Permodalan Nasional Berhad atau PNB telah pun mengumumkan pengagihan pendapatan sebanyak 5.00 sen seunit dan bonus 0.50 sen seunit bagi Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember tahun ini.
Pengumuman tersebut merupakan satu pulangan paling terendah dalam sejarah.
Gambar di bawah menunjukkan dividen dan bonus Amanah Saham Bumiputera (ASB) dari tahun 1990 hingga 2018.
CARA PENGIRAAN DIVIDEN ASB DAN BONUS
Berikut adalah cara pengiraan dividen ASB dan bonus ASB bagi tahun 2019
1. Dividen 5.00% – Jumlah pengiraan berdasarkan kepada purata baki minimum bulanan terendah 12 bulan.
2. Bonus 0.50% – Jumlah pengiraan bonus adalah berdasarkan kepada purata baki minimum bulanan terendah 12 bulan.
CONTOH
Anda mempunyai pelaburan sebanyak RM100 ribu dari awal tahun (Januari 2019). Jumlah yang bakal diperolehi adalah seperti berikut:
DIVIDEN
100,000.00 X 5.00% X 12/12 Bulan = 5000.00
BONUS
100,000.00 x 0.50% x 12/12 Bulan = 500.00
Anda juga boleh membuat semakan jumlah dividen dan bonus yang diperolehi apabila urusniaga dibuka semula pada 2 Januari 2020.
Kepada sesiapa yang membuat pinjaman ASB dan mengharapkan pulangan bonus dan dividen diharap bertabahlah untuk membuat pembayaran untuk tahun seterusnya.
Sumber: Penang Kini dan Permohonan