in ,

Doa Selepas Solat Fardhu Sangatlah Mustajab

Dari Salman Al-Farisi R.A telah meriwayatkan sesungguhnya bahawa Baginda Rasulullah SAW telah bersabda:

“Sesungguhnya Allah mempunyai sifat malu, dan memberi kepada orang yang tidak meminta dengan pemberian yang banyak. Apabila seseorang mengangkat tangannya dihadapan Allah, memohon sesuatu, maka Allah amat malu untuk memulangkan kedua tangan tersebut dengan tangan kosong”. (HR Tirmizi)

Kita semua wajib tahu bahawa doa selepas solat fardhu adalah antara waktu untuk berdoa yang paling mustajab. Marilah sama-sama kita mengambil peluang untuk memanfaatkan setiap waktu selepas menunaikan solat fardhu untuk membaca doa.

Berdoalah walau menggunakan bahasa ibunda kita jika tidak mampu untuk berdoa di dalam bahasa Arab. Doa tidak semestinya panjang, ringkaspun cukup asalkan anda memohon pada Allah SWT apa yang anda mahu. Cukuplah sekadar membaca bismillah, memuji-muji Allah dan Selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan teruskan berdoa.

Doa selepas solat fardhu
Berdoalah dan mintalah kepada Allah

KENAPA KITA PERLU BERDOA?

Tujuan utama berdoa adalah untuk mendekatkan diri kita dengan Allah. Manfaat doa begitu besar dalam kehidupan manusia. Dengan berdoa, pelbagai jenis emosi dapat dikendalikan. Dengan berdoa, kita boleh bentangkan dengan berbagai harapan. Dengan berdoa juga menjadi penyejuk pada saat menghadapi musibah dan dengan doa juga kita akan ada keazaman untuk memperbaiki diri.

Dari Ali R.A meriwayatkan bahawa sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda:

“Doa adalah senjata bagi orang-orang mukmin, tiang bagi agama, dan nur bagi langit dan bumi”. (HR Hakim)

Dari Hadis di atas, ternyata doa adalah salah satu keistimewaan bagi seseorang Muslim yang Allah anugerahkan yang tidak ada pada penganut agama lain.

Berdoa bukan sahaja memberi kekuatan, tetapi juga harapan dan tempat mencurahkan segala isi hati kepada Allah SWT. Sesungguhnya berdoa juga adalah tempat manusia meminta setelah seharian melakukan usaha (ikhtiar).

1. DOA PEMBUKAAN

2. SELAWAT KE ATAS NABI

3. ISI DOA

4. DOA PENUTUP

5. DOA TAMBAHAN

Janganlah kita sering malas. Selepas menunaikan solat, berdoalah. Sesungguhnya Allah Maha Penyayang.

Sumber: Sirap Limau

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

Andik Vermansyah Sah Milik Kedah. Tunggu Penampilan Sulung Beliau Malam Ini.

Wong Fei Hung Islam

Lagenda Kungfu China, Wong Fei Hung Adalah Seorang Muslim