in ,

Doa Selepas Akad Nikah

Doa Selepas Akad Nikah
Photo: Wanista

Dalam islam, setiap majlis yang dianjurkan akan dimulakan dan disudahi dengan doa. Begitu juga dengan majlis akad nikah. Biasanya selepas sahaja majlis akad nikah, doa akan dibacakan oleh wali atau wali hakim yang mengendalikan majlis akad nikah.

Bagaimana jika anda yang menjadi wali ke atas anak atau adik anda? Tentu akan rasa gelabah jika kita tidak menghafal doa. Sudah tentu minta bantuan imam yang ada dalam majlis tersebut. Tidak pandai bukan alasan kerana zaman serba moden ini semuanya di hujung jari. Hanya meminta bantuan injin carian google, taip saja Doa Selepas Akad Nikah, maka akan terpapar doa yang dicari. Jadi amat mudah bukan?

doa akad nikah
Pengantin dan hadirin mengaminkan doa. Photo: flickr

Berikut adalah doa selepas akad nikah yang anda boleh baca sendiri selepas bergelar suami.

DOA SELEPAS AKAD NIKAH

bacaan doa selepas akad nikah

MAKSUDNYA:

“Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

Segala puji bagi Allah Tuhan sekelian alam. Pujian yang sebanding dengan nikmat-nikmat-Nya dan akan menjamin tambahan nikmat-Nya. Wahai Tuhan kami, bagi-Mu segala bentuk pujian, sebagaimana pujian yang layak kepada zat-Mu yang Maha Agung, dan kepada kerajaan-Mu yang Maha Besar.

Ya Allah, berikanlah rahmat-Mu kepada junjungan kami Nabi Muhammad saw, dengan rahmat yang penuh cahaya sebagai simpanan di sisi Allah dan menjadi kemudahan, kebahagiaan dan kegembiraan bagi kami dan orang-orang mukmin dan (berikanlah rahmat-Mu) kepada keluarga dan para sahabatnya, serta selamatkanlah mereka dengan keselamatan yang sempurna.

Ya Allah, jadikanlah akad ini, akad yang penuh berkah, akad yang tidak ada setelahnya perpisahan (perceraian) mahupun permusuhan, akad yang diberkati bagi keduanya dan kepada keduanya dari awal sampai akhirnya hingga keduanya bertemu Engkau dan Engkau redha kepada keduanya, Wahai Tuhan semesta alam.

Ya Allah, luaskanlah rezeki bagi keduanya dan perbaiklah akhlak bagi keduanya serta lindungilah keduanya dari perbuatan syirik, ragu-ragu, nifaq dan akhlak yang buruk. Ya Allah, Ya Tuhan kami, jadikanlah diantara keduanya, keserasian yang tidak ada putus dan hujungnya dan jauhkanlah keduanya dari permusuhan dan perpisahan dengan rahmat-Mu, Wahai zat yang Maha Penyayang orang-orang yang penyayang.

Ya Allah, jadikanlah pernikahan ini, pernikahan yang abadi dan berpanjangan hingga bertemu Engkau dan Engkau redha kepada keduanya, Wahai Tuhan semesta alam. Ya Allah, jadikanlah mata pencarian keduanya, mata pencarian yang baik dan penghidupan yang baik, nikmat dan diredhai serta berikanlah rezeki bagi keduanya anak keturunan yang baik-baik dan membawa kebaikan serta menjadi penyenang hati bagi keduanya, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu dan sentiasa menyegerakan dalam memenuhi permohonan.

Wahai Tuhan kami, berikanlah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari api neraka. Semoga Allah melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan kami Nabi Muhammad saw. dan kepada keluarganya serta sahabat-sahabatnya”.

Semoga bermanfaat.

Suka Viral

Lelaki Warga Nepal Maut Terjatuh Dari Tingkat 4

SAP IBUBAPA

SAPS Semakan Ibubapa 2019 – Keputusan Peperiksaan Online