in ,

Ustaz Ini Kongsikan Cara Untuk Meleraikan Ikatan Sihir & Santau

Memutus Sihir dan Santau

Sesiapa yang pernah mengalami pengalaman disihir atau disantau atau keluarga mereka, mereka tahu bagaimana peritnya untuk menggadapinya. Setiap apa yang dilakukan kebanyakan tidak menjadi dan ada saja halangan.

Sebagai contoh sihir untuk mengelakkan suami isteri bersama. Jika ada usaha ke arah itu (untuk bersama) ada saja halangan yang datang. Bentuk halangan adalah Isteri atau suami sakit, kenderaan rosak, akaun bank seperti diblock (jika mahu berikan duit pada pasangan) dan bermacam-macam lagi. Contoh ini adalah pengalaman daripada orang yang mengalaminya.

sihir
Amalan sihir dibuat berbagai cara

Oleh itu kami ingin berkongsi satu kaedah atau amalan yang boleh dicuba bagi meleraikan sihir atau santau yang ada. Jika sesiapa ingin mencuba boleh komen pada ruangan komen yang disediakan di penghujung entri ini.

Berikut adalah perkongsian tersebut:

Jin santau dan jin sihir adalah jin kafir yang dihantar untuk memusnahkan hidup kita. Jin kafir sangat gerun dengan surah Al-Ikhlas. Ini kerana 3 kali kita membaca surah Al-Ikhlas sama seperti kita membaca satu Al-Quran.

Buat jari syahadah (seperti dalam gambar), sebaiknya buat selepas solat, baca surah Al-Ikhlas 3 kali, 6 kali atau 9 kali dengan perlahan dan penuh penghayatan. Dengan izin Allah ikatan sihir dan santau akan terlerai.

menghapus sihir, menghapus santau
Buat jari syahadah, baca Surah Al-Ikhlas dengan penuh penghayatan

Anda harus berjaga jaga-jaga sekiranya ditubuh anda ada sihir atau santau Pasti kamu akan memuntahkan racun atau bisa santau tersebut (sediakan bekas untuk muntah). Insya Allah.

PERINGATAN

Sebelum anda membaca Surah Al-Ikhlas, seeloknya terlebih dahulu anda menghayati maksudnya.

قُلْ هُوَ اللّٰهُ اَحَدٌ

Qul huwallohu ahad

“Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;”

اَللّٰهُ الصَّمَدُ

Allahus-somad

“Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat;”

لَمْ يَلِدْ ۙ وَلَمْ يُوْلَدْ

Lam yalid wa lam yuulad

“Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;”

وَلَمْ يَكُنْ لَّهٗ كُفُوًا اَحَدٌ

Wa lam yakul lahuu kufuwan ahad

“Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya.”

Insya Allah.. ini hanya sebagai salah satu ikhtiar bagi merawat segala penyakit yang ada di dalam tubuh badan kita. Jaga i’tikad kita, Kebergantungan kita hanya pada Allah swt. Sesungguhnya Allah yang menyembuhkan.

Semoga dengan perkongsian ini memberi manfaat kepada anda. Sila klik link di bawah untuk mohon diijazahkan. Wallahu A’lam

“Mohon Diijazahkan”

Sumber: facebook

Rawatan Jangkitan Ulat Air

Ubi Kayu Boleh Digunakan Untuk Merawat Jangkitan Ulat Air Pada Kaki

Cuaca Ekstrem Bakal Landa Malaysia

Jabatan Meteorologi Ramal Malaysia Bakal Dilanda Cuaca Ekstrem