in

7 Himpunan Doa Terbaik Untuk Anak-Anak Berjaya Dunia Akhirat

Doa Anak Dengar Kata Ibu Bapa

Tidak ada ibu bapa yang mahu anaknya hidup susah sejak mereka kecil hingga ke akhir hayat mereka. Paling utama mereka mahukan anak mereka menjadi anak yang soleh dan solehah. Semua ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak mereka. Selain memberi didikan, ibu bapa juga hendaklah sentiasa berdoa dengan kumpulan doa terbaik untuk kejayaan dan keselamatan anak-anak mereka.

Sudah tentu kita orang-orang islam sentiasa mengamalkan doa-doa yang mustajab bagi membentuk anak-anak yang baik, berjaya serta menghormati orang tua. Zaman serba moden ini juga terlalu mendedahkan anak-anak kepada persekitaran dan budaya yang tidak sihat membuatkan sesetengah ibu bapa merasa risau dengan masa depan anak-anak.

doa anak rajin belajar
Anak yang baik juga adalah berkat daripada doa ibu bapa

Sejauh manakah kita boleh mematau anak-anak kita? Hanya doa dan pertolongan daripada Allah SWT yang boleh menjadi pelindung kepada anak-anak supaya terhindar daripada gejala yang tidak sihat. Mari kita amalkan doa dari himpunan doa terbaik ini seperti yang disenaraikan di bawah.

Doa Terbaik Untuk Anak-Anak

1. Doa melembutkan hati anak yang degil

Amalkan membaca Surah As-Syura ayat 19:

اللَّهُ لَطِيفٌ بِعِبَادِهِ يَرْزُقُ مَنْ يَشَاءُ ۖ وَهُوَ الْقَوِيُّ الْعَزِيزُ

Maksudnya:

“Allah Maha Lembut takdir-Nya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihan-Nya) terhadap hamba-hamba-Nya; Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut peraturan yang telah ditetapkan), dan Dialah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa “.

Baca doa ini sebanyak 19 kali pada air minuman. Berikan anak anda meminumnya. Insya Allah sikap anak yang degil akan berubah kepada lebih baik dengan izin Allah.

Boleh juga dibaca doa ini pada ubun-ubun anak anda ketika anak anda tidur.

2. Doa agar anak lembut hati, pintar dan soleh

Ketika anda memasak, sentiasa membacakan Surah Al Imran  ayat 200:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اصْبِرُوا وَصَابِرُوا وَرَابِطُوا وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Maksudnya:

“Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya.”

Diikuti pula dengan memperbanyakkan zikir ‘Ya Hayyu, Ya Qayyum, Ya Latiff dan Ya Rahman’ berulang-ulang.

Atau baca Surah al-Fatihah, surah Taha ayat 1 sehingga 5, diikuti doa Nabi Daud sebanyak 3 kali.

Surah Taha 1-5:

طه.  مَا أَنْزَلْنَا عَلَيْكَ الْقُرْآنَ لِتَشْقَىٰ.  إِلَّا تَذْكِرَةً لِمَنْ يَخْشَىٰ. نْزِيلًا مِمَّنْ خَلَقَ الْأَرْضَ وَالسَّمَاوَاتِ الْعُلَى. الرَّحْمَٰنُ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَىٰ

Maksudnya:

“Thaahaa; Kami tidak menurunkan Al Quran ini kepadamu agar kamu menjadi susah; Tetapi sebagai peringatan bagi orang yang takut (kepada Allah); Iaitu diturunkan dari Allah yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi; (Yaitu) Tuhan Yang Maha Pemurah. Yang bersemayam di atas ‘Arsy.”

Doa Nabi Daud:

‘Ya Allah, lembutkanlah hati anakku (sebut namanya), seperti mana Engkau lembutkan Nabi Daud akan besi”.

Selepas membaca, hembuskan pada makanan dan minuman. Kalau anak masih menyusu, hembuskan pada susu.

doa untuk anak perempuan
Semua ibu bapa mahukan anak yang solehah

3. Doa mencegah anak terlalu lasak dan nakal

Amalkan Surah Ibrahim ayat 40:

رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلَاةِ وَمِنْ ذُرِّيَّتِي ۚ رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاءِ

Maksudnya:

“Ya Allah Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak-anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan solat. Ya Tuhan kami perkenankanlah doaku”.

Selepas solat lima waktu, amalkan doa dari Surah Al-Furqan ayat 74:

وَالَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا

Maksudnya:

“Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh daripada isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang menyukakan hati kami, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang bertakwa.”

4. Doa supaya anak rajin mengerjakan solat

Amalkan membaca Surah Ibrahim ayat 40-41 yang bermaksud:

رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلَاةِ وَمِنْ ذُرِّيَّتِي ۚ رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاءِ. رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ      وَلِلْمُؤْمِنِينَ  يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ

“Ya Allah Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak-anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan solat. Ya Tuhan kami perkenankanlah doaku. Ya Tuhan kami beri ampunlah aku dan kedua ibu bapaku dan sekalian orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab (hari kiamat ).

Doa ini seeloknya dibaca selepas solat fardhu, atau setiap kali teringatkan anak. Amalkan membaca doa ini Insya Allah anak-anak akan mengutamakan solatnya.

7 doa terbaik untuk anak anak berjaya dunia akhirat,
Anak soleh

5. Doa supaya anak taat kepada perintah Allah

Amalkan membaca Surah Al-Baqarah ayat 128:

رَبَّنَا وَاجْعَلْنَا مُسْلِمَيْنِ لَكَ وَمِنْ ذُرِّيَّتِنَا أُمَّةً مُسْلِمَةً لَكَ وَأَرِنَا مَنَاسِكَنَا وَتُبْ عَلَيْنَا ۖ إِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيمُ

Maksudnya:

“Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah kami berdua orang yang tunduk patuh kepada Engkau dan (jadikanlah) di antara anak cucu kami orang yang tunduk patuh kepada Engkau dan tunjukkanlah kepada kami cara-cara dan tempat-tempat ibadah haji kami dan terimalah taubat kami ini . Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang”.

Amalkan dan bacalah doa ini setiap kali selepas menunaikan solat.

6. Doa agar anak mendengar kata

Amalkan membaca Surah Al-Anbiya ayat 69:

قُلْنَا يَا نَارُ كُونِي بَرْدًا وَسَلَامًا عَلَىٰ إِبْرَاهِيمَ

Maksudnya:

“Kami berfirman, Hai api, jadilah engkau sejuk, dan menjadi keselamatan bagi Ibrahim.

Atau mengamalkan Surah Al-Hasyar ayat 22-24:

.هُوَ اللَّهُ الَّذِي لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ ۖ عَالِمُ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ ۖ هُوَ الرَّحْمَٰنُ الرَّحِيمُ  .هُوَ اللَّهُ الَّذِي لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ الْمَلِكُ الْقُدُّوسُ السَّلَامُ الْمُؤْمِنُ الْمُهَيْمِنُ الْعَزِيزُ الْجَبَّارُ الْمُتَكَبِّرُ ۚ سُبْحَانَ اللَّهِ عَمَّا يُشْرِكُونَ  .هُوَ اللَّهُ الْخَالِقُ الْبَارِئُ الْمُصَوِّرُ ۖ لَهُ الْأَسْمَاءُ الْحُسْنَىٰ ۚ يُسَبِّحُ لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۖ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ

Maksudnya:

“Dialah Allah yang tiada Tuhan selain Dia, yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, Dialah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Dialah Allah yang tiada Tuhan selain Dia, raja, Yang Maha Suci, Yang Maha Sejahtera, Yang Mengurniakan Keamanan, Yang Maha Memelihara , yang Maha Perkasa, yang Maha Kuasa, yang memiliki segala keagungan, Maha Suci Allah dari apa yang mereka persekutukan. Dialah Allah yang Menciptakan, yang Mengadakan, yang Membentuk Rupa, yang mempunyai Hasmaul Husna, bertasbih kepadanya, apa yang ada di langit dan di bumi, dan Dialah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana”.

doa terbaik untuk anak anak
Keluarga bahagia juga adalah hasil dari keberkatan doa kedua ibu bapa

7. Doa memohon rahmat dan keberkatan

Jika surah-surah di atas telah diamalkan, ibu bapa juga disarankan untuk meminta rahmat dan keberkatan dalam setiap yang dilakukan supaya hasilnya akan lebih baik. Bolehlah amalkan surah Surah Al-Imran ayat 8-9:

رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً ۚ إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ’  رَبَّنَا إِنَّكَ جَامِعُ النَّاسِ لِيَوْمٍ لَا رَيْبَ فِيهِ ۚ إِنَّ اللَّهَ لَا يُخْلِفُ الْمِيعَادَ

Maksudnya:

“Mereka berdoa, Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan, sesudah Engkau memberi pertunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami, rahmat dari sisi Engkau, kerana sesungguhnya Engkaulah Maha Pemberi Kurnia. Ya Tuhan kami, sesungguhnya Engkau mengumpulkan manusia, untuk menerima pembalasan pada hari yang tak ada keraguan padanya. Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janji”.

PENUTUP

Setiap ibu bapa sentiasa mendoakan anak mereka untuk menjadi yang terbaik. Adalah menjadi tanggungjawab mereka untuk memastikan didikan agama yang sempurna diberikan kepada anak-anak mereka.

Didiklah mereka sedari kecil supaya apabila sudah besar diri mereka sudah sebati dengan didikan agama. Jadi amalkanlah doa terbaik untuk anak-anak. Semoga Allah sentiasa merahmati dan memberi yang terbaik kepada anak kita. Anak yang baik akan memberi ketenangan kepada kedua ibu bapa terutama ketika meniti hari-hari tua mereka. Wallahu a’lam – Suka Viral

Kedudukan Injap Isi Minyak Kereta

Cara Untuk Mengetahui Kedudukan Injap Tangki Minyak Kereta

tips elak ditipu scammer

Tips Elak Anda Ditipu Oleh Macau Scam