in , ,

Dosa-Dosa Orang Yang Meninggalkan Solat Fardhu

Dosa meninggalkan solat
T

Semua orang islam tahu solat adalah tiang agama. Solat adalah rukun islam yang kedua. Terlalu banyak keistimewaan bagi orang yang bersolat. Namun masih ramai lagi umat islam yang tidak menunaikan kewajipan ini solat atau tidak cukup solat lima waktunya.

Allah tidak redha bagi manusia yang tidak patuh pada suruhannya untuk tinggal di muka bumi ini dan menggunakan nikmat kurniaannya. Jika Allah tidak redha bagaimana? Ingat! Hidup hanya sekali. Apabila sudah mati, tiada lagi makna sesalan. Ingatlah bahawa seksaan kubur adalah benar dan sangatlah pedih.

Sebagai peringatan di bawah ini dinyatakan dosa jika meninggalkan solat.

SUBUH
Dicampakkan ke dalam neraka selama 60 tahun. 1 tahun di akhirat bersamaan 1000 tahun dunia. Ini bermakna bersamaan 60,000 tahun di dunia.

Dosa meninggalkan solat subuh
Orang yang tidak solat hukumannya adalah dihumbankan ke neraka. Photo: islamidia.com

Firman Allah,

“Sesungguhnya sehari disisi Tuhanmu adalah seperti seribu tahun menurut perhitunganmu.” (QS. Al Hajj: 47).

ZUHUR
Dosanya sama seperti membunuh 1000 orang muslim. Sedangkan jika kita membunuh seorang muslim pun kita akan dicampakkan ke neraka, bayangkan kita membunuh 1000 orang muslim. Betapa azabnya kita. Mudahnya kita mendapat dosa hanya dengan meninggalkan solat Zuhur. Jika kita laksanakan hanya tidak sampai 15 minit.

Dosa meninggalkan solat zuhur
Dosanya adalah sama dengan membunuh 1000 muslim.

ASAR
Dosanya sama seperti meruntuhkan Ka’abah. Sanggupkah kita meruntuhkan kiblat kita sendiri? Renungkan…berapa kali sudah kita meninggalkan solat asar dengan sengaja? Besarnya dosa kita.

Dosa meninggalkan solat asar
Kaabah adalah kiblat umat islam

MAGHRIB
Dosanya sama seperti berzina dengan ibubapa sendiri. Ya Allah. Bayangkan. Sanggupkah kita?

Dosa meninggalkan solat maghrib
Sekadar gambar hiasan. Photo: fajaronline.co.id

ISYA’
Allah SWT memberi amaran kepada kepada orang yang meninggalkan solat isya’. Sekali meninggalkan solat isya’ Allah tidak redha mereka tinggal di bumi atau di bawah langit serta makan dan minum dari nikmatnya.

BALASAN
Mengenai balasan bagi orang yang meninggalkan Solat Fardu:

“Rasulullah SAW, diperlihatkan pada suatu kaum yang membenturkan kepala mereka pada batu, Setiap kali benturan itu menyebabkan kepala pecah, kemudian ia kembali kepada keadaan semula dan mereka tidak terus berhenti melakukannya”.

Lalu Rasulullah bertanya:

“Siapakah ini wahai Jibril”?

Jibril menjawab:

“Mereka ini orang yang berat kepalanya untuk menunaikan Solat fardhu”. (Hadits Riwayat Tabrani, sanad shahih)

Jika anda membaca artikel ini cuba tanya pada diri sendiri. Berapa banyakkah solat yang anda telah tinggalkan samada sengaja atau tidak? Adakah Allah masih memberi anda rezeki? Masih memberinya bukan? Sebelum Allah menarik balik, eloklah kita menunaikan solat. Tidakkah kita malu? Memakan rezeki milik Allah tapi kita melupakannya.

Bertaubatlah selagi pintu taubat masih dibuka.

Ingat! Sembahyanglah sebelum kamu disembahyangkan.

Sumber: Keblim

Kambing Kecil Menjadi Penyelamat Di Akhirat

Kisah Kambing Kecil Jadi Penyelamat Di Akhirat

Makanan yang harus dielakkan

Makanan Yang Tidak Boleh Dimakan Mentah Ketika Mengandung