in ,

Dia Seorang Lelaki Secara Biologinya, Kerajaan Kesal Tindakan Usahawan Kosmetik – Datuk Mujahid

Isu sajat umrah

Isu panas yang mengaitkan seorang usahawan kosmetik berjaya di Malaysia yang kini dilaporkan sedang menunaikan umrah bersama keluarganya di Tanah Suci Mekah dengan memakai pakaian dan telekung persis seorang wanita telah mendapat perhatian ramai pihak termasuk pendakwah bebas serta agensi pelancongan.

Terkini, satu laporan berita memaparkan pihak kerajaan turut kesal serta mengeluarkan kenyataan berikutan daripada perlakuan individu terbabit yang kini menjadi topik hangat di laman sosial serta dikecam ramai netizen.

Memetik laporan Sinar Harian, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa memberikan kenyataannya dengan menyatakan tidakan usahawab kosmetik berkenaan telah menjejaskan imej agama Islam serta hubungan baik antara Malaysia dan Arab Saudi.

Datuk Mujahid Rawa
Datuk Dr Mujahid Rawa

Menurut Datuk Mujahid lagi melalui Berita Harian, pihaknya telah pun menerima beberapa aduan daripada jemaah yang telah melihat perbuatan serta kelakuan usahawan kosmetik berkenaan dengan mengenakan pakaian seperti wanita iaitu bertelekung selain dilihat turut bergaul serta berada di tempat solat wanita sehingga ada yang tidak selesa dengan kehadiran individu berkenaan.

Saya kesal dengan tindakannya, sudahlah itu dipaparkan pula di Instagram seolah-olah bukan kesalahan.

Kad pengenalannya adalah lelaki dan dia seorang lelaki secara biologinya. Apabila di Mekah dia berpakaian telekung dan sudah tentu berpakaian wanita.

Semua pergerakan, tempat yang dia lawati dan ruang solat dia adalah bersama wanita. Ini menimbulkan ketidakselesaan kerana ia telah menceroboh ruang dikhaskan kepada wanita.

Datuk Mujahid turut menyatakan bahawa pihaknya kini sedang menunggu laporan berkaitan dengan perkara tersebut dan beliau juga turut berusaha untuk mendapatkan berbagai maklumat daripada agensi pelancongan yang telah menguruskan perjalanan atau umrah individu berkenaan.

Nur Sajat
Usahawan kosmetik terkenal pergi umrah bersama keluarganya.

Menurut beliau lagi, sepatutnya agensi pelancongan berkenaan yang membawa usahawan kosmetik berkenaan ke Mekah telah sedia maklum akan tentang status usahawan tersebut yang telah pun diketahui oleh semua orang Malaysia.

Saya tidak tahu apa janji dia kalau bawa pergi umrah. Apa janji dia untuk tidak menimbulkan perkara yang boleh mencetuskan kemarahan rakyat.

Walau bagaimanapun, beliau menambah tindakan usahawan kosmetik berjaya berkenaan tidak menjejaskan kuota hani negara itu selepas ini. Ini lebih kepada masalah individu yang harus ditangani iaitu tiada salahnya jika beliau pergi ke Mekah dengan memakai pakaian lelaki.

Ekoran perkara yang sedang menjadi kontroversi ini, Datuk Mujahid menjelaskan pihak kerajaan akan memanggil semua agensi pelancongan untuk memastikan perkara dan hal yang sama tidak lagi akan berulang di masa depan.

Written by Admin

Saya lelaki biasa yang ada perlindungan takaful dan insurans. Suka travel seperti orang lain. Pernah naik flight untuk travel seperti Air Asia, Malindo, Malaysia Airlines, Fire Fly, Scoot, Singapore Airlines, Qantas, Thai Airways, British dan sebagainya. Makan juga nasi, KFC, Mc Donalds, Burger Kings. Minat forex tapi tak pandai. Sikit duit dalam simpanan akaun di Maybank, CIMB Bank, Hong Leong Bank dan AmBank. Membeli belah dengan kemudahan AEON Cards.

doa dihindari penyakit berbahaya

Koronavirus Sangat Bahaya. Jom Amalkan Doa Hindari Penyakit Berbahaya Yang Diajar Oleh Nabi SAW

rakyat Malaysia tiba dari Wuhan

Rakyat Malaysia Tiba Dari Wuhan di KLIA Dengan Pesawat Khas Air Asia