in ,

Cara Untuk Menjadikan Baju Sentiasa Putih dan Wangi

Cara menjadikan baju kekal putih

Memakai baju berwarna putih memang cantik jika kena pada gayanya. Namun untuk mengekalkan putihnya amatlah sukar. Berbagai cara untuk menjadikan baju sentiasa putih dan wangi namun tidak berhasil.

Bagi mereka yang memakai baju putih, lama-kelamaan baju yang kita pakai itu akan menjadi kekuningan. Paling sukar untuk dijaga adalah pakaian sekolah anak-anak kita kerana mereka memang lasak dan suka ganyah sesuka hati.

cara putihkan baju
Biasanya pakaian anak-anak sekolah cepat berubah warna disebabkan kelasakan mereka

Melalui satu perkongsian di facebook, Leena Hassan telah menemui formula untuk mengekalkan atau menjadikan baju sentiasa putih dan berbau wangi. Dalam perkongsian tersebut beliau memberitahu sudah lama membuat R&D bagi menjadikan baju sentiasa putih namun tidak pernah menjadi.

Beliau telah menggunakan berbagai bahan antaranya Clorox, baju akan menjadi kuning. Menggunaan nila, baju akan menjadi lebam. Kalau nak menggunakan varnish pula sudah tentu kosnya sangat tinggi.

Akhirnya beliau bertanya kepada sepupunya yang merupakan seorang jururawat tentang rahsia mereka menjaga pakaian seragam mereka agar sentiasa mengekalkan warna putih dan bersih serta wangi.

Rahsianya sangat mudah, hanya dengan menggunakan sabun Lux Rose. Dengan menggunakan sabun itu, apabila pakaian telah kering, bauan ros tetap kekal pada pakaian yang dibasuh tadi. Pendek kata ianya menjadi putih bersih serta wangi.

Jangan buang masa, jom kita baca dan khatam bagaimana cara untuk menjadikan baju sentiasa putih bersih.

CARA MENJADIKAN BAJU SENTIASA PUTIH

Cara mengekalkan warna putih baju
Penyediaan bahan, merendam dan membasuh

1. Mula-mula anda mesti mendapatkan sabun Lux Rose.

2. Parutkan sabun menggunakan alat ppemarut.

3. Kemudian rendamkan pakaian anda bersama sabun lux yang diparut tadi semalaman.

4. Tambahkan sedikit sabun basuh jika mahu. Keesokkannya putar pakaian tersebut tanpa perlu menyentalnya. Kemudian jemur.

5. Siap dan lihat baju anda. Putih dan wangi bukan?

Hasilnya pakaian yang putih dan bersih

Selamat mencuba. Apak komen anda? Sila Share dan Like jika anda suka. Terima kasih.

Baca Juga – Teknik Mudah Bersihkan Tumpahan Minyak, Kicap dan Sos 

Written by Admin Suka Viral

Saya lelaki biasa yang ada perlindungan takaful dan insurans. Suka travel seperti orang lain. Pernah naik flight untuk travel seperti Air Asia, Malindo, Malaysia Airlines, Fire Fly, Scoot, Singapore Airlines, Qantas, Thai Airways, British dan sebagainya. Makan juga nasi, KFC, Mc Donalds, Burger Kings. Minat forex tapi tak pandai. Sikit duit dalam simpanan akaun di Maybank, CIMB Bank, Hong Leong Bank dan AmBank. Membeli belah dengan kemudahan AEON Cards.

Kapten Indonesia Sakit Hati Gelagat Penyokong

Kapten Indonesia Sakit Hati Dengan Gelagat Penyokong

Suami Tidak Solat Bertaubatlah

Taubatlah Suami Yang Tak Solat Sebab Kalian Akan Bawa Anak Isteri Ke Syurga – Prof Muhaya