in ,

Ciri-Ciri Khusus Memilih Calon Isteri Menurut Islam

Ciri-Ciri Calon Isteri Dalam Islam

Kaum wanita mempunyai kedudukan yang sangat tinggi di dalam Islam. Adalah tidak membenar mengatakan bahawa kaum wanita di tindas berpandukan apa yang dianjurkan oleh islam. Antara salah satu bukti yang menunjukkan bahawa golongan wanita itu memiliki kedudukan yang tinggi di dalam Islam ialah bagaimana anjuran untuk memilih calon isteri. Islam sendiri menggariskan ciri-ciri wanita untuk dijadikan isteri.

Berpandukan hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim:

“Seorang wanita itu dinikahi kerana empat perkara; kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka hendaklah kamu mengutamakan yang beragama, nescaya kamu berbahagia.”

ciri-ciri bakal isteri
Calon isteri yang beragama adalah pilihan utama

Disenaraikan 4 ciri-ciri  wanita untuk dijadikan isteri. Apakah ciri-ciri itu? Teruskan membaca bersama kami.

CIRI-CIRI WANITA UNTUK DIJADIKAN ISTERI DALAM ISLAM

1. Wanita Yang Bersedia Untuk Taat Kepada Suami.

Suami merupakan ketua keluarga dalam rumah tangga. Seorang suami wajib ditaati selagi tidak menjurus kepada kemaksiatan atau perkara yang tidak haram. Ketaatan bukan bermaksud ketaatan mutlak kerana ketaatan mutlak hanya kepada Allah S.W.T. dan Rasulullah S.A.W. sahaja. Tuntutan islam adalah untuk seseorang isteri itu taat kepada suaminya.

Allah S.W.T. telah berfirman di dalam surah An-Nisa Ayat 34 yang bermaksud:

“Kaum laki-laki adalah pemimpin bagi kaum wanita”.

Dalam institusi berumah tangga, Islam tidak menafikan hak wanita walaupun untuk memberikan pandangan kepada suami yang merupakan ketua keluarga. Memberi pendapat ataupun hak bersuara bukanlah termasuk di dalam perkara derhaka kepada si suami. Namun mestilah tidak meninggikan suara atau menampakkan bibit-bibit penderhakaan. Perbincangan dan tolak ansur merupakan elemen yang penting bagi menjayakan sesebuah perhubungan.

memilih calon isteri menurut islam
Taat kepada suami adalah tuntutan islam

2. Wanita Yang Menjaga Aurat.

Ciri yang kedua ialah wanita yang menjaga aurat. Seorang wanita yang beragama Islam (muslimah) mestilah berpakaian mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh agama Islam.

Firman Allah S.W.T. dalam surah Al-Ahzab Ayat 59 yang bermaksud:

“Wahai Nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, ‘Hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka.”

Berdasarkan dalil di atas, para ulama telah merumuskan syarat-syarat berpakaian bagi seseorang muslimah. Mereka hendaklah menutup aurat dengan sempurna. Hijab hendaklah labuh menutupi bahagian dada, pakaian tidak ketat, tidak nipis dan tidak mempamerkan bentuk tubuh badan (kecantikannya) selain untuk suaminya. Oleh itu pilihlah calon isteri yang memahami tentang perkara ini.

ciri ciri isteri dalam islam
Wanita yang menjaga auratnya termasuk di dalam yang menjaga agamanya

BACA JUGA: 7 Tanda Jodoh Anda Serasi atau Tidak

3. Mengutamakan Gadis.

Rasulullah S.A.W. menganjurkan agar berkahwin dengan gadis. Ini kerana secara umumnya wanita yang masih berstatus gadis memiliki kelebihan berbanding janda daripada segi fizikal walaupun tidak semua gadis zaman sekarang menjaga kegadisannya. Sebab itulah islam menggariskan panduan untuk memilih wanita sebagai calon isteri walaupun mereka berstatus gadis.

Rasulullah S.A.W. telah bersabda di dalam suatu hadis yang bermaksud:

“Menikahlah dengan gadis, sebab mulut mereka lebih jernih, rahimnya lebih cepat hamil, dan lebih rela pada pemberian yang sedikit.” – Hadis Riwayat Ibnu Majah.

Sekiranya Allah menetapkan jodoh anda dan berkahwin dengan seorang janda, ia bukanlah suatu masalah dan dosa. Kadang kala ada ketikanya berkahwin dengan seorang janda lebih menyenangkan berbanding dengan seorang gadis kerana mereka sudah berpengalaman di dalam hal berkaitan rumah tangga.

ciri-ciri isteri
Jodoh itu rahsia Allah tetapi pilihan di tangan anda.

4. Keturunan Daripada Kalangan Yang Baik.

Selidiki dahulu bakal isteri anda. Cuba pastikan mereka daripada keturunan yang baik yang juga merupakan antara ciri yang dianjurkan di dalam Islam. Ini kerana salasilah keluarga juga memiliki peranan yang besar dalam mempengaruhi ilmu dan akhlak seseorang. Seorang wanita daripada keturunan keluarga yang baik biasanya akan menjadi seorang muslimah yang baik juga walaupun ada yang sebaliknya.

Memiliki isteri yang solehah serta daripada keturunan yang baik akan membolehkan mereka mendidik zuriat anda kelak ke arah yang lebih baik. Isteri yang solehah dan anak yang soleh/solehah merupakan penyenang hati bagi seorang suami.

Firman Allah S.W.T. dalam surah Al-Furqan Ayat 74 yang bermaksud:

“Dan orang orang yang berkata, Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.”

4 ciri memilih pasangan dalam islam
Isteri solehah bakal mendidik zuriat anda ke jalan yang diredhai Allah kerana mereka lebih dekat dengan anak-anak

BACA JUGA: 10 Ciri-Ciri Isteri Yang Menyebabkan Suami Murah Rezeki

PENUTUP

“Sesungguhnya dunia ini adalah suatu tempat keseronokan dan sebaik-baik keseronokan itu ialah wanita yang solehah.” – Hadis Riwayat Muslim dan Nasa’i

Itulah antara beberapa ciri-ciri wanita untuk dijadikan isteri dalam islam yang perlu untuk dibuat penilaian. Semoga maklumat di dalam entri ini bermanfaat terutama kepada mereka yang masih mencari-cari jodoh terutamanya bagi golongan lelaki. Jangan memilih jodoh atas dasar tangkap muat sahaja. Wallahu a’lam – Suka Viral

Sumber: Baitulmuslim.com

Tanda Jodoh Anda Serasi Atau Tidak

Tips hidup Sihat

Tips Hidup Sihat