dikenakan

Cara Tukar Tiket Penerbangan Air Asia

Anda selalu melancong bukan? Biasanya pesawat Air Asia menjadi pilihan utama. Tahukah anda bahawa anda boleh tukar tiket penerbangan Air Asia melalui online sahaja? Ramai di kalangan kita membiarkan tiket luput begitu sahaja jika tarikh yang dijadualkan untuk bertolak terpaksa ditunda kerana mungkin tidak tahu boleh tukar tiket flght Air Asia ini. Kemudian terpaksa membeli pula tiket baru.

tukar tiket flight Air Aisa
Jangan biarkan tiket anda lupus begitu sahaja

BOLEH TUKAR TIKET PENERBANGAN AIR ASIA?

Mulai saat ini anda tidak perlu membuang tiket begitu sahaja kerana sebenarnya anda boleh tukar tiket flight Air Asia ini. Anda hanya perlu tukar tarikh penerbangan anda secara dalam talian. Asalkan anda mempunyai akaun Airasia dan anda boleh uruskan tempahan tiket penerbangan anda itu. Jika anda tiada akaun, anda boleh saja tukar tiket di kaunter lapangan terbang atau boleh berurusan dengan ejen tiket.

Anda boleh membuat perubahan atau tukar tiket penerbangan Air Asia (tarikh atau waktu penerbangan baru) di ruangan “Tempahan Saya” menerusi laman web Air Asia sebelum berakhirnya waktu untuk membuat perubahan.

APA YANG BOLEH DITUKAR?

Anda boleh membuat penukaran berikut:

1. Tarikh penerbangan dan masa

2. Butiran penumpang – Sehingga artikel ini dikemaskini, Air Asia hanya membenarkan pembetulan dibuat bagi kesalahan pada status jantina sahaja. Bagi kesalahan pada nama dan tarikh lahir, sekiranya ingin diperbetulkan, anda hendaklah menghubungi Pasukan Sokongan Pelanggan Air Asia.

3. Butiran hubungan.

4. Pratempah atau menambah peruntukan bagasi berdaftar

5. Pratempah atau menukar hidangan semasa penerbangan

6. Memilih tempat duduk atau menukar pilihan tempat duduk

7. Naik taraf kelas (hanya dibenarkan untuk nombor penerbangan yang bermula dengan D7)

SYARAT PENUKARAN DAN CAJ

Seeloknya anda menyediakan Plan atau Jadual Perjalanan anda sebelum anda mula-mula membeli tiket dahulu. Ini kerana, sebarang pindaan pada tempahan terdahulu yang telah disahkan oleh pihak Air Asia akan dikenakan Bayaran Penukaran selain daripada bayaran yang dikenakan untuk pembelian baru. Anda boleh merujuk bayaran yang akan dikenakan di sini.

Sila ambil perhatian juga bahawa penukaran penerbangan adalah tertakluk kepada beberapa syarat seperti di bawah:

Penukaran tidak lagi dibenarkan dalam masa empat puluh lapan (48) jam sebelum waktu perlepasan penerbangan seperti yang dijadualkan. Caj yang dikenakan untuk penukaran penerbangan di luar empat puluh lapan (48) jam sebelum waktu perlepasan penerbangan yang dijadualkan adalah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

(a) Jika tambang penerbangan baru lebih murah dari tambang terdahulu yang anda beli, perbezaan tambang tidak akan dikembalikan kepada anda.

(b) Jika tempahan penerbangan baru adalah dalam kelas tambang yang lebih tinggi daripada tempahan penerbangan yang dibatalkan, anda perlu membayar perbezaan tambang sebelum pembatalan atau penukaran boleh dibuat.

(c) Penukaran tersebut tidak disahkan sehinggalah pihak Air Asia memberi anda Jadual Perjalanan dan/atau nombor tempahan yang baru.

(d) Penukaran laluan tidak dibenarkan.

Bagaimana Dengan Tiket Promo?

Anda harus ambil maklum bahawa penukaran tiket atau jadual perjalanan ini mungkin tidak dibenarkan untuk tambang promo. Sila semak Nasihat Perjalanan dan Terma dan Syarat Pengangkutan dalam Jadual Perjalanan anda untuk penukaran yang dibenarkan.

CARA TUKAR TIKET PENERBANGAN AIR ASIA

Jika anda mempunyai akaun Air Asia anda tentu tidak kekok untuk berurusan dalam talian. Daftar Masuk Akaun Air Asia. Sila rujuk langkah-langkah dibawah untuk membuat penukaran penerbangan anda.

Langkah 1: Log masuk ke ‘Tempahan Saya‘ dan klik ‘Ubah suai’ untuk membuat perubahan pada tempahan penerbangan anda.

Langkah 2: Klik pada ‘Ubah/Naik taraf Penerbangan’ di bawah pilihan ‘Edit Jadual Perjalanan’.

Langkah 3: Pilih tarikh penerbangan atau waktu yang baharu. Sila pastikan bahawa tarikh/waktu berlepas bagi penerbangan yang baharu mestilah lebih awal daripada tarikh/waktu penerbangan kembali yang asal.

Langkah 4: Selepas memilih tarikh/waktu penerbangan baharu, anda boleh membeli tambahan (hidangan, peruntukan bagasi, Pilih Tempat Duduk, dan insurans), sekiranya anda masih belum berbuat demikian semasa membuat tempahan awal.

Langkah 5: Sahkan jadual perjalanan anda.

Langkah 6: Pada halaman pembayaran, klik ‘Sahkan perubahan dan bayar’. Selepas itu, jumlah yang perlu dibayar setelah perubahan penerbangan dibuat akan dipaparkan.

Nota:
1. Selepas pembayaran berjaya dibuat, anda perlu mendaftar masuk sekali lagi setelah anda menerima jadual perjalanan yang baharu.

2. Anda tidak akan dibenarkan untuk mendaftar masuk/menaiki pesawat sekiranya terdapat baki yang perlu dijelaskan dalam tempahan anda. Sila pastikan anda telah menyelesaikan semua bayaran sebelum penerbangan anda.

Anda juga boleh mencari dan mengurus tempahan penerbangan anda jika anda telah membuat tempahan anda dari laman web dan agensi pelancongan terpilih yang disokong oleh AirAsia.

Anda juga boleh mengemaskini tempahan anda dari telefon bimbit anda melalui aplikasi AirAsia Mobile atau mobile.airasia.com menerusi ‘Tempahan Saya‘.

Baca Juga – Tiket Bas online

Sumber: Air Asia

Written by Admin

Saya orang biasa yang ada perlindungan takaful dan insurans. Suka travel seperti orang lain. Pernah naik flight untuk travel seperti Air Asia, Malindo, Malaysia Airlines dan Fire Fly. Nak cuba juga naik Scoot, Singapore Airlines, Qantas, Thai Airways, British dan sebagainya namun belum ada rezeki. Selain nasi sebagai makanan utama suka juga makan KFC, Mc Donalds dan sesekali Burger Kings. Minat bermain forex tapi tak pandai. Mempunyai akaun simpanan seperti Maybank, CIMB Bank, Hong Leong Bank dan AmBank tetapi duit belum tentu ada. Membeli belah dengan kemudahan kad debit. Tak pernah cuba kad kredit atau lain-lain kad.

Petua Tradisional Merawat Kurap dan Kayap

Petua Rawatan Penyakit Kurap & Kayap Secara Tradisional

7 Perkara Isteri Rahsiakan Daripada Suami

7 Perkara Berkaitan Isteri Tidak Diketahui Oleh Para Suami