Cermin Kereta Pecah Akibat Terkena Batu? Jangan Marah, Ini Langkah Yang Perlu Diambil

Orang kata malang tak berbau! Perkara buruk atau kemalangan atau apa saja boleh terjadi pada bila-bila masa sahaja.

Dalam topik ini kami akan membicarakan tentang masalah yang sering berlaku apabila cermin kereta pecah akibat terkena batu kerana aktiviti memotong rumput.

Gambar Hiasan

Senarionya begini. Sedang asyik memandu di atas jalan, tiba-tiba cermin kereta pecah atau retak akibat terkena batu atau objek yang melantun dari pekerja yang sedang memotong rumput di tepi jalan atau ketika kereta di parking lot, terkena benda yang sama.

Gambar Hiasan

Tak perlu marah atau bergaduh dengan si pemotong rumput, jangan panik atau bimbang, ikuti perkongsian dari Facebook Malaysian Response Team. Ini apa yang perlu anda lakukan:

Berhenti dan ambil gambar

Cermin pecah terkena objek atau batu? Jangan panik. Berhenti kenderaan di tepi jalan dan ambil gambar. Jumpa dengan si pemotong rumput tersebut. Dapatkan nama penuh beliau berserta no kad pengenalannya, nombor telefon syarikat yang membuat kerja tersebut.

Tahukah anda setiap kerja pemotongan rumput di tepi jalan mempunyai insurans?

Tahukah anda pihak berkuasa tempatan MEWAJIBKAN mana-mana syarikat yang ingin mendapatkan tender untuk kerja-kerja memotong rumput mestilah mempunyai perlindungan insurans sekiranya berlaku kemalangan.

Sebelum kerja-kerja pemotongan rumput boleh dijalankan, pihak syarikat hendaklah mengemukakan Cover Note Insurans mereka kepada pihak berkuasa tempatan terlebih dahulu sebagai bukti bahawa syarikat tersebut telah dilindungi oleh pihak insurans jika berlaku kemalangan.

Buat laporan polis dan bawa kereta ke bengkel panel

Setelah mendapat maklumat lengkap kontraktor, semak dengan pihak syarikat terbabit di manakah letaknya bengkel panel insurans syarikat berkenaan.

Gambar Hiasan

Buat laporan polis dalam tempoh 24 jam. Setelah selesai bawa laporan polis tersebut ke bengkel panel insurans terbabit untuk urusan penggantian cermin baru.

Gambar Hiasan

Laporan polis tersebut hendaklah menyatakan nama pemotong rumput dan nombor kad pengenalannya, nama syarikat dan alamat, tarikh dan masa kejadian serta nama jalan dan kawasan kejadian berlaku.

Gambar Hiasan

Semoga dengan sedikit pengetahuan ini, masalah yang dihadapi akan dapat diselesaikan tanpa sebarang masalah seperti pergaduhan. Pergaduhan boleh mengakibatkan kecederaan padahal ianya merupakan perkara yang boleh diselesaikan dengan lebih baik.

Benar kata orang, jika kita banyak pengetahuan tentang pelbagai perkara, pastinya masalah yang datang dapat ditangani dengan jayanya tanpa sebarang masalah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *