in ,

10 Dosa Suami Terhadap Isteri

dosa suami terhadap isteri

Biasanya para suami mudah sangat menuding jari dan meletakkan sesuatu kesalahan kepada isteri atas apa saja masalah yang terjadi dalam rumahtangga. Jarang-jarang suami akan mengaku kesalahan mereka melainkan apabila sudah sampai ke kemuncak akibat daripada selisih faham. Inilah ego suami kerana mungkin dalam lumrah kehidupan lelaki adalah ketua. Ketua “is always right” mungkin. Sehingga mereka lupa tentang dosa suami kepada isteri ini.

Kebanyakan daripada manusia sering menuntut hak dari orang lain, tetapi mengabaikan kewajipan oleh diri sendiri. Ini termasuk juga seorang insan yang bergelar suami.

dosa suami terhadap istri menurut al quran
Gambar Hiasan – Tanggungjawab suami sangat besar, bukan setakat menjadi ketua dalam rumahtangga

Hanya suami yang berani dan bertanggungjawab sahaja yang bersedia atau sering melihat kesilapan dirinya sendiri. Apakah dosa yang paling banyak dilakukan oleh para suami kepada isteri mereka dan adakah anda pernah atau sedang menghadapinya? Mari kita lihat satu persatu.

10 DOSA SUAMI TERHADAP ISTERI

1. Tidak mengajar ilmu agama pada isteri
Mungkin di dunia ini ramai suami yang sangat bertangungjawab dari segi memberi nafkah, menyediakan tempat tinggal, menyediakan kenderaan serta memenuhi segala keperluan hidup isteri dan anak-anak.

Namun berapa ramai suami yang mengabaikan kewajipannya untuk mengajar ilmu agama kepada isteri dan anak-anaknya? Padahal sudah menjadi kewajipan seorang suami untuk memelihara diri dan keluarga yang dipimpinnya dari azab kubur dan neraka.

“Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras dan tidak mendurhakai Allah SWT terhadap apa yg diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan,” (QS. At-Tahrim:6).

2. Tiada perasaan cemburu terhadap isteri
Apabila isteri mereka keluar dari rumah samada bekerja atau sebagainya, makan minum bersama lelaki lain atau membuka auratnya namun suami tidak merasa cemburu. Inilah salah satu kesalahan terbesar yang dilakukan oleh seorang suami. Maksud lelaki dayus juga ada kaitan dengan kenyataan ini.

Dan ad-Dayyuts(dayus) adalah lelaki yang tidak ada perasaan cemburu terhadap keluarga dan isterinya.

“Tiga golongan yang Allah tidak akan melihat mereka pada hari kiamat yaitu seseorang yang durhaka kepada kedua orang tuanya, wanita yang menyerupai lelaki dan ad-Dayyuts,” (H.R. An-Nasa’i dinilai ‘hasan’ oleh syeikh Albani, lihat ash-Shahihah : 674).

dosa suami menyakiti istri
Gambar Hiasan – Seorang suami hendaklah mempunyai perasaan cemburu terhadap pergaulan isterinya

3. Tidak memberi nafkah untuk isteri
Terlalu banyak kes yang kita dengar para suami yang tidak memberikan nafkah kepada isterinya.

Seorang wanita dengan rela hati meninggalkan kedua orang tuanya semata-mata untuk mengabdi diri kepada lelaki yang bergelar suami. Bukan itu saja, mereka juga dengan rela hati mengandung anak dan melahirkannya demi suami.

Ada yang diperlakukan seperti binatang peliharaan, diabaikan dan dinafikan hak-haknya sebagai isteri. Suami seperti ini melakukan perbuatan yang membawa kepada dosa yang sangat besar.

Rasululluah SAW bersabda: “Seseorang cukup dipandang berdosa bila ia mengabaikan nafkah (perbelanjaan) orang yang menjadi tanggung jawabnya,” (HR.Abu Dawud no.1442 CD, Muslim, Ahmad, dan Thabarani).

Baca Juga – 4 Golongan Lelaki Yang Akan Ditarik Masuk Ke Neraka Oleh Wanita Di Akhirat Kelak

4. Membiarkan isteri yang bekerja untuk menyara dirinya dan membiarkan dirinya dipimpin isteri
Ada suami yang isterinya bekerja, kehidupannya dipertanggungjawabkan kepada isteri termasuk perbelajaan rumah, pakaiannya dan juga duit rokok. Isteri yang bertungkus-lumus bekerja manakala suami tanpa sebab munasabah tidak bekerja.

“Tidak akan beruntung suatu kaum yang dipimpin oleh seorang wanita” (HR.Ahmad, Bukhari,Tirmidzi,dan Nasa’i).

Penerangan Hadith di atas termasuk juga tentang seorang suami yang takut kepada isterinya sehingga segala keputusan dan tindakan akan dibuat oleh si isteri.

dosa suami terhadap isteri malaysia
Gambar Hiasan – Wanita yang bekerja sememangnya padat jadual kerja hariannya termasuk urusan rumahtangga.

5. Benci kepada isteri sendiri
Ada suami membenci isterinya sendiri. Rasulullah SAW telah mengingatkan bahawa:

“Janganlah seorang suami yang beriman membenci isterinya yang beriman. Jika dia tidak menyukai satu akhlak darinya, dia pasti meredhai akhlak lain darinya,” (H.R. Muslim).

6. Tidak membantu isteri melakukan kerja rumah
Ramai dikalangan suami tidak membantu isteri membuat kerja-kerja di rumah. Rasulullah SAW sendiri sering membantu isterinya termasuk dalam urusan rumahtangga.

“Rasulullah SAW membantu pekerjaan isterinya dan jika datang waktu solat, maka beliau pun keluar untuk solat,” (H.R. Bukhari).

7. Menceritakan aib isteri kepada kawan-kawan
Ada dikalangan suami menceritakan kepada kawan-kawan hal-hal yang mengaibkan isterinya. Hal itu tidak perlu ditulis sendiri namun anda sendiri memahaminya.

“Sesungguhnya di antara orang yang paling buruk kedudukannya di sisi Allah pada hari kiamat adalah seseorang yang menggauli isterinya dam isterinya menggaulinya kemudian dia menyebarkan rahsia-rahsia isterinya,” (H.R. Muslim).

8. Berpoligami tanpa mengikut aturan dan ketentuan syariat
Ramai dikalangan lelaki berkeinginan untuk berpoligami kononnya mengikut sunnah nabi. Namun tidak ramai yang mampu mengikut cara yang Nabi SAW lakukan dalam berpoligami. Al-Quran ada menyatakan:

“Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (kawinlah) seorang saja,” (Q.S An-Nisa: 3).

dosa suami mengabaikan istri
Gambar Hiasan – Jika anda rasa seorang isteri pun tidak mampu, maka tak perlulah berpoligami

9. Suka memukul isteri dan memperlekehkannya di hadapan orang lain
Perkara ini memang banyak berlaku di dalam masyarakat kita. Sepatutnya jika tidak suka atau isteri berbuat salah, jika menurut Islam tentu ada jalan penyelesaiannya.

“Hendaklah engkau memberinya makan jika engkau makan, memberinya pakaian jika engkau berpakaian, tidak memukul wajah, tidak memperlekehkannya” (H.R. Ibnu Majah disahihkan oleh Syeikh Albani).

10. Sangat baik pada orang lain tetapi tidak dengan isteri sendiri
Yang paling berhak menilai seseorang itu baik atau buruk bukanlah orang lain, melainkan pasangan kita sendiri.

“Mukmin yang paling sempurna adalah yang paling baik akhlaknya. Dan sebaik–baik kalian adalah yang paling baik terhadap isteri-isterinya,” (H.R. at-Tirmidzi, disahihkan oleh Syeikh Albani).

Artikel Berkaitan – 20 Dosa Isteri Terhadap Suami

Itulah serba sedikit kupasan tentang dosa suami terhadap isteri. Sebenarnya banyak lagi dosa-dosa kita terhadap keluarga kita. Semoga kita sendiri yang alaminya, diharapkan semakin menuju ke arah yang lebih baik.

Apa komen anda? Sila LIKE dan SHARE. Jangan lupa melawat facebook dan laman web kami di Suka Viral.

Sumber: Islam Itu Indah

Written by Admin

Saya lelaki biasa yang ada perlindungan takaful dan insurans. Suka travel seperti orang lain. Pernah naik flight untuk travel seperti Air Asia, Malindo, Malaysia Airlines, Fire Fly, Scoot, Singapore Airlines, Qantas, Thai Airways, British dan sebagainya. Makan juga nasi, KFC, Mc Donalds, Burger Kings. Minat forex tapi tak pandai. Sikit duit dalam simpanan akaun di Maybank, CIMB Bank, Hong Leong Bank dan AmBank. Membeli belah dengan kemudahan AEON Cards.

Kes Ragut Sogo

Confirm Tak Senang Duduk Peragut Ni. Nampak Jelas

semak arah kiblat

Umat Islam Boleh Semak dan Sahkan Arah Kiblat Sendiri Petang Ini