in ,

Doa Dan Diet Untuk Menurunkan Berat Badan Cara Islam

Mempunyai berat badan yang ideal merupakan impian semua orang terutama bagi wanita. Tubuh yang langsing merupakan idaman bagi setiap wanita. Tapi tahukah anda bahawa dalam Islam juga ada menyentuh mengenai diet ini.

Semua orang ingin kekal langsing

Islam tidak menggalakkan melakukan diet yang sangat melampau kerana boleh menyebabkan kesihatan terjejas. Rasulullah bersabda,

”Sumber dari penyakit itu perut. Perut adalah gudang penyakit dan berpuasa adalah ubatnya.”

Dalam sabda ini tersirat bahawa umat Islam tidak digalakkan mempunyai perut yang terlalu buncit. Sebenarnya doa agar berat badan turun secara khusus tidak ada. Rasulullah tidak pernah menceritakan tentang doa untuk menurunkan berat badan.

Untuk menurunkan berat badan dalam Islam sebenarnya sudah diberikan kaedahnya iaitu dengan cara berpuasa. Puasa merupakan salah satu cara paling ampuh untuk menurunkan berat badan.

Cara ini tidak akan meninggalkan kesan buruk bagi tubuh malah ia menyihatkan. Doa untuk menurunkan berat badan sendiri berasal dari diri sendiri. Ada beberapa tips untuk melakukan diet secara Islami.

CARA DIET ISLAMI UNTUK MENURUNKAN BERAT BADAN

1. Niat

Ketika anda hendak berdiet sebaiknya anda niatkan dulu diet anda bahawa anda ingin mengurangkan berat badan anda supaya tidak gemuk. Dengan niat yang kuat pasti semua program diet dapat anda lalui dengan baik.Ia juga untuk memudahkan anda beribadat kepada Allah.

2. Berfikir Untuk langsing

Dengan berfikir jika anda langsing anda dapat mendapatkan bentuk tubuh yang ideal akan mengubah ‘mindset’ anda bahawa anda akan langsing. Lama-kelamaan anda akan berusaha untuk membuat tubuh anda langsing.

Bermula dengan niat, tekad untuk langsing dan berpuasa

3. Berpuasa

Cara ampuh untuk menurunkan berat badan adalah berpuasa. Anda boleh melakukan puasa sunat pada hari isnin dan khamis. Puasa Sunat yang dilakukan secara rutin akan membuat tubuh anda kurus dan langsing. Meskipun demikian, tidak boleh berniat puasa supaya kurus semata-mata, tetapi karena Allah SWT.

4. Menjaga pola pemakanan

Untuk mendapatkan tubuh yang ideal anda perlu menjaga pemakanan. Pilih makanan yang sihat seperti buah dan sayuran. Banyakkan minum air putih. Jaga pola pemakanan.

Pola pemakanan

5. Berdoa

Langkah terakhir untuk mendapatkan tubuh yang langsing adalah dengan berdoa. Doa untuk menurunkan berat badan secara khusus tidak ada, untuk itu anda perlu untuk menyiapkan doa anda sendiri.

Semuanya bergantung dengan diri anda sendiri. Setelah anda mempunyai niat dan tekad untuk menurunkan berat badan maka lakukan secara sihat dan baik. Lakukan diet jika berat badan anda berlebihan. Jika masih ideal sebaiknya anda tidak perlu diet.

Anda wajib bersyukur memiliki tubuh badan yang sihat tidak kira gemuk atau kurus. Walau bagaimanapun Jika anda sudah merasa badan anda gemuk, anda disarankan untuk menurunkan berat badan. Obesiti akan menyebabkan anda terdedah kepada berbagai penyakit berbahaya.

Untuk itu berdiet perlu dilakukan jika sudah mempunyai badan yang dikategorikan obesiti. Doa khusus untuk menurunkan berat badan buatlah sendiri dengan kata-kata anda. Doa yang dipohon dengan bersungguh-sungguh insyaallah akan dikabulkan oleh Allah SWT.

sumber: Khalifah Media

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

5 Sebab Mengapa Bahan Bacaan Bercetak Masih Lagi Diperlukan

Manisnya Ibadah Dengan 4 Perkara

Manisnya Ibadah Dengan 4 Perkara Ini