in ,

Doktor Dedah Keburukan Pakai Bengkung Setiap Hari

Kebelakangan ini ramai yang pakai bengkung dan ianya sangat popular serta menjadi pilihan ramai terutama kaum wanita. Penjual juga turut menunjukkan bagaimana kecantikan tubuh badan mereka kerana memakainya. Namun mereka tidak tahu tentang keburukan memakainya.

Oleh kerana memakai bengkung adalah salah satu cara untuk kempiskan perut, maka ramai yang memilikinya. Memakainya jika anda nak tahu amat memeritkan jika kita inginkan keselesaan. Tetapi tubuh pemakainya memang nampak bergetah dan menarik.

Selain itu ada yang menggunakan korsert untuk sorokkkan perut dan mahu nampak langsing. Tahukah anda memakai bengkung dalam tempoh masa yang lama adalah merbahaya?

Seorang doktor, Aush Abdul berkongsikan kesan-kesan yang ramai dikalangan kita tidak tahu.

Untuk pengetahuan anda, bengkung selalunya popular dikalangan wanita yang lepas bersalin dan mereka yang mengalami kecederaan tulang belakang.

Tetapi kini, penggunaan bengkung berleluasa seolah-olah menjurus kepada salah guna oleh beberapa pihak yang cuba mengaut keuntungan dengan menjualnya secara berleluasa kononnya bengkung boleh mengurus dan merampingkan badan.

KEBURUKAN PAKAI BENGKUNG

Ini adalah pendedahan beliau tentang beberapa kesan buruk jika anda memakainya setiap hari.

RADANG KULIT

Anda bayangkan, jika anda pakai corset ketat-ketat lepas itu memakainya dalam jangka masa yang lama. Material yang digunakan belum tentu selesa dan sesuai dengan kulit anda yang boleh menyebabkan gatal-gatal. Silap-silap boleh terkena jangkitan pada kulit. Peluh sudah tentu membasahi kawasan yang tertutup itu.

bahaya pakai bengkung
Kesan pakai bengkung pasti ada jika mengambil masa yang lama

ACID REFLUX

Pemakaian corset menyebabkan bahagian tengah badan ditekan yang mana boleh mengubah kedudukan perut anda ke atas. Peluang untuk anda mengalami pedih ulu hati dan penghadaman yang tidak sempurna adalah tinggi. Jika berterusan ia boleh menyebabkan terkena ulser.

bengkung
Struktur bahagian tengah badan berubah kesan tekanan bengkung

MASALAH PERNAFASAN

Apabila memakai corset, untuk bernafas pun susah. Kita akan jadi termengah-mengah terutamanya jika hendak tunduk atau membongkok. Sila lihat pada anak panah berwarna hijau, ia kelihatan susah untuk mengembang. Ia menyebabkan kurangnya oksigen masuk dalam badan.

Kesan memakai bengkung salah satunya adalah gangguan pernafasan

LEBAM

Lebam terjadi disebabkan oleh trauma. Urat atau salur dar4h yang halus (capillaries) akan pecah menyebabkan dar4h terkumpul di bawah permukaan kulit. Trauma banyak jenis. Dalam kes ini, jika anda memakai corset terlalu ketat maka peluang untuk berlakunya contusion adalah tinggi.

keburukan memakai bengkung
Kesan lebam

KEBAS

Apabila berlakunya tekanan, bukan sahaja peredaraan darah terganggu, malah saraf juga boleh terganggu. Kita akan rasa seperti menyucuk-nyucuk atau kebas dari pinggang ke kaki (lower limb).

Saraf juga boleh terganggu

Psikologi

Bagi anda yang sudah biasa memakai corset, luarannya anda seorang yang cantik. Namun anda akan merasa stres setelah membukanya dan tidak boleh nak terima keadaan asal badan anda. Lepas tu mulalah depression dan macam-macam.

Akhirnya kita tertekan

Diharap perkongsian ini dapat membuka mata anda tentang bahaya pakai bengkung dalam tempoh masa yang lama. Janganlah ambil cara mudah untuk cantik kerana bahaya pasti menanti.

Baca Juga – Khasiat Pucuk Ubi Meurunkan Berat Badan

Jangan lupa LIKE dan SHARE serta ikuti kami di Facebook Suka Viral

Sumber: Vitdaily

Written by Admin

Saya lelaki biasa yang ada perlindungan takaful dan insurans. Suka travel seperti orang lain. Pernah naik flight untuk travel seperti Air Asia, Malindo, Malaysia Airlines, Fire Fly, Scoot, Singapore Airlines, Qantas, Thai Airways, British dan sebagainya. Makan juga nasi, KFC, Mc Donalds, Burger Kings. Minat forex tapi tak pandai. Sikit duit dalam simpanan akaun di Maybank, CIMB Bank, Hong Leong Bank dan AmBank. Membeli belah dengan kemudahan AEON Cards.

biodata dr amalina bakri

Tabik Dr Amalina. Ini Biodata Ringkas Beliau. Ibu dan Ayahnya Juga Bukan Calang-Calang

Tanda malaikat izrail menjemput kita

Tanda-Tanda Malaikat Izrail Ingin Menjemput Kita Pulang