Cuti Sekolah 2019 juga akan ditunggu-tunggu oleh para pelajar sekolah seperti mana cuti-cuti sekolah yang lepas kerana ketika cuti sekolah biasanya keluarga mereka akan membawa mereka balik ke kampung atau melawat tempat-tempat menarik sambil beriadah. Maklumlah setelah bertungkus-lumus dengan buku-buku pelajaran dan mengikuti aktiviti lain di sekolah.

Mulai tahun 2018, KPM telah mengambil inisiatif menyusun cuti sekolah dengan memasukkan cuti pada hari-hari perayaan besar. Ini bertujuan untuk mengelakkan terlalu banyak cuti yang perlu di ambil serta memudahkan urusan para guru dan ibu bapa.
Berikut adalah tarikh cuti bagi sesi persekolahan bagi tahun 2019 sepertimana yang diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Ianya terbahagi kepada dua (2) kumpulan iaitu A dan B.
KUMPULAN A – Sekolah-sekolah di Negeri Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu:
BIL | JENIS CUTI SEKOLAH | MULA | AKHIR |
---|---|---|---|
1 | Cuti Pertengahan Penggal Pertama | 22.03.2019 (Jumaat) | 30.03.2019 (Sabtu) |
2 | Cuti Pertengahan Tahun | 24.05.2019 (Jumaat) | 08.06.2019 (Sabtu) |
4 | Cuti Akhir Tahun | 22.11.2019 (Jumaat) | 31.12.2019 (Selasa) |
3 | Cuti Pertengahan Penggal Kedua | 09.08.2019 (Jumaat) | 17.08.2019 (Sabtu) |
KUMPULAN B – Sekolah-sekolah di negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Kuala Lumpur dan Labuan.
BIL | JENIS CUTI SEKOLAH | MULA | AKHIR |
---|---|---|---|
2 | Cuti Pertengahan Tahun | 25.05.2019 (Sabtu) | 09.06.2019 (Ahad) |
4 | Cuti Akhir Tahun | 23.11.2019 Sabtu) | 31.12.2019 (Selasa) |
3 | Cuti Pertengahan Penggal Kedua | 10.08.2019 (Sabtu) | 18.08.2019 (Ahad) |
1 | Cuti Pertengahan Penggal Pertama | 23.03.2019 (Sabtu) | 31.03.2019 (Ahad) |
Selain daripada cuti, biasanya KPM akan mengeluarkan satu (1) lagi Surat Siaran iaitu Cuti Sempena Perayaan. Berpandukan Takwim Persekolahan 2019, tarikh Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidil Adha berada di dalam waktu Cuti Sekolah manakala Tahun Baru Cina dan Deepavali tidak berada dalam waktu Cuti Sekolah. Kebiasaannya KPM akan memberikan cuti sempena perayaan besar yang lain samada di Semenanjung Malaysia atau di Sabah dan Sarawak.
Semoga maklumat ini memberi manfaat kepada semua ibu bapa, guru-guru dan juga murid-murid sendiri.
Sumber: One Stop Malaysia