Untuk makluman semua, ‘e-kasih’ yang dilancarkan oleh kerajaan merupakan sebuah pangkalan data keluarga miskin yang dibangunkan di peringkat nasional. Tujuan utama kerajaan memperkenalkan program tersebut adalah untuk membantu merancang, melaksana dan memantau program kemiskinan.
Info yang diperolehi dari Portal Rasmi E-Kasih memaklumkan bahawa semua Ketua Isi Rumah (KIR) yang menperolehi pendapatan bulanan di bawah RM1,500 (bagi Penduduk Bandar) dan RM1,000 (bagi Penduduk Luar Bandar) adalah sangat digalakkan membuat pendaftaran dalam program yang sangat bermanfaat ini.

BAGAIMANA CARA MEMBUAT SEMAKAN PERMOHONAN PENDAFATARAN E-KASIH ?
Individu yang berhasrat mendaftar boleh juga membuat rujukan di Jabatan Pembangunan Persekutuan/Pejabat Pembangunan Persekutuan (JPP/PPPN) atau Pejabat Daerah.
Ciri-Ciri Utama eKasih
- Semakan status kemiskinan secara dalam talian
- Menyelaras maklumat berkaitan bantuan
- Pengiraan Status Kemiskinan (miskin atau miskin tegar) secara automatik berdasarkan
- kepada Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) per kapita.
- Menjana laporan dan statistik kemiskinan.
- Poverty Mapping dan Memantau kemiskinan
Orang ramai disarankan agar memanfaatkan sistem yang telah diwujudkan dalam Portal Pembasmian Kemiskinan dengan cara memaklumkan maklumat mengenai status mereka menggunakan borang pemakluman secara online.
Sila buat semakan secara online (dalam talian) di pautan Semakan Pendaftaran E-Kasih.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda.
BACA JUGA: Pendaftaran i-Suri Boleh Dibuat Bagi Mereka Yang Layak
Sumber: Portal E-Kasih