in

Diskaun Saman Trafik 50% Mulai 15 Disember Hingga 16 Disember 2018

Diskaun Saman Traffik

Kebanyakan kita mempunya banyak saman tertunggak. Ada yang mencecah ribuan ringgit. Ini disebabkan apabila kena saman, menangguh pembayarannya menunggu diskaun. Apabila diberikan diskaun, ada juga yang masih melengahkan kelonggaran yang diberikan itu.

Ada juga tidak mengetahui yang kenderaannya di saman. mungkin tidak perasan. Sebenarnya banyak cara untuki memeriksa samada kita ada dikenakan saman atau tidak. Berbagai kemudahan disediakan oleh kerajaan dan Polis.

Terbaru Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Siput, mengadakan Program Hari Bertemu Pelanggan, yang akan berlangsung di Arena Square, Sungai Siput, Perak. Sehubungan itu, PDRM akan membuka kaunter semakan dan pembayaran saman trafik dan menawarkan diskaun sehingga 50%.

Tawaran diskaun ini bukan hanya meliputi saman yang dikenakan di dalam negeri Perak sahaja bahkan merangkumi saman yang dikenakan di seluruh Malaysia. Walau bagaimanapun tidak semua saman akan diberikan diskaun oleh pihak Polis dalam tawaran tersebut.

 saman trafik 2018,
Gambar Hiasan

SAMAN YANG TIADA DISKAUN

Senarai saman yang tidak akan diberikan diskaun dalam tempoh masa di atas adalah seperti berikut:

1. Saman Kemalangan Tahun Semasa.
2. Saman berstatus NC ( no compoundable).
3. Saman Berstatus Waran Tahun Semasa.
4. Saman Dalam Perbicaraan.
5. Saman Op Selamat Tahun Semasa.
6. Saman Berstatus Mahkamah dan Saman berkaitan Lori.

TEMPAT PEMBAYARAN

Tempat semakan dan pembayaran saman adalah seperti ketetapan di bawah:

Tarikh: 15 Disember 2018 hingga 16 Disember 2018.
Masa :  Mulai jam 9.00 pagi sehingga jam 4.00 petang.
Tempat: Arena Square, Sungai Siput, Perak.

NOTA: Pembayaran saman berdiskaun hanya di tempat yang dinyatakan di atas sahaja.

PERINGATAN:  Saman – saman juga tertakluk kepada Terma dan Syarat.

Anda diminta agar membuat semakan dahulu di mana-mana Balai Polis Trafik atau melalui medium internet dan sebagainya tentang butiran saman yang boleh mendapat diskaun seperti yang termaktub.

Boleh dikatakan semua rakyat Malaysia juga tahu bahawa terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan oleh orang ramai bagi membuat semakan samada mereka mempunyai saman ataupun tidak.

Anda juga boleh menyemak saman secara online melalui pautan di bawah.

SEMAK SAMAN DAN HARGA DI SINI

Jangan lepaskan peluang ini, jumpa anda di ruang pameran Polis Di Raja Malaysiadi Dataran Ipoh.

Sumber: Polis Di Raja Malaysia

Written by Admin

Khasiat Pokok Kapal Terbang

Khasiat Pokok Kapal Terbang Dalam Perubatan Tradisional Melayu

Cara Dapatkan Bateri Kereta Apabila Bateri Rosak

Cara Mudah Menggantikan Bateri Kereta Tanpa Pergi Ke Kedai Bateri.