in

Buruh Di Tahan Kerana Menghina Polis Yang Maut Dalam Kemalangan Di LPT

Lelaki Ditahan Polis

Polis menahan seorang buruh kerana menghina anggota polis yang maut dalam kemalangan di Kilometer 183 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) berhampiran Gambang, semalam.

Penghinaan itu dilakukan setelah meninggalkan komen menghina ke atas status berkenaan dengan kemalangan maut membabitkan dua anggota polis yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, dalam kumpulan ‘Komuniti Kuantan’.

polis maut kemalangan
Kemalangan yang menyebabkan dua anggota polis maut semalam

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, suspek adalah seorang lelaki yang berusia 27 tahun ditahan di rumahnya di Kampung Parit Tengah, Pekan, kira-kira jam 10.30 malam tadi.

Mohd Wazir berkata, suspek meninggalkan komen ke atas status tersebut seperti berikut:

‘padan muka polis segelintir jahat hahahahahahaha hahahah’

Dalam kenyataannya pada sidang media di kuantan hari ini, Mohd Wazir memberitahu bahawa laporan polis telah dibuat oleh seorang anggota polis yang tidak berpuas hati dengan komen berkenaan dan mahu beliau mahu tindakan sewajarnya diambil ke atas pengguna Facebook berkenaan.

Polis maut
Gambar sekitar kemalangan

Bertindak segera atas maklumat, sepasukan anggota polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan pergi ke rumah berkenaan dan berjaya menahan suspek yang terbabit.

Hasil dari pemeriksaan, polis telah merampas telefon bimbit jenis Samsung Galaxy J2 Prime dan dua kad sim Celcom. Hasil siasatan telah mendapati, telefon bimbit yang dirampas itu digunakan untuk melayari Facebook.

Polis turut menjalankan Ujian air kencing ke atas saspek dan hasilnya negatif. Kini suspek ditahan reman selama empat hari bermula hari ini di Lokap Berpusat Indera Mahkota di sini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 233 (1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya sekali.

Kepada anda semua, berhati-hati membuat komen yang menjurus kepada penghinaan. Tidak kiralah siapa yang kita hina, jika laporan polis dibuat, anda akan di tahan, disiasat, barang-barang tertentu dirampas dan didenda jika sabit kesalahana. Jika didenda beribu ringgit, sudah pasti kita tidak mampu akhirnya merengkok di dalam penjara bersama penjenaya sebenar.

Sumber: Metro
Photo: Berita Terkini

Tips hidup Sihat

Tips Hidup Sihat

Khasiat Karpuravalli

Khasiat Daun Bangun Bangun (Karpuravalli )