in ,

Daftar i-Akaun KWSP (C0V1D 19) & Cara Daftar Untuk Keluarkan Wang KWSP Akaun 2

Daftar i-Akaun KWSP

Untuk pengetahuan semua, pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP/EPF) Akaun 2 hanya boleh dibuat jika anda mendaftar e-Pengeluaran KWSP melalui i-Akaun. Jadi Daftar i-Akaun KWSP jika mahu berbuat demikian.

i-Akaun juga membolehkan anda membuat pengeluaran secara online menerusi laman web rasmi KWSP pada bila-bila masa.

KWSP memudahkan akses simpanan melalui i-Akaun (Ahli) di mana ahli boleh menyemak baki simpanan samada Akaun 1 dan Akaun 2 serta menyemak dividen tahunan.

Cara Daftar i-Akaun KWSP

Ia juga khas bagi pengeluaran Akaun 2 C0V1D-19 yang diumumkan kerajaan dalam senarai Pakej Rangsangan Ekonomi dan Bantuan Kerajaan. Untuk membuat pengeluaran RM500 sebulan anda perlulah membuat pendaftaran i-Akaun KWSP.

Bagi pencarum yang belum mendaftar i-Akaun, sila buat pendaftaran dengan kadar segera. Ianya untuk kemudahan anda juga. Bagaimana nak daftar I-Akaun KWSP?

Tatacara Pendaftaran dan Pengeluaran KWSP Akaun 2

Cara Mendaftar Dan Mengaktifkan i-Akaun KWSP adalah seperti berikut:

1. Anda mesti pergi ke mana-mana Kios atau Kaunter KWSP yang berhampiran untuk mendaftar. Selepas selesai mendaftar anda akan menerima SMS yang mengandungi ID Pengguna dan Kata Laluan sementara untuk i-Akaun anda.

2. Layari www.kwsp.gov.my, pergi kepada bahagian “Saya Ahli (i-Akaun)” dan klik “Log Masuk”.

3. Masukkan ID Pengguna dan Kata Laluan sementara yang diterima melalui SMS untuk aktifkan akaun.

Note: Pengaktifan perlu dilakukan dalam masa 30 hari anda menerima SMS.

4. Baca Terma Dan Syarat yang dipaparkan dan pilih “Setuju”.

5. Kemudian tukar ID Pengguna sementara itu kepada yang baharu (kekal), Masukkan Kata Laluan baru, pilih imej online untuk pengesahan dan masukkan Frasa Rahsia anda.

Nota: Jika ID Pengguna tidak diubah, ID Pengguna sementara akan digunakan sebagai ID Pengguna kekal.

6. Apabila akaun telah aktif, anda akan menerima notifikasi berjaya di skrin telefon anda.

7. Log masuk dengan maklumat akaun baru untuk akses i-Akaun KWSP anda.

Panduan Pendaftaran Cara Daftar Keluarkan Wang KWSP Akaun 2

Di bawah merupakan infografik rasmi pendaftaran yang dikeluarkan KWSP. Anda boleh rujuk juga infografik di bawah.

GRAFIK 1
Daftar i-Akaun KWSP
GRAFIK 2
Cara Daftar i-Akaun KWSP
GRAFIK 3
Daftar i-Akaun KWSP
GRAFIK 4
KWSP

Pengeluaran KWSP Akaun 2 Bantuan C0V1D-19

Pencarum dibenarkan mengeluarkan RM 500 sebulan dari Akaun 2 bermula dari 1 April 2020. Anda boleh terus mendaftar i-Akaun untuk urusan pengeluaran KWSP akaun 2 pada 1 April nanti.

Anda dinasihatkan supaya membuat pendaftaran secara online bagi mengelakkan anda ke pejabat KWSP bagi urusan pengeluaran. Ini juga bagi membantu kerajaan dalam memutuskan rangkaian C0V1D-19.

Kemudahan Yang Disediakan Dalam i-Akaun

Selain dari pengeluaran Akaun 2 seperti yang dinyatakan, pencarum juga boleh mengakses pelbagai perkhidmatan lain secara online yang ditawarkan oleh i-Akaun (Ahli) KWSP seperti:

1. Perkhidmatan e-Pengeluaran
2. Semakan Penyata KWSP tahun semasa dan tahun sebelumnya
3. Semakan status permohonan pengeluaran
4. Semakan sejarah pengeluaran
5. Semakan status penamaan
6. Kiraan anggaran amaun pengeluaran perumahan, simpanan dan pelaburan
7. Kemaskini profil termasuk alamat surat-menyurat
8. Semakan rekod transaksi caruman KWSP selama 2 tahun terkini

Untuk maklumat lanjut anda boleh terus layari laman web rasmi KWSP di https://www.kwsp.gov.my/

Sumber: Kerjaya.co

Written by Admin

Saya orang biasa yang ada perlindungan takaful dan insurans. Suka travel seperti orang lain. Pernah naik flight untuk travel seperti Air Asia, Malindo, Malaysia Airlines dan Fire Fly. Nak cuba juga naik Scoot, Singapore Airlines, Qantas, Thai Airways, British dan sebagainya namun belum ada rezeki. Selain nasi sebagai makanan utama suka juga makan KFC, Mc Donalds dan sesekali Burger Kings. Minat bermain forex tapi tak pandai. Mempunyai akaun simpanan seperti Maybank, CIMB Bank, Hong Leong Bank dan AmBank tetapi duit belum tentu ada. Membeli belah dengan kemudahan kad debit. Tak pernah cuba kad kredit atau lain-lain kad.

lupa ID dan Kata Laluan

Anda Lupa ID dan Kata Laluan i-Akaun KWSP? Sila Dapatkan Semula Dengan Langkah Ini

cara buat roti

Cara Buat Roti Gebu, Modal RM5 Untuk Sekeluarga Makan Tak Habis