in ,

Doa Pemanis Wajah Agar Kelihatan Cantik dan Bercahaya

doa pemanis wajah

Setiap wanita mempunyai impian ingin kelihatan cantik. Inginkan kecantikan adalah naluri setiap wanita kerana cantik itu sudah seolah-olah melekat pada diri mereka. Cantik terdiri dari dua unsur iaitu cantik secara fizikal dan cantik dari hati.

Cantik luaran dan dalaman adalah kesempurnaan seseorang wanita. Jadi, bagaimanakah caranya agar seseorang wanita itu nampak cantik luaran dan dalamnya?

DOA PEMANIS WAJAH

Untuk menjadikan atau menampakkan anda kelihatan cantik, amalkan doa pemanis wajah. Anda boleh mempelajari dengan lengkap melalui artikel ini seperti yang dikongsi menerusi Kabar Makkah.

Doa pemanis wajah diyakini sebagai amalan yang boleh membuatkan seseorang wanita itu kelihatan cantik secara semulajadi. Bak kata apabila dilihat wajahnya bak bidadari walaupun tanpa menggunakan alat solek.

Sebenarnya ada doa untuk membuka aura wajah agar kelihatan cantik untuk diamalkan seperti di bawah.

Amalan Doa Pemanis Wajah

INNAA ANSYA’ NAA HUNNA INSYAA AN FAJA’ALNAA HUNNA ABKAARON ‘URUBAN ATROOBA

Maksudnya:

“Sesungguhnya Kami menciptakan mereka (bidadari-bidadari) dengan langsung dan Kami jadikan mereka gadis-gadis perawan. penuh cinta lagi sebaya umurnya”.

Ternyata kelihatan manis saja tidak cukup. Selain mengamalkan doa pemanis wajah, anda juga harus mengamalkan doa agar keliahatan cantik setiap hari. Doanya adalah seperti di bawah.

Doa agar Terlihat Cantik Setiap Hari

WA ALQOYTU ‘ALAIKA MAHABBATAN MINNII WALITUSNA-‘A ‘ALA ‘AINI

Maksudnya:

“Dan Aku telah melimpahkan kepadamu kasih sayang, yang datang dari-Ku, agar kamu diasuh di bawah pengawasan-Ku”.

Cara Mengamalkan Doa Pemanis Wajah dan Doa Agar Terlihat Cantik Setiap Hari

Untuk menjadikan wajah anda kelihatan manis, cantik dan bercahaya setiap hari, ikuti cara amalan doa seperti berikut:

1. Biasakan diri bangun dari tidur sebelum azan subuh.

2. Setelah berwudhu bacalah doa pemanis wajah diatas sebanyak 3 kali, tiupkan ke telapak tanan lalu usapkan ke wajah anda.

3. Lakukan solat subuh (solat di awal waktu).

4. Setelah memberi salam (solat subuh) bacalah doa agar terlihat cantik setiap hari diatas sebanyak 5 kali lalu tiupkan juga ke telapak tangan dan usapkan pada wajah anda.

6. Amalkan setiap hari sebagai rutin mudah-mudahan anda memperolehi wajah yang cantik dan berseri secara alami dari dalam.

Baca Juga – Ciri-Ciri wanita Untuk Dijadikan Isteri Menurut Islam

Itulah serba sedikit doa pemanis wajah dan doa agar terlihat cantik setiap hari untuk diamalkan. Semoga ianya memberi manfaat kepada anda.

Written by Admin

Saya lelaki biasa yang ada perlindungan takaful dan insurans. Suka travel seperti orang lain. Pernah naik flight untuk travel seperti Air Asia, Malindo, Malaysia Airlines, Fire Fly, Scoot, Singapore Airlines, Qantas, Thai Airways, British dan sebagainya. Makan juga nasi, KFC, Mc Donalds, Burger Kings. Minat forex tapi tak pandai. Sikit duit dalam simpanan akaun di Maybank, CIMB Bank, Hong Leong Bank dan AmBank. Membeli belah dengan kemudahan AEON Cards.

Tempoh Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Berkemungkinan Dilanjutkan 2 Bulan?

resepi mee champa

Resepi Mee Champa Yang Sedap dan Pedas Berapi