in

China Larang Pesawat TUDM Sertai Operasi Bawa Keluar Rakyat Malaysia Dari Wuhan

Pesawat TUDM
TUDM berkemampuan membawa keluar rakyat Malaysia seperti sebelum ini kerana mempunyai aset yang mencukupi

Kerajaan China tidak membenarkan pesawat TUDM (Tentera Udara Diraja Malaysia) untuk melibatkan diri dalam operasi membawa keluar rakyat Malaysia dari Wuhan. Perkara ini dinyatakan oleh Menteri Luar, Dato’ Saifuddin Abdullah pada 30 Jan yang lepas.

Sebelum itu, Kementerian Pertahanan Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah menawarkan pesawat mereka bagi tujuan tersebut namun tidak mendapat persetukuan dari kerajaan China.

PESAWAT TUDM TIDAK DIBENARKAN

TUGAS BAWA KELUAR RAKYAT MALAYSIA
Pesawat Hercules banyak berjasa kepada kerajaan dan rakyat Malaysia sebelum ini. Kini ia masih digunakan oleh TUDM

Kerajaan China hanya membenarkan penggunaan pesawat komersil sahaja yang digunakan bagi tujuan tersebut. Menurut Saifuddin, jenis pesawat komersil yang akan digunakan kelak akan ditentukan oleh pihak Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

Saifuddin berkata, “Pesawat yang dihantar nanti akan membawa pegawai perubatan dari Malaysia berserta dengan bantuan barangan berbentuk sarung tangan.

“Rakyat Malaysia yang akan dibawa pulang akan diperiksa terlebih dahulu sebelum pulang dan akan diperiksa sekali lagi sejurus tiba di Malaysia,” jelas Saifuddin lagi.

RAKYAT DIBAWA KELUAR
Antara pesawat komersial yang ada di negara ini dan berkemampuan membawa penumpang yang ramai

Kabinet telah membuat keputusan untuk membawa pulang rakyat Malaysia yang terkandas dari Wuhan, Hubei dalam mesyuaratnya baru-baru ini. Dalam pada itu, Kedutaan Malaysia di Beijing juga telah membuka Bilik Operasi 24 jam sejak minggu lalu bagi menghubungi atau dihubungi rakyat Malaysia di China.

Menurut Saifuddin, ribuan rakyat Malaysia berada di China di mana 25,000 di Hong Kong, 2,500 di Beijing manakala 115 orang berada di wilayah Hubei termasuk 80 orang di Wuhan.

Menteri turut menegaskan bahawa Kerajaan China telah memberikan kerjasama yang baik dalam perbincangan untuk membawa keluar rakyat Malaysia dari Wuhan. Pihak kementerian luar negeri di kedua-dua negara telah berbincang berhubung usaha tersebut.

Saifuddin berkata dia berharap agar dapat membawa pulang rakyat Malaysia secepat mungkin. Sebelum ini, Pesawat TUDM lah yang akan digunakan untuk membawa rakyat Malaysia dari luar negara jika sesuatu perkara tidak diingini berlaku di sana.

Baca Juga – Pengalaman Pilot TUDM Bawa Mat Sabu

Sumber: Airtimes

Written by Admin

Saya lelaki biasa yang ada perlindungan takaful dan insurans. Suka travel seperti orang lain. Pernah naik flight untuk travel seperti Air Asia, Malindo, Malaysia Airlines, Fire Fly, Scoot, Singapore Airlines, Qantas, Thai Airways, British dan sebagainya. Makan juga nasi, KFC, Mc Donalds, Burger Kings. Minat forex tapi tak pandai. Sikit duit dalam simpanan akaun di Maybank, CIMB Bank, Hong Leong Bank dan AmBank. Membeli belah dengan kemudahan AEON Cards.

Pilunya Hati Melihat Rumah Terbakar Hangus Depan Mata

SELESEMA BURUNG

Wabak Selesema Burung H5N1 Melanda Wilayah Selatan Hunan di China