in

5 Menteri Dapat Datuk Seri

Tun Khalil Yaakob
Photo: NST

Bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-80 Yang Dipertua Negeri Tun Dr Mohd Khalil Yaakob, 5 Menteri Kabinet adalah antara 419 penerima darjah, bintang dan pingat kebesaran Melaka hari ini.

Mereka merupakan 14 penerima Darjah Gemilang Seri Melaka (DGSM) yang membawa gelaran ‘Datuk Seri’.

Senarai menteri yang menerima Darjah Gemilang Seri Melaka (DGSM):
1. Rina Mohd Harun – Menteri Pembangunan Luar Bandar
2. Dr Dzulkeply Ahmad – Menteri Kesihatan
3. Mohd Redzuan MD Yusof – Menteri Pembangunan Usahawan
4. Datuk Saifuddin Nasution Ismail – Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
5. Datuk Dr Mujahid Yusof – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama).

Anugerah Kebesaran dan pingat negeri melaka
Penerima DGSM yang membawa gelaran Datuk Seri.

Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari dalam satu kenyataan berkata, yang turut menerima DGSM ialah:

1. Shamsul Iskandar Mohd Akin – Timbalan Menteri Industri Utama
2. Datuk Borhan Dolah – Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
3. Datuk Roslan Ibrahim – Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka
4. Datuk Seri Jamil Salleh – Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
5. Ahmad Awang – Penasihat Umum Parti Amanah Negara (Amanah).
6. Datuk Dr Roslan Md Taha – Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya.
7. Datuk Noormustafa Kamal Yahya – Pengarah Urusan Kuala Linggi International Port.
8. Datuk Mohamad Fazil Shafie – Pengarah Urusan Fazil Group.
9. Datuk H’ng Bak Tee – Pengarah Urusan GUH Holding Sdn Bhd

Penerimaan DGSM akan didahului oleh Rina Harun yang merupakan Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) diikuti oleh 160 penerima lain pada istiadat penganugerahan sesi pertama hari ini. Sesi kedua membabitkan 258 penerima dijadualkan pada 10 November depan.

Menurut Ketua Menteri Melaka lagi, seramai sembilan akan menerima Darjah Cemerlang Seri Melaka (DCSM) membawa gelaran ‘Datuk Wira’. Antaranya adalah:

1. Omar Jaafar – Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka
2. Dr Md Farid Md Rafik – Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial)
3. Mohd Hatta Md Ramli – Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan.
4. Datuk Raja Shahrom Raja Abdullah – Ketua Polis Melaka.
5. Datuk Seri Dr L. Suresh Raj – Pakar perunding perubatan
6. Datuk Muhamad Faizal Zainol – Pengarah Eksekutif Safz Auto Sdn Bhd
7. Datuk Md Wira Dani Abdul Daim – Pengerusi Kehormat Persatuan Pelaburan China-Kesatuan Pelaburan Luar Negara
8. Abdul Ghani Samsudin – Presiden Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia.

Seramai 18 individu dianugerahi Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran ‘Datuk’. Antaranya adalah:

1. Mohd Rafiq Naizamohideen – Exco Perindustrian, Perdagangan dan Pelaburan Melaka.
2. Tey Kok Kiew – Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar Melaka.
3. Muhammad Jailani Khamis – Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan Melaka.
4. Melaka Mohd Sofi Abdul Wahab – Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kemudahan Awam.
5. Hanafi Sakri – Pegawai Kewangan Negeri Melaka
6. Mohamad Abazafree Mohd Abbas – Penasihat Undang-undang Negeri Melaka
7. Wong Fort Pin – Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka
8. Senator Husam Musa – Naib Presiden Amanah.
9. Zulkipli Abdullah – Timbalan Ketua Audit Negara.

Semoga dengan penganugerahan ini, mereka yang berkhidmat kepada rakyat, akan berkerja lebih kuat lagi untuk kepentingan rakyat.

Sumber: Metro

Khasiat Pucuk Ubi Kayu

Khasiat Pucuk Ubi Kayu (Menurunkan Berat Badan)

Khidmat Kereta Jenazah Sekitar Lembah Kelang

Kereta Jenazah Percuma Di Sekitar Lembah Kelang Jika Anda Tiada Kemampuan