in , ,

Doa Hari Arafah Adalah Doa Paling Mustajab

doa hari arafah

Pada hari sabtu bersamaan 10 Ogos 2019 adalah Hari Arafah atau Hari Wukuf. Selain berpuasa sunat, doa hari arafah sangat mustajab dan jangan lupa memohonnya daripada Allah SWT pada mudah-mudahan apa yang kita hajati dimakbulkan.

Umat Islam disunatkan membaca Doa Hari Arafah walau di mana sahaja mereka berada. Padang Arafah adalah tempat semua Jemaah Haji berkumpul sebagai simbolik dan lambang Padang Mahsyar. Ambil peluang ini jika kita belum mampu untuk ke sana.

Hari Arafah
Kemuncak Ibadah Haji adalah berwukuf di Padang Arafah

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Sebaik-baik doa adalah pada hari Arafah.” HR At Tirmidzi dishahihkan Al-Albani.

Doa Hari Arafah bukan sahaja baik untuk dibaca oleh Jemaah Haji pada hari Arafah, tetapi disunatkan juga kepada seluruh Umat Islam di seluruh dunia walaupun mereka tidak berada di sana.

HARI ARAFAH BAGI TAHUN 2019

Berdasarkan Kalendar Islam di Malaysia 2019M bersamaan 1440H, 1 Zulhijjah jatuh pada 2 Ogos 2019. Ini bermakna Hari Arafah atau Hari Wukuf iaitu kemuncak kepada Ibadah Haji akan jatuh pada 10 Ogos 2019 bersamaan 9 Zulhijjah. Hari ini juga merupakan hari yang mustajab untuk berdoa. Pada masa ni kita semua yang berada di Malaysia juga boleh sama-sama berdoa.

Waktu untuk berdoa ialah selepas gelincir matahari 9 Zulhijjah sehingga sebelum terbit Fajar 10 Zulhijjah. Berdoalah di mana saja anada berada dan nyatakan permohonan anda kepada Allah SWT. Mudah-mudahan dikabulkan.

Simpan dalam kepala kita bahawa pada 10 Ogos 2019 kita mahu berdoa dan terus berdoa. Dalam masa beberapa jam ini jangan putus berdoa. Mengulangi doa yang sama juga tidak menjadi masalah. Jika mahu menangis, menangislah sepuas hati. Minta pada Allah bersungguh-sungguh supaya ALLAH SWT mengampunkan dosa-dosa kita, ibu bapa kita, anak isteri kita, semua kaum keluarga kita, kawan-kawan kita dan semua orang-orang islam.

doa ketika wukuf di padang arafah
Berdoalah mudah-mudahan Allah kabulkan permintaan anda

Berikut adalah beberapa doa yang anda boleh masukkan dalam senarai untuk anda berdoa.

SENARAI HIMPUNAN DOA HARI ARAFAH

1. Ya Allah, Kurniakanlah padaku Kejayaan terbesar. Selamat dari api neraka dan masuk ke Syurga Firdaus.

2. Ya Allah, Masukkanlah aku dan keluargaku dalam golongan orang yang beriman, yang menerima kitab amal di tangan kanan kami.

3. Ya Allah, Kurniakanlah padaku kematian yang diberkati. Izinkan aku mengucapkan syahadah sebelum aku menghembuskan nafas terakhir. Kurniakanlah padaku syafaat Rasulullah (SAW).

4. Ya Allah, Masukkanlah aku dalam kalangan Rasulullah (SAW), keluarganya dan para sahabat di Syurga Firdaus.

5. Ya Allah, Selamatkanlah rakan-rakan bukan Islam ku dari neraka. Kurniakan mereka hidayah Islam.

6. Ya Allah, Satukan aku dalam Syurga Firdaus dengan orang-orang yang aku sayangi semata-mata keranaMu.

7 Ya Allah, Sempurnakan agamaku dan ibadatku. Selamatkan aku daripada kejahatan dan izinkan aku menyempurnakan sebahagian daripada agamaku.

doa pada hari arafah
Suasama di Padang Arafah

8. Ya Allah, Terimalah amalan baikku dan tingkatkan pahala dan rahmat untukku. Padamkan dosa-dosaku dan ampunkan aku sepenuhnya. Limpahi rahmatMu untukku dan selamatkanlah aku dari kehinaan pada hari hitungan amal.

9. Ya Allah, Apabila aku mati, biarlah jiwaku dan rekod amalanku menjadi amalan tertinggi.

10. Ya Allah, Kurniakan aku, ibu bapaku, keluarga dan anak-anakku bimbingan, ketabahan dan peningkatan Iman.

11. Ya Allah, Masukkan aku dalam golongan yang Engkau lindungi, mendapat pengampunan Mu dan mendapat naungan pada hari ketika tidak ada naungan selain dari ArashMu.

12. Ya Allah, tingkatkan keyakinan dan tawakkalku padaMu. Janganlah ada keraguan dalam kepercayaanku dalam keesaanMu, kehebatanMu dan kekuasaanMu.

13. Ya Allah, Tingkatkanlah kecintaanku untuk Mu dan NabiMu (SAW).

14. Ya Allah, Ampunilah aku dan tingkatkanlah kurniaan Rahmat dan RezekiMu.

15. Ya Allah, Berilah aku lebih banyak peluang untuk berbuat baik dan mendapat keredhaanmu.

doa mustajab hari arafah
Jemaah melakukan ibadah kemuncak di Padang Arafah

16. Ya Allah, Sucikan niatku hanya untukMu semata-mata dan lindungilah aku dari menunjuk-nunjuk atau kebanggaan palsu. Selamatkan aku dari sifat angkuh, sombong, menunjuk-nunjuk dan mengungkit-ngungkit nikmat.

17. Ya Allah Penciptaku dan Tuhanku, Jangan biarkan aku sendirian. Berkati aku dengan pasangan yang sesuai dan anak-anak yang akan menjadi penyejuk mataku.

18. Ya Allah, Jadikanlah aku dari orang-orang yang sabar dan patuh kepadaMu dan kepada ibu bapaku.

19. Ya Allah, Selamatkanlah aku dari Fitnah Dajjal.

20. Ya Allah, Selamatkanlah aku dari azab kubur dan azab api neraka.

21. Ya Allah, Tingkatkanlah usahaku dalam kerja-kerja amal dan Sadakatul Jariah.

22. Ya Allah, Berkatilah hidupku dengan kesihatan yang baik, agar aku dapat bersujud padamu dengan mudah sehingga akhir hayatku.

mustajabnya dia hari arafah
Minta pada Allah bersungguh-sungguh

23. Ya Allah, Lindungilah aku dan seluruh umat Islam dalam menentang penindas-penindas yang zalim. Selamatkan kami dari fitnah dan permudahkanlah bagi kami mengharungi zaman yang sukar ini.

24. Ya Allah, Berkatilah hidupku dengan yang terbaik di dunia ini, di akhirat nanti dan selamatkanlah aku dari api neraka. Sesungguhnya aku memang memerlukan kurniaan dariMu Ya Allah.

25. Ya Allah, Tingkatkanlah kesyukuranku semata-mata kepadaMu.

26. Ya Allah, Selamatkan aku dari kemunafikan.

27. Ya Allah, Izinkan aku dan suamiku/isteriku menjadi antara jemaah menunaikan Haji sebelum kami dijemput olehMu.

28. Ya Allah, Lindungi kami dari syaitan, jin dan arak. Lindungi kami dari perbuatan jahat dan niat mereka.

29. Ya Allah, Ampuni dan berilah rahmat kepada ibu bapa kami, kerana mereka menjaga kami ketika kami masih kecil.

30. Ya Allah, Aku berdoa dan memohon daripadamu untuk mengurniakan bimbingan kepada pemuda dan umat Islam. Selamatkan kami semua dari kekufuran, putus asa, salah laku dan syirik.

31. Ya Allah, Berikan aku kekuatan untuk melawan kemalasan dan tidur, semoga aku dapat bangun untuk tahajjud dan solat subuh setiap hari.

doa di hari arafah
Berdoalah tanpa jemu

Sesungguhnya Allah SWT Maha Mengetahui apa yang kita nyatakan dan apa yang kita rahsiakan. Allah Maha Mengetahui Lagi Maha Meneliti segala hajat yang ada di hati kita, maka mohonlah agar disampaikan hajat itu.

Firman Allah SWT:

وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ ۖ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ ۖ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ

“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang-orang yang berdoa apabila Dia berdoa kepadaku. Hendaklah mereka itu memenuhi perintahKu dan beriman kepadaKu, agar mereka memperoleh kebenaran.” (Surah Al-Baqarah : 186)

Semoga ALLAH SWT memakbulkan segala doa-doa kita semua dan mengampuni segala dosa-dosa kita. Sesunguhnya kita banyak melakukan dosa. Aamiinn.

Baca Juga – 7 Himpunan Doa Terbaik Untuk Anak-Anak Berjaya Duhttps://www.facebook.com/profdrmuhaya/posts/1376712939025072nia dan Akhirat

Sumber Asal: Prof Dr.Muhaya

Written by Admin Suka Viral

Saya lelaki biasa yang ada perlindungan takaful dan insurans. Suka travel seperti orang lain. Pernah naik flight untuk travel seperti Air Asia, Malindo, Malaysia Airlines, Fire Fly, Scoot, Singapore Airlines, Qantas, Thai Airways, British dan sebagainya. Makan juga nasi, KFC, Mc Donalds, Burger Kings. Minat forex tapi tak pandai. Sikit duit dalam simpanan akaun di Maybank, CIMB Bank, Hong Leong Bank dan AmBank. Membeli belah dengan kemudahan AEON Cards.

Kelebihan Zikir Fatimah

Zikir Fatimah – Meredakan Keletihan Wanita Dalam Menguruskan Rumahtangga. Rugi Kalau Tak Amal

Kegunaan Lampu Pandang Belakang Yang Ramai Tidak Tahu

Fungsi Cermin Pandang Belakang Kereta Yang Ramai Pemandu Tidak Tahu