in ,

DOBI ISLAMIK SEKADAR STRATEGI PEMASARAN

“Saya tiada niat untuk wujudkan sentimen perkauman atau ganggu sensitiviti keagamaan. Ia strategi pemasaran semata-mata,” kata seorang pemilik pusat dobi berkonsep Islamik, di Kangar, Perlis.

Shalihuddin, 36, mengakui khidmat dobi diusahakannya sejak dua bulan lalu itu memang khusus untuk orang Islam, tetapi ia bukan berniat mendiskriminasi.

“Jujur saya katakan ia hanya bermotifkan strategi pemasaran kerana majoriti penduduk Perlis beragama Islam. Di Perlis, ada banyak kedai dobi, jadi saya tawarkan kelainan bagi memudahkan komuniti Islam di negeri ini cuci pakaian tanpa was-was,” katanya.

Menurut BH Online, Shalihuddin yang berasal dari Cheras, Kuala Lumpur, berkata beliau pernah dihubungi pelanggan bukan Islam yang bertanya sama ada boleh menggunakan perkhidmatan dobi miliknya.

muslimlaundry_290917_thestar Sumber: The Star/Asia News Network

“Bagi pelanggan bukan Islam saya beritahu mereka dobi ini khusus untuk Muslim dan mereka boleh terima. Saya juga memberi nombor telefon kedai dobi lain untuk memudahkan mereka”.

“Apa yang boleh saya katakan, matlamat asal dobi berkonsep Islamik ini hanya taktik pemasaran, namun saya akur jika perlu diubah andai dianggap memberi impak buruk kepada masyarakat majmuk di negara ini”.

“Malah saya sedia bekerjasama dengan pelbagai pihak termasuk pihak berkuasa untuk memastikan bahawa Islam bukan agama sempit dan eksklusif untuk sesuatu kaum sahaja,” katanya.

Sementara itu, Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, berkata pihaknya sudah berbincang dengan pengusaha pusat dobi berkenaan dan memberi pandangan dengan cara yang baik serta mesra.

“Dalam hal ini, pengusaha sekadar cari pasaran perniagaan. Kita nasihat secara baik dan beliau akur,” katanya.

Asri-Zainul-Abidin-perlis-mufti-2204 Sumber: The Star Online

Pada masa sama, beliau berkata, Islam itu agama yang hidup dan beraksi dengan persekitaran secara seimbang dengan fiqah ke arah memudahkan dan bukan menyusahkan.

“Saya nasihatkan umat Islam. Jika asal sesuatu bahan itu bersih, tidak zahir padanya najis sama ada dari segi warna, bau atau rasa, ia dikira bersih”.

“Umat Islam di Malaysia perlu keluasan dalam bermazhab, perlu lihat Islam dari dimensi lebih luas. Masalah baharu banyak yang timbul dalam kehidupan manusia, maka pandangan pelbagai dari mazhab diperlukan dalam meluaskan horizon pemikiran kita,” katanya.

Kredit: BH Online

sukaviral.net

REMAJA YANG BUANG AIR BESAR DI HADAPAN KEDAI DOBI RUPANYA OKU

Hasrat Mangsa Keldai Dadah Untuk Kembali Ke Malaysia Tidak Kesampaian