in

Doktor tidak percaya Covid-19 meninggal akibat penyakit itu

COVID-19

Di Kenya, seorang doktor telah meninggal dunia akibat dijangkiti Covid-19. Beliau juga adalah doktor yang tidak percaya Covid-19 dan pernah mencetuskan kontroversi kerana mengadakan pelbagai kempen menentang penggunaan dan keberkesanan vaksin virus itu.

Tidak Percaya Covid-19 Namun Meninggal Akibat Penyakit Itu

Pengerusi Persatuan Doktor Katolik Kenya, Dr Stephen Karanja, sebelum mengesyorkan penyedutan wap dan ubat hidroksiklorokuin serta mempertikaikan keberkesanan suntikan Covid-19 sepertimana yang dilapurkan oleh Metro.

Bagaimanapun, pihak berkuasa kesihatan dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menolak dakwaannya itu.

Beliau merupakan seorang pakar perbidanan dan sakit puan (O&G) meninggal pada Khamis lalu selepas seminggu dimasukkan ke hospital akibat komplikasi jangkitan Covid-19.

Sebelum berselisih pendapat dengan pengikut gereja katolik di Kenya mengenai keselamatan dan keberkesanan vaksin Covid-19, Dr Karanja sering bekerjasama dengan pemimpin agama dalam menentang kempen vaksinasi.

Dr Karanja menjelaskan dalam surat bertarikh 3 Mac lalu bahawa ada ubatan yang boleh digunakan kembali dan secara efektif untuk mengubati Covid-19 sekali gus menolak keperluan vaksin.

Beliau juga turut menganjurkan forum berbeza tentang rawatan alternatif termasuk penyedutan wap dan ubatan seperti hidroksiklorokuin dan ivermectin yang belum mendapat pengesahan WHO dalam merawat Covid-19.

Mac lalu WHO menegaskan bahawa VAKSIN yang diedarkan di Kenya sudah dikaji dan disahkan selamat bukan hanya melalui proses ketat dari WHO sahaja tetapi pihak berkuasa pengawalan.

Malah Persidangan Katolik Kenya juga tidak sependapat dengan Dr Karanja apabila mengesahkan vaksin itu boleh diterima dan sah.

Kenya menerima lebih satu juta dos vaksin Covax, yang kebanyakannya sudah diberikan. Negara itu merekodkan lebih 160,000 kes jangkitan Covid-19 dengan 2,707 kematian.

Written by Admin

Saya orang biasa sahaja namun berminat dalam bidang penulisan. Hanya menulis jika ada kelapangan.

Biri-biri ditahan polis dan disumbat dalam lokap

Azhar Shariff

Azmeer sedia bantu Azhar Shariff