in , ,

Rilek Laa Kawan! Covid 19 Di Malaysia Baru 400 Kes Lebih Jer! Bukan Ada Yang Mat1 Pun!

Covid 19 Di malaysia

“Rileks lah kawan. Baru 400 kes lebih dan mana adapun kes yang melibatkan kema tian. Virus ini bukannya bahaya mana!”. Inilah lebih kurang satu perkongsian oleh saudara Hasnor Safwan di laman facebooknya.

Covid 19 Di Malaysia Baru 400 Kes Lebih Jer!

Hey Kawan. Di Malaysia ni memang betul tidak ada lagi kematian akibat covid 19. Namun setakat ini sduah ada 9 pesakit kat dalam ICU. Jika dicabut 9 mesin ventilator tu berkemungkinan akan ada 9 kema tian.

Situasai di China di awal kes ini dikesan

‘Ventilator’ adalah salah satu alat bantuan pernafasan. Alat ini bukan senang-senang Doktor nak bagi guna pada seseorang pesakit. Kalau nak tahu, jika sudah menggunakan ventilator ianya bermaksud sudah kritikal.

Untuk pengetahuan juga, Katil ICU dan ventilator jumlah tak banyak, ada had. Kalau semakin ramai yang kena jangkitan Covid 19 di Malaysia nanti, berkemungkinan akan semakin ramai yang perlu ventilator nanti.

Selain pesakit yang terkena jangkitan Covid 19, ramai lagi pesakit lain yang nak guna juga ventilator tu seperti mangsa kemalangan, orang yang kena penyakit asma, pesakit-pesakit kronik lain dan mereka yang baru saja melalui pembe dahan jantung ataupun paru-paru.

Jangan sampai ke satu tahap, Ventilator tidak mencukupi disebabkanpesakit makin ramai. Pada waktu itu doktor terpaksa membuat pilihan pesakit mana yang boleh guna ventilator untuk diselamatkan.

membaca surah
Selain mematuhi nasihat KKM, kita seeloknya berdoa

Jadi, kalau rasa nak pergi melancong merata-rata, nak pergi stadium ke tolong fikir orang lain juga. Jangan sebab korang ambil ringan saranan KKM, satu masa nanti korang pun jadi salah seorang pesakit yang berebut nak pakai ventilator. Tak adil untuk pesakit lain.

**Penggunaan ventilator tertakluk kepada kondisi pesakit dan penilaian Doktor ICU.

Sumber: Hasnor Safwan

Apa komen anda tentang wabak ini? Jangan fikir benda ni macam tidak ada apa-apa ye kerana ianya sangat mudah merebak yang mana hanya disebabkan seorang pada 2019, kini ianya telah mereba ke hampir seluruh dunia.

Baca Juga – Baca Doa Ini Di Kala Covid 19 Merebak

Written by Admin

Saya lelaki biasa yang ada perlindungan takaful dan insurans. Suka travel seperti orang lain. Pernah naik flight untuk travel seperti Air Asia, Malindo, Malaysia Airlines, Fire Fly, Scoot, Singapore Airlines, Qantas, Thai Airways, British dan sebagainya. Makan juga nasi, KFC, Mc Donalds, Burger Kings. Minat forex tapi tak pandai. Sikit duit dalam simpanan akaun di Maybank, CIMB Bank, Hong Leong Bank dan AmBank. Membeli belah dengan kemudahan AEON Cards.

tanda akhir zaman

6 Tanda Akhir Zaman – Salah Satunya Adalah Wabak Penyakit

cara mohon bantuan rm600

Cara Mohon Bantuan RM600 Bagi Pekerja Yang Terpaksa Ambil Cuti Tanpa Gaji. Permohonan Di Buka Hari Ini